Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    12—Umat Tuhan Diselamatkan

    Apabila perlindungan yang diberikan oleh undang-undang manusia ditarik, pergerakan serentak bagi menghukum bunuh mereka yang mentaati hukum Tuhan akan berlaku. Menjelang masa hukuman mereka, seperti yang sudah ditetapkan dalam dekri, orang ramai akan berkomplot untuk membunuh kumpulan yang dibenci ini. Mereka akan menentukan serangan terhadap kumpulan ini dalam suatu malam dengan tujuan menghentikan teguran dan penentangan mereka sama sekali.PA 176.1

    Umat Tuhan — ada di dalam penjara, ada yang bersembunyi sendirian di dalam hutan dan pergunungan — masih merayu untuk perlindungan llahi, sedangkan banyak tentera bersenjata, didesak oleh malaikat kejahatan, bersedia untuk membunuh mereka. Kini pada masa yang amat sukar, Tuhan orang Israel akan campur tangan demi menyelamatkan umat pilih-Nya: “Tetapi kamu, hai umat Allah, akan bersukacita dan bernyanyi seperti pada malam perayaan agama! Kamu akan bersukacita seperti mereka yang berjalan dengan iringan seruling menuju ke Rumah Tuhan, Pembela Israel. Tuhan akan memperdengar suara-Nya yang agung itu, dan setiap orang akan merasai kemurkaan-Nya yang nyala-nyala. Kemurkaan-Nya akan mendatangkan api yang menghanguskan, ribut, hujan batu, dan hujan lebat.” Yesaya 30:29, 30.PA 176.2

    Dengan teriakan kemenangan, cemuhan dan kutukan, orang-orang jahat yang bersedia menerkam mangsa mereka, akan muncul kegelapan yang lebih gelap daripada waktu malam, menyelubungi dunia. Kemudian akan kelihatan pelangi yang menyinari dari takhta Tuhan yang kelihatan mengelilingi setiap kumpulan yang berdoa. Perkumpulan orang yang marah akan tiba-tiba terpegun. Jeritan penghinaan akan terhenti. Tujuan kemarahan mereka dilupakan. Dengan perasaan takut, mereka meratap lambang perjanjian Tuhan dan mahu dilindungi dari keterangan kuasa itu.PA 177.1

    Di sekitar umat Tuhan, satu suara terang dan merdu kedengaran, katanya: “Lihatlah ke atas,” dan mereka menoleh pandangan ke langit, lalu ternampak simpulan perjanjian. Kegelapan yang menutupi cakerawala telah terbuka dan seperti Stefanus mereka menatap ke langit dan melihat kemuliaan Tuhan dan Anak Manusia di takhta-Nya. Dalam kellahian-Nya mereka melihat tanda kerendahan hati-Nya dan dari mulut-Nya mereka mendengar permintaan yang disampaikan di hadapan Bapa-Nya dan Malaikat Suci. “Ya Bapa, Aku ingin supaya mereka yang sudah Engkau serahkan kepada-Ku bersama-sama Aku di tempat Aku ada.” Yohanes 17:24. Kemudian kedengaran lagi suatu suara merdu dan gembira berkata: “Mereka datang! Mereka datang! Suci, tanpa bahaya, dan tidak tercemar! Mereka telah memelihara firman kekuatan-Ku; mereka akan berjalan bersama malaikat!;” dan bibir mereka yang pucat and menggeletar yang telah memegang teguh pada iman mereka menyorakkan kemenangan mereka.PA 177.2

    Pada tengah malamlah Tuhan menunjukkan kuasa-Nya bagi menyelamatkan umat-Nya. Matahari muncul, bersinar dengan kekuatannya. Tanda-tanda dan keajaiban menyusuli dengan cepat. Orang-orang fasik melihat keadaan itu dengan kegerunan, sementara orang-orang benar melihat tanda-tanda penyelamatan mereka. Keadaan alam semesta tampaknya menjadi lain daripada biasa. Air sungai berhenti mengalir. Awan tebal yang gelap-gelita, saling berlanggar di antara satu sama lain. Namun, di tengah-tengah kemarahan langit, terdapat satu ruang jelas yang menunjukkan kemuliaan tidak tergambar dari mana suara Tuhan kedengaran seperti suara air, yang berkata: “Sudah selesai!” Wahyu 16:17.PA 178.1

    Suara itu menggegarkan langit dan bumi. Berlakunya gempa bumi yang besar, “Belum pernah gempa bumi semacam itu berlaku sejak manusia dijadikan.” Wahyu 16:18. Langit bagaikan terbuka dan tertutup. Kemuliaan dari takhta Tuhan seolah-olah cuba menyinari masuk. Gunung-ganang bergegar bagaikan buluh ditiup angin, batu-batu yang pecah terselerak ke semua sudut. Terdapat bunyi sorakan seolah-olah ribut taufan akan datang. Lautan bergelora. Kedengaran bunyi teriakan taufan seperti suara iblis yang dalam misi penghancuran. Seluruh tanah bumi mengalun dan menggelembung bagaikan ombak lautan. Permukaannya terbelah. Dasarnya kelihatan akan hancur. Deretan gunung bagaikan akan tenggelam. Pulau-pulau yang dipenuhi manusia, hilang. Pelabuhan yang telah menjadi seperti Sodomi bagi orang-orang fasik ditenggelami oleh ombak yang ganas. Babel yang besar telah muncul di dalam ingatan Tuhan, untuk “minum dari mangkuk-Nya yang berisi wain kemurkaan Allah yang menyala-yala.” Wahyu 16:19, 21. Ketulan hujan batu yang besar melakukan kerja pemusnahan mereka. Kota-kota angkuh dan terbesar dimusnahkan. Istana-istana indah yang mana manusia telah habiskan’ wang mereka demi kemuliaan sendiri hancur musnah di hadapan mata mereka. Dinding penjara pecah, dan umat-umat Tuhan yang tetap dalam iman dibebaskan.PA 178.2

    Kubur-kubur terbuka dan “banyak orang yang sudah mati akan hidup semula: ada yang akan menikmati kehidupan kekal, ada pula yang akan menderita hinaan kekal.” Daniel 12:2. Semua yang telah mati dalam iman mempercayai Utusan Malaikat Ketiga keluar dari kubur kini dimuliakan, mendengar perjanjian keamanan Tuhan dengan semua yang telah mematuhi hukum-hukum-Nya. “Mereka yang sudah membunuh Dia,” (Wahyu 1:7), mereka yang mencemuh keazaban semasa kematian Kristus, dan penentang-penentang kebenaran-Nya yang paling ganas, bangkit untuk melihat kemuliaan mereka yang setia dan telah menurut hukum-hukum Tuhan.PA 179.1

    Awan tebal masih menutupi langit namun sekarang matahari telah muncul bagaikan mata pembalasan Tuhan. Pancaran kilat yang dahsyat memancar dari langit melanda bumi dengan liputan api. Lebih kuat daripada guruh yang mengerikan, suara misteri dan dahsyat, menyatakan bala yang menimpa orang-orang fasik. Bahasa yang dikatakan tidak difahami oleh semua orang; tetapi mereka jelas ditahami oleh guru-guru palsu. Mereka yang sebelum ini bermegah dan ingkar, kejam kepada umat Tuhan yang setia, kini menggeletar ketakutan. Jeritan mereka kedengaran lebih kuat daripada bunyi pergerakkan bumi. Iblis mengakui ke-Tuhanan Kristus dan menggigil meratapi kuasa-Nya, sementara manusia merayu memohon belas kasihan dan merangkak terhina dalam ketakutan.PA 179.2

    Nabi Yesaya berkata: semasa melihat wahyu hari kedatangan Tuhan “Merataplah kerana hari Tuhan sudah dekat, masa Tuhan Yang Maha Kuasa mendatangkan kebinasaan.” Yesaya 13:6. “Mereka akan bersembunyi di dalam gua di bukit-bukit batu, atau menggali lubang di tanah untuk melarikan diri daripada kemurkaan Tuhan, dan bersembunyi daripada kuasa serta kemuliaan-Nya! Harinya akan tiba apabila kesombongan manusia dilenyapkan, dan keangkuhan manusia dimusnahkan. Barulah Tuhan sahaja yang akan dipermuliakan. Pada hari itu Tuhan Yang Maha Kuasa akan merendahkan semua orang yang meninggikan diri, dan menghukum semua orang yang sombong.” “Pada hari itu kelak, orang akan membuang berhala yang dibuat daripada perak dan emas, serta meninggalkan semuanya untuk tikus dan kelawar. Apabila Tuhan datang untuk menggoncang bumi, orang akan bersembunyi di dalam lubang dan di dalam gua di bukit-bukit batu untuk melarikan diri daripada kemurkaan-Nya, dan bersembunyi daripada kuasa serta kemuliaan-Nya.” Yesaya 2:10-12, 20, 21.PA 179.3

    Melalui celahan awanan, ada sinaran bintang gemerlap dengan keterangan yang meningkat empat kali ganda dari kegelapan sekelilingnya. la memberi harapandan kegembiraan kepada umat yang beriman tetapi mengabarkan kekerasan dan kemurkaan pada mereka yang telah melanggar hukum Tuhan. Mereka yang telah mengorbankan segalanya untuk Kristus kini selamat, dilindungi di tempat Tuhan. Mereka telah dicuba dan di hadapan dunia serta pencaci kebenaran mereka telah membuktikan kesetiaan mereka kepada-Nya yang telah mati untuk mereka. Perubahan yang menakjubkan menyelubungi mereka yang berpegang teguh bila berhadapan dengan kematian. Secara tiba-tiba, mereka dibebaskan daripada kejahatan dan kezaliman dari orang-orang jahat yang telah berwatakkan iblis. Wajah mereka, yang pucat, lesu dan cengkung, kini dipenuhi dengan kekaguman, iman dan rasa cinta. Mereka menyanyikan lagu kemenangan: “Allah perlindungan dan kekuatan kita: Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan. Oleh itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi gempa dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut; walaupun laut mengamuk dan bergelora, dan gunung bergoncang dengan kuatnya.” Mazmur 46:2-4.PA 180.1

    Sementara kata-kata mereka yang suci sampai kepada Tuhan, awan-awan berarak kembali, dan kelihatan sinaran syurga yang teramat indah berbanding kegelapan dan kemarahan langit di sekitarnya. Kemuliaan kota tirdausi kelihatan dari celah pintu-pintu gerbangnya. Kemudian muncul di langit tangan yang memegang dua loh batu yang berlipat. Nabi berkata: “Langit mengisytiharkan keadilan Allah, kerana Allah itu hakim.” Mazmur 50:6. Hukum suci itu, kebenaran Tuhan, yang diberikan di antara gemuruh dan api di Sinai sebagai panduan hidup, kini dikemukakan sebagai hukum penghakiman kepada manusia. Tangan itu membuka loh batu kini melihatkan Hukum-Hukum Tuhan, diukir dengan pena api. Kata-katanya sangat jelas supaya semua orang boleh membacanya. Ingatan disedarkan, kegelapan kepercayaan karut dan tipu helah penyelewengan dihapuskan daripada setiap minda dan kata-kata hukum Sepuluh Tuhan, ringkas, menyeluruh dan penuh kekuasaan dipersembahkan di hadapan semua penghuni bumi.PA 181.1

    Adalah mustahil untuk menggambarkan kegerunan dan kekecewaan mereka yang telah memijak-mijak hukum Tuhan. Tuhan telah memberikan mereka Hukum-Nya dengan harapan mereka boleh membandingkan perilaku dengan kehendaknya dan mempelajari kelemahan sendiri supaya berpeluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri; tetapi demi mendapat sokongan dunia, mereka mengenepikan ajaran-ajarannya dan mengajar orang lain untuk melanggarkannya juga. Mereka cuba memaksa umat Tuhan untuk mencemari hari Sabat. Kini mereka dihukum oleh hukum yang telah mereka sisihkan. Dengan kengerian nyata mereka melihat bahawa mereka tidak mempunyai sebarang alasan. Mereka telah memilih siapa yang ingin mereka sembah dan layani. “Umat-Ku akan melihat lagi perbezaan antara kesudahan orang baik dan kesudahan orang jahat, antara orang yang mengabdikan diri kepada-Ku dan yang tidak.” Maleakhi 3:18.PA 181.2

    Musuh-musuh hukum Tuhan, dari pendeta sehingga ke orang yang bertaraf paling rendah, mempunyai tanggapan baru terhadap kebenaran dan kewajipan. Terlalu lewat mereka melihat bahawa hari Sabat adalah meterai Tuhan yang hidup. Terlalu lewat mereka melihat dasar pasir yang telah dijadikan asas kepercayaan yang telah mereka bangunkan. Mereka sedar bahawa mereka telah menentang Tuhan. Guru-guru agama telah membawa jiwa-jiwa ke neraka sementara mengakui membimbing mereka ke Syurga. Tidak sehingga sampai hari penghakiman akan kita ketahui betapa besarnya tanggungjawab mereka yang melakukan pekerjaan suci, dan betapa dahsyatnya akibat ketidaksetiaan mereka. Hanya di akhirat baru kita akan dapat menganggar kehilangan setiap jiwa. Ngerinya kecelakaan mereka yang mendengar Tuhan berkata: Pergilah, engkau hamba yang fasik.PA 182.1

    Suara Tuhan kedengaran dari langit menyatakan hari dan masa kedatangan Yesus dan menyampaikan perjanjian kekal kepada orang-orang-Nya. Bagaikan guntur yang kuat, Firman-Nya berlegar menyelubungi bumi. Umat Israel Tuhan berdiri mendengar dan melihat ke atas, wajah mereka bercahaya dengan kemuliaan-Nya dan bersinar sama seperti muka Musa yang bersinar setelah turun dari Gunung Sinai. Orang fasik tidak dapat memandang mereka. Apabila rahmat Tuhan diberikan kepada mereka yang telah menguduskan Hari Sabat Tuhan, kedengaran orang bersorak kemenangan.PA 182.2

    Tidak lama kemudian muncul satu awan hitam yang kecil di timur yang lebih kurang sebesar genggaman tangan manusia. Itulah awan yang mengelilingi Juruselamat yang nampaknya dari jarak jauh bagaikan diselubungi kegelapan. Orang Tuhan tahu bahawa itu adalah simbol Anak manusia. Dalam kesenyapan mereka memerhatikannya dan lama-kelamaan ia mendekati bumi, menjadi lebih terang dan bercahaya sehingga ia adalah awan putih besar, alasnya bagaikan kemuliaan api yang membakar, dan pelangi perjanjian berada di atasnya. Yesus datang sebagai penakluk berkuasa. Bukan sebagai “Manusia Berduka” untuk meminum cawan pahit kemaluan dan kedukaan, Dia datang sebagai juara syurga dan dunia, untuk menghakimi orang-orang mati dan hidup. “Yang Setia dan Yang Benar”, “Dia menghakimi dengan adil dan berperang untuk keadilan.” Dan “tentera syurga mengikuti Dia.” (Wahyu 19:11, 14). Dengan irama melodi dari syurga, malaikat suci menyanyi, dalam bilangan yang tidak terhingga ramainya, kumpulan ini mengiringi-Nya dalam perjalanan-Nya. Cakerawala dipenuhi dengan sinaran cahaya “sepuluh ribu kali sepuluh ribu, dan beribu-ribu.” Tiada pena manusia yang dapat menggambarkan keadaan tersebut, tiada seseorang pun yang dapat memahami keindahannya yang tak terhingga. “Keagungan-Mu meliputi langit; bumi penuh dengan pujian untuk-Mu. Engkau datang dan bersinar seperti kilat; cahaya memancar dari tangan-Mu.” (Habakuk 3:3,4). Semakin dekat awan hidup itu menghampiri, setiap mata memandang Putera kehidupan. Sekarang tiada mahkota berduri di atas kepala-Nya tetapi mahkota kemuliaan-Nya yang berehat pada dahi suci-Nya. Sinaran wajah-Nya mengatasi sinaran cahaya matahari pada tengah hari. “Pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis nama ini: Raja Yang Terutama dan Tuhan Yang Agung.” Wahyu 19:16.PA 182.3

    Sebelum kehadiran-Nya, “setiap muka berwajah pucat pasi”; iaitu muka mereka yang telah menolak belas kasihan Tuhan, kini berduka memikirkan kesengsaraan kekal. “Kerana takut, semangat orang hilang; lutut gementar, kehabisan tenaga; semua orang pucat muka.” Yeremiah 30:6; Nahum 2:10. Orang benar menyeru, “Siapakah yang masih boleh berdiri?” Nyanyian malaikat menjadi redup, dan suasana menjadi sangat senyap. Kemudian suara Yesus kedengaran berkata: “Cukuplah kasih karunia-Ku bagimu”. Wajah orang benar bersinar, dan sukacita memenuhi setiap hati. Kemudian Malaikat menyanyi lagi dengan nada tinggi dan menghampiri bumi.PA 183.1

    Raja atas segala raja turun atas awan, dikelilingi nyalaan api. Langit bergulung bagaikan gulungan, dunia bergegar di hadapan-Nya, dan setiap gunung dan pulau beralih arah. “Apabila Allah kita datang, Dia tidak diam; api yang bernyala-nyala mendahului Dia, ribut yang sangat kencang mengelilingi-Nya. Dia menyuruh syurga dan bumi menjadi saksi, untuk melihat Dia menghakimi umat-Nya.” Mazmur 50:3,4.PA 184.1

    “Lalu raja-raja dunia, para penguasa, dan panglima, orang kaya dan orang berkuasa serta semua orang lain, baik abdi mahupun orang bebas, menyembunyikan diri di dalam gua-gua dan di celah-celah batu di gunung. Mereka berseru kepada gunung-gunung dan batu-batu itu, “Timpalah kami dan sembunyikanlah kami daripada pandangan Dia yang duduk di atas takhta dan daripada kemurkaan Anak Domba itu! Hari yang dahsyat sudah tiba; Allah dan Anak Domba akan menghukum kami dan tidak seorang pun akan terselamat.” Wahyu 6:15-17.PA 184.2

    Ejekan bertubi-tubi kini terhenti dan bibir yang berdusta tidak lagi berkata-kata. Pertempuran tangan, huru-hara peperangan, “kasut yang dipakai oleh tentera yang menyerang dan segala pakaian mereka yang berlumuran darah” (Yesaya 9:4) disenyapkan. Sekarang tiada apa lagi kedengaran kecuali suara doa dan bunyi tangisan dan ratapan. Jeritan pengejek yang baru sahaja berkata “Sebab sudah tiba hati besar murka mereka dan siapakah yang dapat bertahan?” Orang-orang fasik memohon rela ditimpa oleh batu-batu berbanding bertemu dengan Dia yang telah mereka hina dan tolak.PA 184.3

    Suara yang menembusi telinga orang-orang mati, mereka kenali. Betapa kerapnya suara lembut itu menyeru mereka untuk bertaubat. Betapa kerap kedengaran suara itu merayu melalui sahabat, saudara, Juruselamat. Kepada mereka yang menolak ajaran rahmat-Nya tiada lain berbanding mereka yang akan dipenuhi rasa kecaman, dibebani kutukan kerana telah menolak suara yang lama memohon: “Berhentilah berbuat dosa! Mengapakah kamu mahu mati?” Yehezkiel 33:11. Oh! Alangkah baiknya sekiranya suara itu asing kepada mereka. Kata Yesus: “Aku memanggil dan menjemput kamu datang tetapi kamu tidak mahu mendengar. Kamu tidak pedulikan Aku. Kamu mengabaikan semua nasihat-Ku dan tidak mahu menerima tegur ajar-Ku.” (Amsal 1:24,25) Suara itu mengingatkan memori yang mereka ingin padamkan -amaran-amaran yang dibenci, pelawaan yang ditolak, keistimewaan yang dipandang hina.PA 185.1

    Ada orang yang mengejek Kristus dalam kerendahan-Nya. Dengan kuasa menakjubkan mereka mengingati kata-kata Penderita bila disuraikan oleh imam tinggi, Dia sesungguhnya mengatakan: “Tidak lama lagi kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang di atas awan!” Matius 26:64. Kini mereka melihat-Nya dalam kemuliaan-Nya: itu pun mereka belum melihat Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Kuasa.PA 185.2

    Mereka yang telah mengolok-olok hak-Nya sebagai Anak Tuhan kini tidak mampu untuk berkata-kata. Adanya Herodes yang angkuh yang telah mengejek gelaran diraja-Nya. Mereka menanggalkan pakaian-Nya dan mengenakan jubah ungu kepada-Nya. Mereka menganyam mahkota duri dan menaruhnya di atas kepala-Nya, lalu memberikan Dia sebatang buluh di tangan kanan-Nya. Kemudian mereka berlutut di hadapan-Nya dan mengolok-olokkan Dia. Mereka berusaha untuk melarikan diri dari hadapan-Nya. Mereka yang memaku tangan dan kaki-Nya melihat parut itu dengan gerun dan kesesalan.PA 185.3

    Dengan kejelasan yang dahsyat, para imam dan pemimpin teringatkan peristiwa Kalvari, bagaimana mereka menjadi saluran Syaitan dan berkata, “Dia menyelamatkan orang lain, tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri! Bukankah dia raja orang Israel? Jika dia turun dari salib sekarang, kami akan percaya kepada-Nya! Dia percaya kepada Allah dan berkata bahawa dia Anak Allah. Mari kita lihat, adakah Allah akan menyelamatkan dia sekarang?” Matius 27:42-43.PA 186.1

    Jelas sekali mereka mengingati perumpamaan Juruselamat mengenai seorang petani yang enggan memulangkan hasil tanaman anggur dari kebun anggur tuan tanahnya dan sebaliknya mendera pekerja yang dihantar dan akhirnya membunuh anak tuan tanahnya. Mereka juga ingat perkataan yang mereka sendiri ucapkan: Tuan punya tanah “akan membinasakan orang-orang jahat itu”. Dalam dosa dan penghukuman yang diberikan kepada mereka yang tidak setia, para imam dan ketua agama melihat sendiri hala tujuan takdir mereka dan menyedari ajal setimpal mereka. Dan sekarang muncul pula tangisan keseksaan nyata. Tangisan ini lebih kuat dari teriakan “Salibkan Dia, salibkan Dia!” yang kedengaran di seluruh Yerusalem. Inilah tangisan kekecewaan, yang berdebar iaitu “Dia adalah Anak Tuhan! Dialah Juruselamat yang sebenarnya!” Mereka berusaha untuk melarikan diri dari kehadiran Raja atas segala raja. Bersia-sia mereka cuba menyembunyikan diri dalam rongga bumi yang telah muncul kesan daripada pergolakkan bumi.PA 186.2

    Dalam kehidupan semua yang telah menolak kebenaran, terdapat saat-saat di mana hati nurani mereka disedarkan, bila mereka mengingati kehidupan munafik dan jiwa mereka terganggu oleh perasaan kesal. Tetapi apakah ini berbanding dengan penyesalan pada hari itu apabila “Kengerian itu akan datang seperti angin ribut yang membawa bencana, dan kamu akan kesakitan dan menderita.” Amsal 1:27. Mereka yang bakal membunuh Kristus dan pengikut-Nya yang setia kini menyaksikan kemuliaan Tuhan dikurniakan kepada mereka. Di tengah-tengah kegerunan mereka kedengaran suara riang orang benar berseru: “Dialah Allah kita! Dialah yang kita nantikan untuk menyelamatkan kita! Dialah Tuhan yang kita nantikan. Sekarang kita bersorak gembira kerana Dia telah menyelamatkan kita.” Yesaya 25:9.PA 187.1

    Di tengah-tengah pergolakkan bumi, pancaran kilat dan bunyi guruh, suara Anak Tuhan kedengaran membangunkan orang-orang benar yang sedang tidur. Dia melihat ke arah kubur orang-orang benar dan mengangkat tangan-Nya ke langit lalu menyeru “Bangunlah hai kamu yang tidur dan bangkitlah kamu yang tidur dalam tanah, bangkitlah!” Di seluruh pelusuk dunia orang-orang mati akan mendengar suara itu, dan mereka yang mendengarakan hidup. Dan seluruh dunia akan berdering dengan perkumpulan besar angkatan pengikut dari setiap bangsa, suku, bahasa, dan kaum. Dari belenggu kematian mereka bangkit dan datang berpakaian kemuliaan kekal, berseru: “Hai maut, di manakah kemenanganmu? Hai maut, di manakah sengatmu?” 1 Korintus 15:55. Dan semua orang benar yang hidup dan orang benar yang telah dibangkitkan bersorak kemenangan.PA 187.2

    Semua orang yang dibangkitkan dari kubur mereka bangkit dalam keadaan sama, dari segi ketinggian, sepertimana ketika mereka dikuburkan. Adam sendiri akan berdiri antara mereka yang dibangkitkan, dan berperawakan tinggi serta agung, kurang sedikit dari Anak Tuhan. Keadaan Adam akan menunjukkan perbezaan nyata berbanding dengan generasi seterusnya; inilah salah satu bukti kemerosotan umat manusia merentas zaman. Tetapi semua yang dibangkitkan diberi kesegaran dan kekuatan kekal orang muda. Pada mulanya, umat manusia diciptakan sama seperti Tuhan, bukan sahaja dari segi perlakuan tetapi juga dari segi rupa dan bentuk. Dosa telah mencemarkan dan hampir memusnahkan imej Tuhan pada manusia; tetapi Kristus datang untuk memulihkan apa yang telah hilang. Dia datang agar dapat mengubah badan tak kekal kita kepada bentuk mulia-Nya. Manusia yang fana, mudah rosak, tiada keindahan, dicemari dosa akan menjadi sempurna, indah dan kekal. Segala pencemaran dan kecacatan akan ditinggalkan dalam kubur. Dipulihkan dengan pohon kehidupan kekal dari taman Eden yang lama kehilangan, orang-orang yang ditebus akan “terbit seperti matahari” (Maleakhi 4:2) kepada ketinggian sepenuh bangsa manusia dalam kemuliaan asalnya. Kesan-kesan terakhir sumpahan dosa akan dihapuskan, dan umat Kristus yang setia akan memantulkan kesempurnaan imej Tuhan mereka di dalam minda, jiwa dan tubuh mereka. Oh! Penyelamatan yang ajaib, yang telah lama dikatakan, yang telah lama dibicarakan, telah lama diharapkan, dengan penuh semangat tetapi tidak ditahami sepenuhnya.PA 187.3

    Orang-orang benar yang hidup akan diubah “di dalam sekelip mata sahaja.” Ketika mendengar suara Tuhan, mereka dimuliakan, mereka dijadikan kekal dan bersama-sama dengan orang-orang benar yang telah dibangkitkan, mereka naik untuk bertemu dengan Tuhan mereka di angkasa. Para malaikat “akan mengumpulkan orang-orang pilihan-Nya dari keempat-empat penjuru bumi, dari hujung langit yang satu ke hujung langit yang bertentangan. Anak- anak kecil diserahkan oleh malaikat ke pangkuan ibu mereka. Teman-teman yang telah lama dipisahkan oleh kematian kini bersatu kembali, tiada lagi perpisahan dan dengan nyanyian kegembiraan mereka naik bersama ke Kota Tuhan.PA 188.1

    Kedua-dua belah tepi kereta berawan tersebut bersayap, dan di bawahnya adalah roda yang bernyawa; apabila kereta berawan itu naik ke atas, rodanya berseru “Suci” dan sayapnya yang bergerak dan berseru “Suci” dan kumpulan malaikat berseru “Suci, Suci, Suci, Tuhan Yang Maha Esa. Dan orang yang benar bersorak “Haleluya!” dalam perjalanan kereta berawan tersebut bergerak menuju ke Yerusalem Baru.PA 189.1

    Sebelum memasuki Kota Tuhan, Juruselamat menghadiahkan kepada pengikut-Nya petanda kejayaan mereka dan menganugerahkan lambang kedaulatan mereka. Orang benar dengan mahkota bersinar, secara tidak langsung membentuk segi empat mengelilingi Raja mereka. Keagungan rupa-Nya jauh lebih tinggi dari orang-orang suci dan malaikat yang masing-masing berwajah penuh kasih cinta. Mata semua orang yang ditebus, yang tidak terhingga bilangannya, tertumpu pada Yesus, setiap mata melihat kemuliaan-Nya yang “rupa-Nya dicacati sehingga tidak lagi seperti rupa manusia.” Yesaya 52:14. Di atas kepala mereka yang menang Yesus letakkan mahkota kemuliaan. Setiap satunya ada tertulis “nama baru” (Wahyu 2:17) masing-masing tertulis “Kesucian bagi Tuhan.” Di setiap tangan diletakkan tanda kemenangan dan hap yang bersinar. Kemudian, ketika ketua malaikat menandakan permulaan, setiap tangan memetik talinya dengan sentuhan yang penuh melodi dan indah memulakan irama lagu yang kaya dengan melodi yang indah. Keseronokkan tak terhingga menggembirakan setiap hati dan masing-masing meninggikan suara dengan ucapan pujian kesyukuran: “Yesus mengasihi kita, dan dengan kematian-Nya Dia membebaskan kita daripada dosa-dosa kita. Kristus menjadikan kita imam yang memerintah bersama-sama Dia dan yang mengabdikan diri kepada Allah, Bapa-Nya. Marilah kita muliakan keagungan dan kekuasaan Yesus Kristus yang kekal itu.” Wahyu 1:5,6.PA 189.2

    Di hadapan orang-orang yang telah ditebus adalah Kota Suci. Yesus membuka pintu gerbangnya, dan bangsa yang telah menurut kebenaran memasukinya. Mereka melihat Kayangan Tuhan, rumah Adam di masa kemurniaannya. Kemudian kedengaran satu suara yang lebih indah dari bunyi irama yang belum pernah didengarkan telinga fana menyatakan, “Hai kamu yang diberkati Bapa-Ku! Marilah dan nikmatilah Pemerintahan Allah yang telah disediakan oleh Allah untuk kamu sejak dunia ini diciptakan-Nya.” Matius 25:34.PA 190.1

    Sekarang doa Penyelamat untuk pengikut-Nya telah dimakbulkan: “Allah, yang dapat menjaga kamu supaya tetap beriman, dan yang dapat membawa kamu ke hadirat-Nya yang mulia dengan sukacita dan tanpa cela” (Yudas 1:24). Kristus memberikan kepada Bapa-Nya hasil penebusan darah-Nya dan berkata: “Inilah Aku bersama-sama anak-anak yang telah diberikan oleh Allah kepada-Ku.” “Semasa Aku bersama-sama mereka, Aku menjaga mereka dengan kekuasaan nama-Mu: nama yang Engkau berikan kepada-Ku.” Yohanes 17:12. Betapa gembiranya pada saat itu apabila Bapa Yang Maha Kuasa memandang mereka yang telah ditebus, yang melihat Dia, kesan dosa terhapus, pencemarannya tiada, dan sekali lagi manusia seharmoni dengan Tuhan!PA 190.2

    Dengan kasih yang tidak dapat diungkapkan, Yesus menyambut mereka yang setia kepada-Nya. Kegembiraan Juruselamat, ialah dengan melihat, dalam kerajaan kemuliaan, jiwa-jiwa yang telah diselamatkan melalui kesengsaraan dan penghinaan- Nya. Orang-orang yang ditebus akan berkongsi kegembiraan-Nya; apabila mereka melihat orang-orang yang berjaya diselamatkan Tuhan hasil doa mereka, usaha dan pengorbanan kasih mereka. Ketika mereka berkumpul mengelilingi takhta agung yang putih, kegembiraan tidak terhingga memenuhi hati mereka apabila mendapati bahawa orang yang telah dimenangi untuk Tuhan, memenangi jiwa lain dan mereka pula dapat menarik jiwa-jiwa baru, semuanya dibawa ke perlindungan abadi, di sana mereka meletakkan mahkota mereka di kaki Yesus dan memuji-Nya sepanjang hayat berkekalan.PA 190.3

    Ketika orang-orang yang ditebus dialu-alukan ke dalam kota Tuhan, kedengaran seruan kegembiraan pujaan. Kedua-dua Adam bakal bertemu. Anak Tuhan dengan tangan terbuka akan menerima bapa bangsa kita — dia yang telah diciptakan-Nya, dia yang telah berdosa di hadapan-Nya, dan dia yang kerana dosanya telah meninggalkan parut penyaliban pada tubuh Juruselamat. Ketika Adam melihat kesan paku itu, dengan penuh kerendahan diri dia tidak memeluk dada Tuannya tetapi menyujud menyembah kaki Kristus dan menangis menyeru: “Layak! Layaklah Dia yang telah dikorbankan!” Dengan penuh kasih sayang, Juruselamat membangunkan dia dan menggalakkannya melihat sekali lagi taman Eden yang telah lama dia ditinggalkannya.PA 191.1

    Kehidupan Adam dipenuhi dengan kesedihan selepas diusir dari Taman Eden. Setiap daun yang mati, setiap mangsa yang dikorbankan, setiap kecacatan pada muka indah bumi, setiap kecelaan pada kesucian manusia, mengingatkan dia kepada dosanya. Betapa dahsyatnya penyesalan apabila dia melihat pertambahan dosa yang berlaku dan betapa pedih perasaannya apabila amarannya dijawab mengecam dirinya sebagai penyebab dosa. Dengan kesabaran, dia menanggung penghinaan melanggar Hukum Tuhan selama hampir seribu tahun. Dengan ikhlas dia bertaubat daripada dosanya, dan percaya akan kebaikan Penyelamat yang dijanjikan lalu mati dengan harapan kebangkitan. Anak Tuhan menebus kegagalan dan dosa manusia dan kini, melalui penebusan, mengembalikan Adam kepada kedudukan asalnya.PA 191.2

    Dengan gembira, dia kini memandang pohon-pohon yang dahulu dinikmatinya, dan buah-buah yang pernah dikumpulkannya sebelum dia berdosa. Dia melihat tumbuhan yang dia sendiri usahakan, bunga-bunga yang dahulu dijaganya dengan rapi dan penuh kasih. Rkirannya menyedari keadaan sebenar; dia memahami bahawa inilah Taman Eden sebenar yang akan dikembalikan seperti asal, kini lebih indah daripada Taman Eden yang dahulu. Juruselamat membawanya ke pohon kehidupan dan memetik buah itu lalu menyuruhnya memakannya. Dia melihat keramaian ahli keluarganya yang telah ditebus, berdiri di Syurga Tuhan. Kemudian dia meletakkan mahkotanya di kaki Yesus dan memeluk Penebusnya. Dia menyentuh kecapi emas, dan penghuni syurga menyanyikan lagu kemenangan: “Anak Domba yang sudah dibunuh itu layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, penghormatan, kemuliaan, dan pujian.” Wahyu 5:12. Keluarga Adam meneruskan nyanyian dan semuanya juga meletakkan mahkota mereka di kaki Juruselamat ketika mereka sujud kerana kesyukuran.PA 192.1

    Penyatuan ini disaksikan oleh malaikat-malaikat yang menangis bilamana Adam berdosa dan bergembira apabila Yesus naik ke takhta syurga, setelah membuka jalan kehidupan bagi semua orang yang percaya kepada nama-Nya. Kini mereka melihat pencapaian usaha penebusan dan bersama-sama mengucap puji-pujian.PA 192.2

    Pada lautan kristal di bawah takhta, “lautan kaca bagaikan bercampur api” berseri-seri dengan keagungan Tuhan -berkumpulnya orang-orang yang “telah mendapat kemenangan ke atas binatang itu dan ke atas imejnya, ke atas tandanya dan ke atas bilangan namanya”. Dengan Anak Domba berdiri di bukit Sion, beserta kecapi mereka, mereka berdiri, seratus empat puluh empat ribu orang dari kalangan orang yang telah ditebus; dan aku mendengar satu suara dari langit bagaikan desau air bah dan bagaikan deru guruh yang dahsyat. Dan suara yang ku dengar itu seperti bunyi kecapi yang memetik kecapinya. Mereka menyanyikan suatu nyanyian baru di hadapan takhta-Nya dan tidak seorang pun yang dapat mempelajari nyanyian itu selain dari pada seratus empat puluh empat ribu orang yang telah di tebus dari bumi itu. Mereka menyanyikan “lagu baru,” nyanyian Musa dan Anak Domba. Wahyu 15:2, 3. Hanya mereka yang tergolong di antara seratus empat puluh empat ribu sahaja yang mengetahui lagu itu, kerana ia adalah lagu pengalaman yang tidak dirasai oleh yang lain. “Mereka mengikuti Anak Domba ke mana sahaja Dia pergi.” Mereka, yang telah diangkat di antara orang-orang yang hidup, adalah “bahagian pertama daripada tuaian yang dipersembahkan kepada Allah.” Wahyu 14:4, 5. Mereka dapat melalui masa kesukaran yang besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini; mereka bertahan terhadap keazaban masa kesusahan Yakub; mereka berdiri tanpa pengantara semasa penghukuman terakhir Tuhan. “Merekalah orang yang berjaya melalui masa penganiayaan yang dahsyat itu. Mereka telah membasuh dan menjadikan jubah mereka putih dengan darah Anak Domba itu. Itulah sebabnya mereka berdiri di hadapan takhta Allah, dan beribadat kepada-Nya siang malam di dalam rumah Allah. Dia yang duduk di atas takhta akan melindungi mereka dengan hadirat-Nya. Mereka tidak akan lapar ataupun dahaga lagi; matahari ataupun panas terik tidak akan membakar mereka lagi. Hal itu demikian kerana Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu akan menggembalakan mereka, dan Dia akan memimpin mereka ke sumber air yang memberikan hidup. Allah akan menyapu air mata mereka.” Wahyu 7:14-17.PA 192.3

    Di sepanjang zaman, umat pilihan Tuhan telah diajar dan didisiplinkan dalam sekolah percubaan. Mereka telah berjalan di jalan yang sempit, mereka telah disucikan dalam perapian penderitaan. Demi Yesus mereka bertahan bila ditentang, dibenci dan dif itnah. Mereka mengikuti-Nya melalui kontlik kesusahan, mengharungi penyangkalan diri dan menderita mengalami kekecewaan yang pahit. Melalui pengalaman mereka yang menyakitkan, mereka mengetahui erti kejahatan dosa, kuasanya, kesalahannya, sumpahannya; mereka melihatnya dengan penuh kebencian. Menyedari korban yang dilakukan untuk menebus mereka membuatkan mereka berasa rendah diri dan penuh kesyukuran yang tidak mungkin ditahami oleh mereka yang tidak pernah berdosa. Kasih mereka lebih mendalam kerana mereka telah banyak diampuni. Kerana telah mengongsikan penderitaan Kristus, mereka layak mengongsikan kemuliaan-Nya.PA 194.1

    Waris Tuhan ada yang datang dari bilik loteng, teratak, tahanan bawah tanah, pentas hukuman bunuh, gua pergunungan dan gua lautan. Mereka ini “disisihkan, diseksa, menderita.” Jutaan orang mati dengan keaiban kerana mereka enggan tunduk kepada Syaitan. Dalam pengadilan manusia, mereka dihakimkan di antara penjenayah yang hina. Tetapi sekarang, “Allah itu Hakim” (Mazmur 50:6). Sekarang keputusan dunia telah diterbalikkan. “Dia akan menghapuskan air mata daripada setiap wajah, dan menghilangkan kehinaan yang diderita oleh umat-Nya di seluruh bumi.” (Yesaya 25:8). “Kamu akan disebut Umat Yang Suci, Umat Yang Telah Diselamatkan Tuhan.” “Dia telah mengutus aku untuk menghiburkan orang yang berduka, untuk memberi orang yang berkabung di Sion, kesukaan serta kegembiraan, lagu pujian, dan bukan kedukaan.” Yesaya 62:12; 61:2, 3. Kini mereka tidak lagi melarat, terserak dan tertindas. Selepas ini mereka akan sentiasa mendekati Tuhan. Mereka berdiri di depan takhta memakai pakaian yang jauh lebih indah daripada pakaian orang yang paling dihormati di dunia. Mereka dimahkotai dengan mahkota yang lebih gemilang daripada yang pernah diletakkan di kepala raja-raja di dunia. Hari kesengsaraan dan kesedihan berakhir selama-lamanya. Raja kemuliaan telah mengelap air mata dari setiap muka; kerana punca kesedihan telah dihapuskan. Diiringi lambaian daun pohon, mereka menyanyikan lagu puji-pujian yang jelas, indah dan harmoni, setiap individu turut berserta menyanyi sehingga lagu itu dinyanyikan oleh seluruh penghuni Syurga: “Kita telah diselamatkan oleh Allah kita, yang duduk di atas takhta, dan oleh Anak Domba itu!” Dan semua berkata: “Amin! Pujian, kemuliaan, kebijaksanaan, kesyukuran, penghormatan, kekuasaan, dan kemegahan bagi Allah kita selama-lamanya!” Wahyu 7:10,12.PA 194.2

    Dalam kehidupan ini kita hanya mampu mula memahami keindahan penebusan. Dengan pemahaman kita yang terbatas, kita perlu dengan bersungguh-sungguh mempertimbangkan penghinaan dan kemuliaan, kehidupan dan kematian, keadilan dan belas kasihan, yang terdapat pada kayu salib; tetapi walaupun kita memaksimakan pemahaman kekuatan mental kita, kita masih gagal mendapatkan makna sepenuhnya. Keluasan dan kedalaman, ketinggian dan kerendahan, kasih penebusan tidak mungkin kita fahami sepenuhnya. Rencana penebusan tidak akan difahami sepenuhnya, walaupun apabila orang yang ditebuskan melihat seperti yang dapat dilihat dan mengetahui seperti yang diketahui; tetapi merentasi zaman akan datang, kebenaran baru akan diungkapkan kepada mereka yang ingin mengetahuinya. Melalui kesedihan dan kesakitan dan pencubaan di dunia sudah berakhir dan penyebabnya dihapuskan, umat Tuhan masih akan mengingati dengan jelas apa yang telah dikorbankan demi keselamatan mereka.PA 195.1

    Salib akan menjadi bahan yang dipelajari dan menjadi lagu orang-orang yang ditebus selama-lamanya. Dalam Kristus yang dimuliakan, mereka juga melihat Kristus yang disalibkan. Tidak pernah akan dilupakan bagaimana Dia yang berkuasa menciptakan bumi dan menegakkan dunia yang tidak terbilang jumlahnya di angkasa luas, adalah Tuhan Yang Maha Pengasih, Keagungan syurga, Dialah yang dipuja kerub dan malaikat bersinar-Dialah yang merendahkan diri-Nya demi menebus manusia yang berdosa, Dialah yang memikul kesalahan dan penghinaan dosa dan terselindung dari wajah Bapa-Nya sehingga sumpahan dunia berdosa menghancurkan hati-Nya dan membunuh nyawa-Nya di salib Kalvari. Hakikat bahawa Pencipta semua dunia, Pengadil segala takdir, telah mengenepikan kemuliaan-Nya kerana kasih-Nya terhadap manusia-akan sentiasa membangkitkan kekaguman alam semesta. Ketika bangsa yang telah diselamatkan itu melihat wajah Penebus mereka dan melihat wajah kemuliaan abadi Bapa-Nya di sebalik wajah-Nya lalu mengetahui keabadian kerajaan-Nya tanpa pengakhiran, mereka akan bersyukur: “Layak Anak Domba yang disembelih itu, dan menebus kami bagi Tuhan dengan darah-Nya sendiri yang amat berharga.”PA 196.1

    Misteri kayu salib menjelaskan semua misteri lain. Di sebalik cahaya yang bersinar dari Kalvari yang telah menampakkan sifat Tuhan yang sebelum ini telah memenuhi kita dengan kegerunan dan kekaguman kini nampak amat indah dan menawan. Belas kasihan, kelembutan, kasih ibu bapa kelihatan bercampur dengan kesucian, keadilan dan kekuasaan. Sementara kita melihat keagungan takhta-Nya, dimuliakan dan ditinggikan, kita akan melihat sitat-Nya yang murah hati dan akan memahami seperti yang tidak pernah ditahami sebelum ini, betapa mendalam maksud nama yang kita panggil “Bapa Kita”.PA 196.2

    Akan kelihatan bahawa Dia yang penuh kehikmatan tidak memikirkan rencana lain bagi menebus kita kecuali dengan mengorbankan Anak-Nya Sendiri. Upah pengorbanan ini adalah kegembiraan memenuhi seluruh dunia dengan orang-orang yang telah ditebus, suci, gembira dan hidup kekal. Keputusan daripada konflik Tuhan dengan kuasa kegelapan adalah kegembiraan kepada mereka yang ditebus, mengulangi kemuliaan Tuhan merentas keabadian. Itulah nilai satu jiwa sehinggakan Bapa puas hati dengan harga yang dibayar; dan Kristus sendiri, melihat hasil pengorbanan besar-Nya, juga berpuas hati.PA 197.1

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents