Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    Bab 14 - Saulus Menjadi Kristian

    Ketika Saulus dalam perjalanan ke Damsyik membawa surat kuasa untuk menangkap orang lelaki dan perempuan yang berkhutbah tentang Yesus untuk dibawa dengan tangan bergari ke Yerusalem, para iblis bersukacita di sekelilingnya. Tetapi dalam perjalanan itu, tiba-tiba satu cahaya dari langit menyinari sekeliling Paulus menyebabkan iblis-iblis yang mengelilinginya itu bertempiaran lari dan Saulus rebah ke tanah. Dia mendengar satu suara berkata, “Saulus, Saulus, mengapa engkau menganiaya Aku?” Saulus bertanya, “Siapakah Engkau, Tuhan?” Tuhan menjawab, “Akulah Yesus yang kau aniaya itu. Sukar bagi kamu menendang duri.” Saulus menggeletar dan hairan, berkata, “Tuhan, apakah yang Engkau hendak aku lakukan?” Tuhan berkata, “Bangunlah dan pergilah ke kota, di sana akan dikatakan kepadamu apa yang harus kau perbuat.”KB 42.1

    Teman-teman seperjalanan Paulus terpegun tanpa sepatah katapun. Mereka mendengar suara itu tetapi tidak melihat sesiapapun. Setelah cahaya itu berlalu dan Saulus bangun berdiri lalu membuka matanya, dia tidak dapat melihat sesiapapun. Kemuliaan cahaya syurga telah membutakannya. Mereka memimpin tangan Saulus dan membawanya ke Damsyik. Selama tiga hari dia tidak dapat melihat, tidak makan dan tidak minum. Kemudian Tuhan mengutus malaikat-Nya kepada seorang yang Saulus ingin tangkap. Malaikat itu menyatakan kepadanya dalam satu penglihatan bahawa dia harus pergi ke satu jalan yang disebut Jalan Lurus dan bertanyakan di rumah Yudas seorang yang bernama Saulus orang Tarsus; sebab dia sedang berdoa dan sedang melihat dalam satu penglihatan seorang yang bernama Ananias datang meletakkan tangan ke atasnya supaya dia dapat melihat lagi.KB 42.2

    Ananias takut kalau-kalau ada kesilapan dalam hal ini dan mula menceritakan kepada Tuhan apa yang dia telah dengar tentang Saulus. Tetapi Tuhan berkata kepada Ananias, “Pergilah sebab orang ini adalah alat pilihan bagi-Ku untuk memberitakan nama-Ku kepada bangsa-bangsa lain serta raja-raja dan orang-orang Israel. Aku sendiri akan menunjukkan kepadanya betapa banyak penderitaan yang harus ia tanggung oleh kerana nama-Ku.” Ananias mengikuti arahan Tuhan lalu masuk ke dalam rumah dan meletakkan tangannya pada Saulus, dan berkata, “Saulus, saudaraku, Tuhan Yesus yang telah menampakkan diri kepadamu di jalan yang engkau lalui, telah menyuruh aku kepadamu, supaya engkau dapat melihat lagi dan penuh dengan Roh Kudus.”KB 42.3

    Seketika itu juga Saulus dapat melihat, dia bangun berdiri lalu dibaptiskan. Dia kemudiannya berkhutbah tentang Kristus di rumah-rumah ibadat, bahawa Yesus adalah Anak Yahweh. Semua orang yang mendengar khutbahnya berasa kagum dan bertanya, “Bukankah dia ini yang di Yerusalem mahu membinasakan barang siapa yang memanggil nama Yesus ini? Bukankah ia datang ke sini dengan maksud untuk menangkap dan membawa mereka ke hadapan imam-imam kepala?” Saulus semakin besar pengaruhnya dan membingungkan orang-orang Yahudi. Mereka sekali lagi dalam kesusahan. Saulus dalam kuasa Roh Kudus menceritakan pengalamannya. Semua orang mengetahui tentang penentangan Saulus ke atas Yesus dan kesungguhannya memburu semua orang yang percaya dalam nama-Nya untuk dihukum bunuh. Mukjizat pertaubatannya telah meyakinkan banyak orang bahawa Yesus adalah Anak Yahweh. Saulus menceritakan pengalamannya bahawa dia menganiaya sehingga mati, menangkap lelaki dan perempuan dan memasukkan mereka ke dalam penjara, tetapi pada ketika dalam perjalanan ke Damsyik, tiba-tiba satu cahaya yang sangat terang dari langit menyinari sekelilingnya dan Yesus menyatakan diri-Nya kepadanya, memberitahunya bahawa Dia adalah Anak Yahweh. Bila Saulus berkhutbah dengan beraninya tentang Yesus, dia membawa pengaruh yang sangat kuat bersamanya. Dia mempunyai pengetahuan tentang kitab-kitab dan selepas pertaubatannya, satu terang ilahi bersinar ke atas nubuatan tentang Yesus yang membolehkannya menyampaikan kebenaran dengan jelas dan berani serta memperbetulkan mana-mana penyelewengan ke atas kitab-kitab. Dengan Roh Tuhan yang berdiam dalam dirinya, Saulus dapat membawa para pendengarnya menyusur nubuatan-nubuatan ke masa kedatangan Yesus yang pertama dengan amat jelas dan penuh kuasa. Dia dapat menunjukkan kepada mereka bahawa kitab-kitab telah digenapi, iaitu merujuk kepada penderitaan Kristus, kematian dan kebangkitan-Nya. Rujuk : Kisah 9KB 42.4

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents