Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    4—Bagaimana Mengalahkan Syaitan

    Kontroversi besar di antara Kristus dan Syaitan yang telah berlangsung selama 6,000 tahun akan berakhir tidak lama lagi, dan orang-orang fasik akan menggandakan usaha mereka untuk mengalahkan usaha Kristus untuk menyelamatkan manusia. Mereka bermatlamat mengongkong manusia dalam kegelapan tanpa pertaubatan sehingga pengantaraan Juruselamat berakhir.PA 31.1

    Apabila sikap tidak ambil peduli menguasai gereja dan dunia dimana kuasa Syaitan tidak diendahkan, Syaitan pun tidak peduli; kerana sememangnya dia tidak akan kehilangan tawanannya itu. Tetapi apabila perhatian jiwa-jiwa ini dialihkan kepada perkara kekal, dan mereka mula bertanya, “Apakah yang perlu aku lakukan untuk diselamatkan?” Syaitan akan turun padang untuk berlawan kekuatan dengan Kristus dan untuk menentang pengaruh Roh Suci.PA 31.2

    Kitab Suci menceritakan apabila para malaikat datang untuk berjumpa dengan Tuhan, Syaitan ikut serta bukan untuk menyembah Raja Kekal, tetapi untuk melaksanakan rancangan jahatnya menentang kesucian. (Ayub 1:6). Dengan objektif sama, dia juga menyertai kumpulan-kumpulan yang beribadah. Walaupun tidak kelihatan, dia berusaha keras untuk mengawal minda-minda orang yang bersembahyang. Ketika dia melihat utusan Tuhan mengkaji Kitab Suci, dia mencatatkan perkara yang akan disampaikannya. Kemudian dia menggunakan kelicikan dan kebijaksanaannya supaya utusan itu tidak boleh sampai kepada mereka yang sedang diperdayakannya pada masa itu melalui cara yang dicari oleh pengutus tersebut. Orang yang amat memerlukan amaran itu akan dipaksa menjalankan urusan perniagaan atau dengan cara yang lain dielakkan daripada mendengarnya.PA 31.3

    Sekali lagi, Syaitan melihat hamba-hamba Tuhan terbeban kerana kegelapan yang menyelubungi orang ramai. Dia mendengar doa-doa mereka meminta kasih kurnia llahi dan kekuatan untuk melepaskan diri daripada sumpahan sifat sambil lewa, sifat tidak menentang dan sifat kemalasan diri sendiri. Kemudian dengan semangat yang baru dia terus mencubai manusia. Dia menggoda mereka untuk menurut nafsu makan atau menurut bentuk suapan (penyanjungan) diri yang lain, dan dengan itu melekakan kepekaan mereka supaya mereka gagal untuk mendengar perkara-perkara yang amat perlu mereka pelajari.PA 32.1

    Syaitan tahu bahawa semua orang yang dibawa untuk mengabaikan doa dan pembelajaran Kitab Suci akan ditewaskannya. Oleh itu dia mencipta segala cara mungkin untuk melekakan minda. Pasti ada golongan yang mementingkan kemoralan, golongan yang sepatutnya mengikut kebenaran kemoralan, namun mereka sebaliknya akan mencari kesilapan dalam kehidupan orang yang tidak mereka persetujui. Begitulah peranan pengikut Syaitan. Para penuduh bukannya sedikit, dan mereka sentiasa aktif apabila Tuhan giat berusaha dan hamba-Nya tekun melayani- Nya. Mereka akan memutarbelitkan kata-kata dan tindakan individu yang menyayangi dan mematuhi kebenaran. Mereka akan mempersembahkan Pengikut Kristus yang bersungguh, bersemangat dan tidak memikirkan diri sendiri sebagai menipu atau telah ditipu. Telah menjadi kerja mereka untuk menyalahsampaikan motif setiap kerja yang benar dan mulia, untuk menyebarkan sindiran bertujuan membangkitkan prasangka dalam minda yang kurang berpengalaman. Dalam setiap cara mungkin mereka akan cuba menimbulkan apa sahaja yang suci dan bermoral sebagai salah dan keji.PA 32.2

    Tetapi tiada sesiapapun yang perlu tertipu akibat tindakan mereka. Mudah untuk mengenali mereka, dan kerja siapakah yang mereka usahakan. “Dari buahnyalah kamu akan mengenal mereka.” Matius 7:16. Tindakan mereka juga seperti tindakan Syaitan, penuduh yang berbisa, “menuduh saudara-saudara kita.” Wahyu 12:10.PA 33.1

    Penipu besar mempunyai ramai agen yang sedia mengunakan pelbagai cara untuk membinasakan jiwa manusia-fahaman salah sesuai dengan setiap citarasa dan keperluan individu yang ingin dimusnahkannya. Sudah menjadi rancangannya untuk membawa ke dalam gereja individu yang tidak ikhlas, unsur-unsur yang tidak diperbaharui bertujuan menggalakkan keraguan dan ketidakpercayaan lalu menghalang keinginan mereka yang mahu melihat usaha Tuhan dilanjutkan dan mengikutinya. Ramai yang tidak beriman dalam Tuhan atau Kitab Suci-Nya bersetuju kepada sesetengah prinsip kebenaran dan diluluskan sebagai Orang Kristian, lalu dengan mudah memperkenalkan doktrin palsu mereka sebagai kata-kata dari Kitab Suci.PA 33.2

    Pendapat bahawa kepercayaan manusia tidak akan mempengaruhi pengakhirannya adalah penipuan Syaitan yang paling hebat. Syaitan tahu bahawa kebenaran, yang diterima dengan kasih, akan menyucikan jiwa. Oleh itu dia berusaha untuk menggantikankannya dengan teori-teori palsu, dongeng, injil lain. Dari awal lagi, hamba-hamba Tuhan terpaksa bersaing dengan guru-guru palsu, bukan sahaja orang berniat jahat tetapi penyemai kepalsuan yang memudaratkan jiwa. Elia, Yeremia, Paulus, berdiri dengan teguh untuk menentang mereka yang menyesatkan manusia daripada Firman Tuhan. Kebebasan pendapat yang menganggap keimanan sebenar sebagai sesuatu yang tidak penting, tidak disokong oleh pembela-pembela kebenaran suci ini.PA 33.3

    Pendapat kabur dan khayalan Kitab Suci mereka serta teori-teori bertentangan mengenai iman suci dalam dunia Kristian adalah hasil kerja musuh terbesar kita yang bertujuan untuk mengelirukan minda. Perbalahan dan perpecahan antara gereja-gereja pula disebabkan oleh taktik individu berlainan yang memutarbelitkan Kitab Suci demi menyokong teori yang digemari masing-masing, bertentangan dengan sikap tekun mempelajari kata-kata Tuhan dengan rasa rendah diri untuk mengetahui niat-Nya, ramai hanya ingin mencari sesuatu yang dianggap ganjil atau asli.PA 34.1

    Demi mempertahankan doktrin salah atau tindakan bukan Kristian, sesetengah akan menggunakan perenggan Kitab Suci luar dari konteks, mungkin memetik separuh dari suatu ayat untuk membuktikan kenyataan mereka, walhal maksud seluruh ayat itu sebenarnya bertentangan. Dengan kelicikan bagaikan ular, mereka mengukuhkan kedudukan mereka di sebalik tafsiran yang disesuaikan menurut kehendak duniawi. Begitulah tindakan ramai yang mengelirukan kata-kataTuhan. Terdapat jugaindividu, menggunakan imaginasi tersendiri, menafsirkan lambang dan simbol, tanpa mengambil kira interpretasi sebenar Kitab Suci yang merupakan penafsir sendiri lalu menyampaikan ragam mereka sebagai ajaran-ajaran Kitab Suci.PA 34.2

    Bila mana Kitab Suci dibuka tanpa doa, persediaan jiwa rendah diri dan mahu diajar, perenggan yang paling jelas mahupun yang paling susah akan tersasar daripada makna sebenarnya. Ketua-ketua paus telah menggunakan petikan tertentu dari Kitab Suci, menatsirkannya menurut keperluan mereka, lalu mempersembahkannya kepada orang ramai dan sekaligus menatikan hak istimewa mereka untuk memahami kebenaran suci ini untuk diri sendiri. Seluruh Kitab Suci harus diberikan kepada orang ramai di dalam keadaan asalnya. Adalah lebih baik sekiranya mereka tidak menerima apa-apa ajaran Kitab Suci daripada menerima ajaran yang telah jauh tersasar.PA 35.1

    Kitab Suci disediakan untuk semua yang ingin mengetahui kemahuan Penciptanya. Tuhan memberikan kepada manusia kepastian firman nubuatan; para malaikat dan Kristus sendiri menerangkan kepada Daniel dan Yohanes perkara yang harus segera terjadi. Perkara penting ini yang berkaitan dengan penebusan kita tidak dibiarkan sebagai misteri yang mengelirukan. la tidak bertujuan untuk mengelirukan atau menyesatkan pencari kebenaran yang ikhlas. Tuhan melalui nabi berkata, “Tulislah dengan jelas apa yang Kunyatakan kepadamu, supaya dapat dibaca dengan mudah.” Habakuk 2:2. Firman Tuhan adalah jelas kepada semua orang yang mengkajinya dengan hati penuh doa, setiap jiwa yang jujur akan mengetahui kebenaran. “Kebaikan Allah bersinar seperti cahaya pada orang jujur, dan memberikan kegirangan kepada orang baik.” “Mazmur 97:11. Dan tiada gereja akan maju dalam kesucian sekiranya ahlinya tidak tekun mencari kebenaran bagaikan mencari permata tersembunyi.PA 35.2

    Dengan seruan, ‘Keterbukaan’, manusia dibutakan mengenai taktik musuh mereka, sedangkan dia bekerja tekun demi mencapai objektifnya. Dia berjaya menggantikan Kitab Suci dengan spekulasi manusia; hukum-hukum Tuhan diketepikan; dan gereja-gereja berada di bawah belenggu dosa walaupun mendakwa diri sebagai bebas.PA 35.3

    Kepada ramai, penemuan sains kini menjadi sumpahan. Tuhan telah melimpahkan cahaya pemahaman diberikan kepada dunia dengan penemuan-penemuan sains dan seni; tetapi minda individu bijaksana, tanpa bimbingan Firma Tuhan dalam kajian mereka, terkeliru dalam percubaan mereka menyelidiki hubungan antara sains dan wahyu.PA 36.1

    Pengetahuan manusia dalam perkara duniawi dan llahi, tidak menyeluruh serta tidak sempurna; oleh itu ramai yang tidak mampu mengharmonikan pandangan sains dengan pernyataan Kitab Suci. Ramai yang menerima teori sains sebagai fakta dan berpendapat Firman Tuhan sepatutnya diuji dengan “penentangan-penentangan yang berasal dari apa yang disebut pengetahuan.” 1 Timotius 6:20. Pencipta dan ciptaan-Nya adalah melampaui pemahaman merekalalumenyebabkanmerekagagalmenerangkan cara Pencipta dan ciptaan-Nya menggunakan hukum semulajadi, mengakibatkan sejarah Kitab Suci tidak dipercayai. Mereka yang meragui kebenaran Perjanjian Lama dan Baru akan sering kali melangkah selangkah demi selangkah meragui kewujudan Tuhan lalu menyanjung kekuasaan-Nya kepada alam semulajadi. Melepaskan sauh mereka dalam Kitab Suci, mereka hanyut dalam gelora tanpa iman.PA 36.2

    Begitulah ramai yang terpesong dari kebenaran dan ditipu Iblis. Manusia, telah cuba, menjadi lebih bijak dari Pencipta; falsafah manusia cuba mengkaji dan menerangkan misteri yang tidak akan diterangkan sepanjang zaman. Sekiranya manusia sekadar cuba mempelajari dan memahami apa yang Tuhan telah paparkan tentang-Nya dan tujuan-Nya, manusia akan mendapat pandangan kemuliaan, keagungan, dan kekuasaan Yahweh lalu menyedarkan mereka tentang hakikat kekerdilan mereka dan berterima-kasih atas apa yang telah didedahkan kepada mereka dan anak-anak mereka.PA 36.3

    Adalah menjadi penipuan utama Syaitan untuk menggoda manusia supaya terus mencari dan terpedaya dalam pencarian mereka tentang perkara yang tidak ingin Tuhan dedahkan kepada manusia. Beginilah cara Lucifer kehilangan tempatnya di syurga. Dia tidak berpuas hati kerana semua rahsia rencana Tuhan tidak diketahuinya, dan dia tidak mempedulikan apa yang telah diberikan kepadanya mengenai kerja dan jawatan tingginya. Kini dia berusaha untuk merangsangkan manusia dengan perasaan tidak puas hati yang sama lalu menyebabkan kejatuhan mereka. Kini dia bertujuan mewujudkan jiwa pemberontakan yang sama supaya mereka juga tidak mempedulikan perintah-perintah Tuhan.PA 37.1

    Mereka yang tidak mahu menerima kebenaran yang mudah, jelas dari Kitab Suci akan terus mencari dongengan untuk melekakan suara hati. Semakin kurang doktrin kerohanian dan pengawalan perendahan diri disampaikan, semakin mudah ia terima. Mereka merosakkan kuasa intelek demi mengikuti kehendak nafsu. Mereka merasakan diri mereka terlalu bijak untuk mengkaji Kitab Suci dengan penuh doa untuk meminta ajaran llahi, mereka tiada perisai melawan penipuan. Syaitan bersedia mengabulkan keinginan hati, dan menggantikan kebenaran dengan penipuan. Begitulah kepausan menguasai minda manusia; hanya kerana kebenaran ini memerlukan pemikulan salib, arah tuju ini diikuti gereja Protestan yang lain. Semua yang mengabaikan pembelajaran Kitab Suci demi mempelajari kesenangan dan polisi, agar perbezaan antara mereka dan dunia tidak begitu ketara, akan dibiarkan untuk menerima fahaman bertentangan dengan kebenaran. Setiap jenis kepalsuan akan diterimaolehmerekayangsengajamenolakkebenaran. Pada saat mereka melihat dan mula bertanya tentang kebenaran di sebalik penipuan ini, mereka akan lebih mudah menerima yang lain. Rasul Paulus, berkata tentang kelas yang “tidak mahu menerima atau menghargai berita benar daripada Allah yang dapat menyelamatkan mereka,” mengisytiharkan: “Itulah sebabnya Allah mengirim kuasa yang menyesatkan kepada mereka sehingga mereka percaya kepada apa yang tidak benar. Akibatnya, semua orang yang tidak percaya kepada berita benar daripada Allah, tetapi menyukai dosa akan dihukum.” 2 Tesalonika 2:10-12. Dengan amaran sebegini, adalah penting kita menyedari jenis doktrin yang kita terima.PA 37.2

    Agensi penipuan yang paling berjaya adalah pembohongan mengenai kerohanian atau ilmu wasitah. Dengan samaran malaikat kebaikan, dia menyebarkan pembohongan ini di tempat paling tidak disyaki. Jika manusia hanya mempelajari Kitab Suci dengan penuh doa, mereka pasti taham, mereka pasti tidak ditinggalkan dalam kegelapan untuk menerima doktrin palsu. Tetapi sebagaimana mereka menolak kebenaran, mereka menjadi mangsa penipuan.PA 38.1

    Satulagi doktrin palsua dalah doktrin yang menafikan ketuhanan Kristus, mendakwa Dia tidak wujud sebelum kedatangan-Nya yang pertama kali di dunia. Teori ini diterima oleh kumpulan besar yang mempercayai Kitab Suci; namun ia bercanggah dengan pernyataan Juruselamat berkaitan hubungan-Nya dengan Bapa dan pra-kewujudan-Nya. la tidak boleh diterima tanpa usahahebatuntukmemutarbelitkan KitabSuci. labukan sahaja memandang rendah kerja penebusan tetapi juga melemahkan kepercayaan bahawa Kitab Suci adalah Alkitab, wahyu daripada Tuhan. Kepercayaan ini bukan sahaja bahaya tetapi juga menyebabkan individu tersebut lebih sukar dipengaruhi. Jika manusia menentang kesaksian Kitab Suci mengenai ketuhanan Kristus, mereka tidak mungkin dipengaruhi dengan sebarang hujah. “Sesiapa yang tidak mempunyai Roh Allah, tidak dapat menerima kurnia daripada Roh Allah, kerana orang seperti itu tidak dapat memahaminya dan menganggapnya suatu kebodohan sahaja. Kurnia daripada Roh Allah hanya dapat dinilai secara rohani.” 1 Korintius 2:14. Tiada sesiapa yang mempercayai pernyataan ini boleh mengetahui misi sebenar Kristus atau usaha Tuhan Allah demi menebus manusia.PA 38.2

    Kesalahan seterusnya adalah kepercayaan bahawa Syaitan tidak wujud sebagai seorang individu, bahawa nama yang digunakan dalam Kitab Suci adalah mewakili pemikiran dan keinginan jahat manusia semata-mata.PA 39.1

    Ajaran kini juga menyatakan kedatangan kedua Kristus adalah kedatangan-Nya kepada setiap individu semasa kematian adalah cara untuk menyesatkan minda daripada kedatangan-Nya di awanan syurga. Bertahun-tahun Syaitan mengatakan, “Lihat, Mesias ada di sini” (Matius 24:23-26), dan ramai yang sesat dengan menerima penipuan ini.PA 39.2

    Sekali lagi, kecerdikan dunia menyangkal kepentingan doa. Orang-orang sains menyatakan bahawa tidak terdapat jawapan sebenar kepada doa: bahawa kewujudannya adalah pencabulan kepada hukum semeseta iaitu mukjizat tidak mungkin wujud. Alam semesta, menurut mereka, diperintah dengan hukum tetap, dan Tuhan sendiri tidak melakukan apa-apa yang bertentangan dengan hukum ini. Dengan itu mereka menyatakan bahawa Tuhan diikat oleh hukum-Nya sendiri-seolah-olah hukum semesta membatasi kebebasan ketuhanan. Ajaran sebegitu bertentangan dengan kesaksian Kitab Suci. Tidakkah Kristus dan murid-murid-Nya bermukjizat? Juruselamat pengasih itu masih hidup sekarang dan ingin mendengar doa keimanan sama seperti pada masa Dia berjalan sesama manusia. Perkara semulajadi bekerjasama dengan yang luar biasa. Sebahagian daripada rancangan Tuhan adalah untuk memberikan kepada kita, jawapan kepada doa keimanan, perkara yang tidak boleh dikurniakan-Nya sekiranya kita tidak memohonnya.PA 39.3

    Terdapat banyak doktrin salah dan idea berlainan antara gereja Kristian. Tidak terhingga akibatnya sekiranya gereja mengubahkan doktrin utama yang diberikan oleh Firman Tuhan. Hanya sedikit yang berhenti dengan penolakan satu kebenaran. Majoriti akan mengenepikan satu prinsip kebenaran demi prinsip kebenaran sehingga mereka tidak beragama.PA 40.1

    Kesilapan teologi popular telah menyebabkan ramai jiwa kehilangan kepercayaan walhal mereka berkemungkinan besar mempercayai Kitab Suci. Mustahil bagi mereka untuk menerima doktrin yang mencabuli keadilan, belas kasihan dan kebaikan; dan memandangkan ini disampaikan sebagai ajaran Kitab Suci, mereka enggan menerimanya sebagai Firman Tuhan.PA 40.2

    Dan inilah objektif yang ingin Syaitan capai. Tiada apa lagi yang lebih dia inginkan dari menyangkal kepercayaan manusia dalam Tuhan dan firman-Nya. Syaitan berdiri teguh mengetahui kumpulan yang tidak mempercayai Firman Tuhan dan dia giat berusaha untuk menambahkan pengikutnya. Adalah menjadi tren untuk tidak percaya. Sekumpulan besar pula melihat Firman Tuhan dan juga Tuhan sendiri dengan rasa tidak-percaya kerana ia menegur dan mengecam dosa. Mereka tidak mahu menuruti malah berusaha untuk menyingkirkan kekuasaannya. Mereka sekadar membaca Kitab Suci, atau mendengar ajaran dari mimbar dengan tujuan untuk menyalahi Kitab Suci atau khotbah. Ramai menjadi tidak beriman demi membenarkan atau memberi alasan pengabaian kepercayaan mereka. Yang lain pula memilih meragukan kebenaran kesan dari kesombongan dan kemalasan. Mereka terlalu menyukakan kesenangan sehinggakan mereka tidak mahu melakukan sesuatu membanggakan yang memerlukan usaha dan pengawalan diri, mereka cuba menjamin reputasi kebijaksanaan unggul dengan mengkritik Kitab Suci. Terdapat banyak perkara yang minda terbatas tidak mampu tahami tanpa ajaran llahi, jadi inilah yang dikritikkan. Ramai yang berpendapat bahawa ia adalah lebih baik untuk memihak kepada ketidakpercayaan, keraguan dan kecurangan. Tetapi di sebalik penampilan keikhlasan, didapati bahawa individu ini dimotivasikan oleh keyakinan diri dan keangkuhan. Ramai suka mencari pernyataan dalam Kitab Suci yang boleh mengelirukan fikiran orang lain. Ramai pada mulanya mengkritik dan menyebelahi pihak salah semata-mata kerana mahu berbalah. Mereka tidak sedar bahawa mereka kini bergelut dalam perangkap penipu. Tetapi kerana telah meluahkan ketidakpercayaan secara terbuka, mereka merasai bahawa mereka perlu mempertahankan kedudukan mereka. Begitulah mereka bergabung dengan orang-orang kafir dan menutup jalan sendiri kepada pintu syurga.PA 40.3

    Tuhan telah memberikan bukti mencukupi mengenai-Nya dalam Firman-Nya. Perkara penting yang perlu difahami demi penyelamatan kita jelas diterangkan. Dengan Roh Suci, yang dijanjikan kepada semua yang mengingini-Nya, setiap orang boleh memahami kebenaran ini untuk diri sendiri. Tuhan telah memberi asas kukuh bagi membina kepercayaan mereka.PA 41.1

    Tetapi minda terbatas tidak dapat memahami rencana Dia Yang Mahabesar. Kita tidak mungkin, melalui penyelidikan, mencari Tuhan. Kita tidak harus mencari Tuhan di sebalik tirai yang telah diletakkan-Nya untuk menutup keagungan-Nya. Rasul berkata, “Sungguh tak terselidiki keputusan-keputusan-Nya dan sungguh tak terselami jalan-jalan-Nya.” Roma 11:33. Kita boleh melihat kasih dan belas kasihan berlimpah dengan kuasa yang besar. Bapa kita di syurga merancangkan semuanya dalam kebaikan dan kebijaksanaan dan kita sepatutnya tidak merasa tidak puas hati dan tidak percaya, tetapi menyembahkan-Nya. Dia telah mendedahkan kepada kita sebanyak boleh serta baik untuk kita ketahui; dan selebih dari itu kita mesti mempercayai Tangan Yang Mahakuasa, dan Hati yang penuh kasih.PA 41.2

    Walaupun Tuhan telah memberi bukti mencukupi sebagai asas kepercayaan kita, Tuhan tidak akan menghapuskan semua alasan untuk ketidakpercayaan. Semua orang yang ingin mencari tempat menyangkutkan keraguan mereka akan menemuinya. Dan mereka yang enggan menerima dan menuruti Firman Tuhan sehingga setiap keraguan dialihkan, sehingga tiada lagi ruang untuk keraguan, tidak akan mendapat terang kebenaran.PA 42.1

    Ketidakpercayaan dalam Tuhan adalah kesan dari hati yang tidak diperbaharui, yang bermusuhan dengan Tuhan. Tetapi keimanan diilhamkan oleh Roh Suci dan akan berkembang apabila dijaga dengan baik. Tiada sesiapa yang mempunyai keimanan yang kuat tanpa usaha yang tekad. Ketidakpercayaan akan berkembang sebagaimana ia diberi ruang. Sekiranya seseorang membenarkan dirinya membuat bantahan yang remeh-temeh, mereka mendapati kera-guan akan menjadi lebih pasti.PA 42.2

    Tetapi mereka yang meragui dan tidak mempercayai jaminan kasih kurnia-Nya menghina Kristus; dan pengaruh mereka yang sepatutnya menarik orang kepada Kristus, akan menolak mereka dari-Nya. Mereka adalah pokok yang tidak membuahkan hasil dan sekaligus menghalang cahaya matahari untuk sampai kepada tumbuhan lain, menyebabkan mereka gugur dan mati di bawah bayangan yang menakutkan. Tindakan orang-orang ini akan kelihatan sebagai peringatan yang sentiasa menentang mereka. Mereka menanam keraguan dan ketidakpercayaan yang akan membuahkan tuaian yang pasti kegagalan.PA 42.3

    Hanya terdapat satu cara yang boleh digunakan oleh mereka yang ikhlas ingin bebas daripada keraguan. Daripada mempersoalkan apa yang mereka tidak fahami, mereka harus pastikan mereka mengikuti terang kebenaran yang telah mereka ketahui, dan mereka akan menerima lebih terang kebenaran. Lakukanlah kerja yang telah mereka fahami dan mereka akan diberi terang kebenaran atas perkara yang belum difahami.PA 43.1

    Syaitan berupaya menyampaikan kepalsuan hampir serupa dengan kebenaran yang akan memperdayakan mereka yang rela diperdaya, mereka yang ingin menghindari korban yang diperlukan oleh kebenaran; tetapi adalah mustahil baginya mengawal mana-mana jiwa yang ikhlas ingin mengetahui kebenaran dengan apa jua cara. Kristus adalah kebenaran dan “cahaya sejati, yang datang ke dunia untuk menerangi umat manusia.” Yohanes 1:9. Roh kebenaran telah dihantar untuk membimbing manusia dalam semua kebenaran. Dan atas kuasa Anak Tuhan, telah dikatakan, “Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu.” “Orang yang mahu melakukan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran-Ku datangnya daripada Allah atau daripada Aku sendiri.” Matius 7:7; Yohanes 7:17.PA 43.2

    Umat Tuhan mengetahui hanya sedikit mengenai rancangan Syaitan dan pengikutnya menentang mereka. Tetapi Dia yang bertakhta di syurga akan mengatasi segala rancangan ini demi memastikan rancangan-Nya terlaksana. Tuhan membenarkan umat-Nya dicubai, bukan kerana Dia senang melihat kesengsaraan mereka, tetapi demi kemenangan akhir mereka. Dia tidak boleh, terus-menerus dengan kemuliaan-Nya sendiri, melindungi mereka daripada pencubaan, kerana tujuan cubaan ini adalah untuk menyediakan mereka untuk mengatasi godaan kejahatan.PA 43.3

    Orang-orang fasik dan roh-roh jahat tidak boleh menyekat usaha Tuhan, atau menghalang kehadiran Tuhan daripada umat-Nya sekiranya mereka memperakui dan meninggalkan dosa-dosa mereka dan menuntut janji-Nya. Setiap pencubaan, terbuka atau rahsia, boleh diatasi dengan berjaya, “bukan dengan kekuatan tentera ataupun kekuatanmu sendiri, melainkan dengan Roh-Ku.” Zakharia 4:6.PA 44.1

    “Berbuatlah demikian, kerana Tuhan sentiasa memperhatikan orang yang melakukan kehendak-Nya, Dia sentiasa mendengarkan doa mereka... Siapakah akan menyusahkan kamu jika kamu ingin sekali berbuat baik?” 1 Petrus 3:12-13. Bila Balam dicuba dengan kekayaan untuk menyumpah orang Israel, dan dengan membawa korban meminta Tuhan untuk menyumpah orang-Nya, Roh Tuhan menghalang sumpahan yang dia ingin ucapkan. Sebaliknya dia terpaksa menyatakan, “Bolehkah hamba mengutuk apa yang tidak dikutuk oleh Allah, atau menghukum apa yang tidak dihukum oleh Tuhan?” “Semoga akhir hayat salah seorang umat Allah; semoga hamba meninggal dengan tenang seperti orang jujur.” Bila korbanan itu dipersembahkan lagi, rasul yang tak beriman itu berkata, “Aku disuruh memberkati; apabila Allah memberkati, aku tidak dapat membatalkannya. Tidak ada kesukaran pada masa depan Israel, tidak ada kesusahan pada masa depan mereka. Tuhan, Allah mereka menyertai mereka; Israel mengakui Dia sebagai Raja.” “Tiada mantera ataupun ilmu sihiryang dapat menentang Israel. Orang akan berkata tentang Israel, ‘Lihatlah perbuatan Allah bagi mereka!” Apabila mazbah korban disediakan untuk kali ketiga, sekali lagi Balam cuba menyumpah orang Israel. Namun, melalui bibir Balaam, Tuhan memberkati orang Israel dan terkeluar kata-kata barang-siapa “yang memberkati Israel akan diberkati, dan sesiapa yang mengutuk Israel akan dikutuk.” Bilangan 23:8, 10, 20, 21, 23; 24:9.PA 44.2

    Orang Israel pada masa itu taat kepada Tuhan; selagi mereka taat kepada hukum-hukum-Nya, tiada kuasa di dunia atau neraka yang boleh menewaskan mereka. Tetapi sumpahan Balaam yang tidak Tuhan izin Balaam laksanakan akhirnya berjaya dia lakukan. Bila mereka melanggar hukum-hukum Tuhan, mereka menjauhkan diri dari Dia dan mereka dibiarkan merasai kuasa pemusnah.PA 45.1

    Syaitan mengetahui bahawa jiwa paling lemah yang hidup dalam Kristus pasti menyaingi tentera kegelapan dan sekiranya dia sendiri berhadapan dengan mereka, dia akan dilawan dan ditewaskan. Oleh itu dia berusaha untuk menjauhkan mereka dari salib, iaitu dari kubu kekuatan mereka, sementara dia menyeranghendap, bersedia untuk membinasakan semua yang berani ke kawasannya. Hanya dengan bersandar kepada Tuhan dan menurut perintah-perintah-Nya boleh kita diselamatkan.PA 45.2

    Tiada manusia yang selamat untuk sehari ataupun sejam tanpa doa. Mintalah kebijaksanaan kepada Tuhan untuk memahami Firman-Nya. Di sinilah terpapar perangkap Syaitan dan cara ia boleh diatasi. Syaitan pakar memetik ayat dari Kitab Suci, meletakkan tafsirannya sendiri pada petikan tertentu, dengan harapan menjatuhkan kita. Kita harus mempelajari Kitab Suci dengan kerendahan hati, senantiasa bergantung kepada-Nya. Sementara kita berjaga-jaga terhadap saluran Syaitan, kita perlu sentiasa berdoa dengan keimanan: “Janganlah membawa kami ke dalam pencubaan.” Matius 6:13.PA 45.3

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents