Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    9—Kitab Suci Satu-satunya Pelindung Kita

    “Dengarlah ajaran Tuhan! Orang yang tidak berkata-kata sesuai dengan ajaran itu, tidak mempunyai harapan.” Yesaya 8:20. Umat Tuhan diarah untuk melihat Kitab Suci sebagai satu-satunya pelindung mereka terhadap pengaruh guru-guru palsu dan roh kegelapan. Syaitan menggunakan setiap cara mungkin untuk menghalang manusia daripada memperolehi pengetahuan Kitab Suci; kerana kandungan jelasnya akan mendedahkan penipuannya. Pada setiap usaha membangkitkan kembali cinta kepada Tuhan, kuasa kejahatan akan meningkatkan lagi tentangannya; dia kini sedang menggunakan segala usahanya dalam pergelutan terakhir terhadap Kristus dan pengikut-pengikut-Nya. Penipuan besar terakhir akan terbuka di hadapan kita tidak lama lagi. Anti-Kristus akan melakukan kerja-kerja luar biasa di hadapan mata kita. Betapa serupanya kepalsuan dengan yang kebenaran sehinggakan ia adalah mustahil untuk membezakannya kecuali dengan Kitab Suci. Melalui kesaksian mereka setiap pernyataan dan setiap mukjizat mesti diuji.PA 122.1

    Mereka yang berusaha untuk mematuhi semua hukum Tuhan akan ditentang dan dicemuh. Mereka boleh berdiri cuma dalam Tuhan. Untuk bertahan menghadapi ujian di hadapan mereka, mereka mesti memahami kehendak Tuhan seperti yang diungkapkan di dalam Firman-Nya; mereka boleh memuliakan-Nya hanya jika mereka mempunyai pemahaman yang betul berkenaan keperibadian-Nya, kerajaan-Nya, dan tujuan-Nya, dan bertindak menurut kesemua ini. Hanya mereka yang melengkapkan minda mereka dengan kebenaran-kebenaran Kitab Suci mampu bertahan melalui konflik besar terakhir. Setiap jiwa akan melalui ujian yang mencuba: Adakah saya akan menuruti Tuhan atau manusia? Masa penetapan kini sudah sampai. Adakah tapak kaki tertanam dalam batuan Firman tetap Tuhan? Adakah kita bersedia untuk bertahan dalam pembelaan hukum-hukum Tuhan dan keimanan Kristus?PA 123.1

    Sebelum penyaliban-Nya Juruselamat menerangkan kepada murid-murid-Nya bahawa Dia akan dibunuh lalu dibangkitkan semula daripada makam-Nya; dan malaikat-malaikat akan hadir untuk mengingat kembali Firman-Nya dalam minda dan hati mereka. Tetapi murid-murid-Nya mencari keselamatan sementara daripada bebanan Rom, dan mereka tidak mampu menerima hakikat bahawa Dia, iaitu punca segala harapan mereka akan melalui kematian yang terhina. Kata-kata yang perlu mereka ingati kini hilang dari minda-minda mereka; dan apabila masa untuk percubaan datang, ia telah menemui mereka dalam keadaan tidak bersedia. Kematian Yesus benar-benar telah memusnahkan harapan mereka seolah-olah Dia tidak pernah memberi amaran kepada mereka sebelum itu. Begitu juga peranan nubuatan-nubuatan masa hadapan yang kini diungkapkan kepada kita sejelas ianya diungkapkan kepada murid-murid melalui firman Kristus. Peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengakhiran pencubaan dan usaha kerja persediaan bagi masa kesukaran diterangkan dengan jelas. Tetapi orang ramai tidak lebih memahami kebenaran-kebenaran penting ini bagaikan ianya tidak pernah didedahkan. Syaitan memerhati untuk menangkap setiap peluang yang akan memberikan mereka kebijaksanaan tentang keselamatan, dan masa kesukaran akan mendapati mereka tidak bersedia.PA 123.2

    Apabila Tuhan menghantar manusia amaran-amaran yang begitu penting sehingga ia digambarkan sebagai diumumkan oleh malaikat-malaikat suci yang berterbangan di tengah syurga, Dia meminta setiap orang yang diberi kuasa-kuasa pertimbangan untuk mengambil berat tentang mesej itu. Hukuman-hukuman dahsyat yang mengecam penyembahan binatang dan imejnya (Wahyu 14:9-11), seharusnya membawa semua orang kepada penelitian tekun tentang nubuatan-nubuatan untuk mengetahui apakah tanda binatang, dan bagaimana mereka boleh mengelak daripada menerimanya. Tetapi kebanyakan orang menutup telinga mereka dan tidak mendengar kebenaran sebaliknya tertarik kepada cerita dongeng. Rasul Paulus menyatakan, apabila melihat nubuatan zaman akhir lalu menyatakan, “Akan tiba masanya apabila orang tidak mahu mendengar ajaran yang benar.” 2 Timotius 4:3” Orang ramai tidak mahu kebenaran Kitab Suci, kerana ia mengganggu keinginan hati yang berdosa dan masih mencintai dunia; dan Syaitan membekalkan mereka dengan penipuan-penipuan yang mereka ingini.PA 124.1

    Tetapi Tuhan akan mempunyai sekumpulan umat di dunia yang akan mempertahankan Kitab Suci dan Kitab Suci sahaja, sebagai piawaian sebagai pemulihan semula. Pendapat orang yang terpelajar, pandangan sains, pendapat-pendapat atau keputusan-keputusan majlis paderi, sebanyak dan sejanggal seperti gereja-gereja yang mewakilinya, suara majoriti — tiada satu daripada ini harus dianggap bukti menyokong atau menentang sebarang hal berkenaan keimanan keagamaan. Sebelum menerima sebarang doktrin atau perintah, kita perlu menuntut “Beginilah Firman Tuhan” sebagai penjelasan yang terang bagi menyokongnya.PA 124.2

    Syaitan sentiasa berusaha untuk menarik perhatian kepada manusia bagi menggantikan tempat Tuhan. Dia mendorong orang ramai untuk mencari para biskop, paderi, profesor teologi, sebagai pembimbing mereka, lebih daripada mengkaji Kitab Suci untuk mempelajari kewajipan mereka untuk diri mereka sendiri. Kemudian, dengan mengawal minda pemimpin-pemimpin ini, dia boleh mempengaruhi orang ramai mengikut kehendaknya.PA 125.1

    Semasa Kristus berada di dunia untuk menghujahkan firman-firman kehidupan, orang biasa mendengar-Nya dengan gembira; dan ramai, termasuk para paderi dan pemerintah, mempercayai-Nya. Tetapi ketua imam dan orang-orang yang memimpin negara bertekad untuk mengecam dan menyangkal ajaran-ajaran-Nya. Walaupun mereka gagal dalam semua usaha-usaha memfitnahkan-Nya namun mereka tidak terkecuali dari merasakan pengaruh kuasa serta kebijaksanaan keTuhanan melalui firman-Nya, dan sebaliknya mereka melingkupi diri mereka dengan sikap prasangka; mereka menolak bukti-bukti terjelas tentang peranan-Nya sebagai Juruselamat, menakuti kemungkinan mereka terjadi murid-muridnya. Penentang-penentang Yesus ini adalah individu yang sejak kecil, telah diajar menurut kebiasaan zaman, di mana mereka menghormati sepenuhnya, kuasa-kuasa itu telah biasa dituruti. “Mengapa pula,” mereka bertanya, “pemimpin dan ahli-ahli Taurat kita tidak mempercayai Yesus?” Tidakkah orang-orang beriman ini akan menerima-Nya sekirannya Dia adalah Kristus?” Inilah pengaruh guru-guru seperti itu yang menyebabkan bangsa Yahudi menolak Penebus mereka.PA 125.2

    Semangat yang mendorong paderi dan pemerintah masih lagi ditunjukkan oleh ramai individu yang mendakwa mempunyai kealiman yang tinggi. Mereka enggan meneliti kesaksian dalam Kitab Suci berkenaan kebenaran khas untuk masa kini. Mereka merujuk kepada bilangan besar mereka, kekayaan, dan kemahsyuran mereka sendiri, dan memandang hina pembela-pembela kebenaran yang hanya segelintir, miskin, dan tidak mahsyur, sebagai bukti mereka mempunyai keimanan yang memisahkan mereka daripada dunia.PA 126.1

    Jauh ke hadapan, Kristus telah nampak bahawa pengambilan kuasa secara tidak patut oleh pakar agama dan Farisi tidak akan berhenti dengan penyelerakkan orang Yahudi. Dia mempunyai pandangan nubuatan mengenai kerja peninggian kuasa manusia demi mengawal hati nurani, iaitu sumpahan dahsyat terhadap gereja sepanjang zaman. Kutukan gerun-Nya terhadap pakar agama dan Farisi serta amaran-amaran-Nya juga ditujukan kepada orang ramai dan generasi akan datang agar tidak mengikut pemimpin-pemimpin yang buta ini.PA 126.2

    Gereja Roman memberikan paderi hak untuk menafsirkan Kitab Suci. Atas alasan bahawa hanya para ulama berkemampuan untuk menerangkan firman Tuhan, ia tidak diberikan kepada orang ramai. Walaupun zaman Reformasi telah memberikan Kitab Suci kepada semua orang, namun prinsip sama yang telah dipertahankan oleh Rom iaitu menghalang orang ramai di dalam gereja daripada mengkaji Kitab Suci untuk diri mereka sendiri. Mereka diajar untuk menerima ajaran-ajarannya seperti yang ditafsirkan oleh gereja; dan ia boleh dipertaruhkan bahawa ribuan orang tidak mempelajari apa-apa, walaupun pada hakikatnya, penjelasan Kitab Suci mendedahkan pertentangan antara pendapat mereka dengan ajaran rasmi gereja.PA 126.3

    Walaupun Kitab Suci penuh dengan amaran terhadap kewujudan guru palsu, ramai sudah menyerahkan keselamatan jiwa-jiwa mereka kepada paderi. Pada hari ini ribuan protesoragama tidak dapat memberikan alasan sebab di sebalik kepercayaan yang mereka pegang melainkan alasan bahawa mereka telah diarahkan sedemikian oleh guru-guru agama mereka. Mereka, tanpa disedari tidak mengendahkan ajaran-ajaran Kristus, dan menempatkan keyakinan sepenuhnya dalam kata-kata penginjil-penginjil. Tetapi adakah para paderi bebas daripada melakukan kesilapan? Bolehkah kita mempercayai bimbingan mereka kecuali kita mengetahui dari Firman Tuhan bahawa mereka sememangnya pembawa cahaya? Kekurangan keberanian moral untuk menentang arus biasa dunia mengakibatkan ramai orang mengikuti arus orang-orang terpelajar; dan keengganan mereka untuk mengkaji sendiri, meninggalkan mereka tanpa harapan lalu terjerumus ke dalam kesalahan. Mereka melihat kenyataan kebenaran pada masa ini dengan jelas di dalam Kitab Suci; dan mereka merasai kuasa Roh Suci menyertai perkhabarannya; tetapi mereka membenarkan penentangan dari paderi memalingkan mereka daripada cahaya kebenaran. Walaupun kewarasan minda dan hati nurani mereka diyakinkan, jiwa-jiwa yang tertipu ini tidak berani memikirkan arus selain daripada arahan penginjil; lalu pendapat individu mereka, kepentingan-kepentingan kekal mereka dikorbankan demi ketidakpercayaan, kemegahan dan prejudis individu lain.PA 127.1

    Syaitan mempunyai pelbagai cara untuk mempengaruhi manusia agar dijadikan tawanannya. Dia menawan orang ramai dengan menarik mereka melalui pertalian kasih mereka kepada individu yang bermusuhan dengan salib Kristus. Apa jua ikatan ini, biarpun ibu bapa, anak, suami isteri atau sosial, kesannya tetap sama; penentang-penentang kebenaran mempergunakan pengaruh mereka untuk mengawal hati nurani, dan jiwa-jiwa yang berada dalam pengaruh mereka tidak cukup berani atau mempercayai diri untuk menuruti keyakinan-keyakinan sendiri terhadap kewajipan masing-masing.PA 127.2

    Kebenaran dan kemuliaan Tuhan tidak boleh dipisahkan; kita tidak mungkin, selagi Kitab Suci berada dalam pencapaian kita, terus memuliakan Tuhan dan masih berpegang kepada pendapat yang salah. Ramai yang mendakwa bahawa kepercayaan seseorang sebenarnya tidak penting sekiranya dia hidup dengan benar. Tetapi kehidupan dibentuk oleh keimanan. Jika cahaya dan kebenaran berada dalam pencapaian kita, dan kita mengabaikan peluang untuk memperbaiki keistimewaan dari mendengar dan melihatnya, pada hakikatnya, kita menolaknya; kita sebenarnya memilih kegelapan berbanding dengan kebenaran cahaya.PA 128.1

    Jalan yang disangka baik itu akhirnya menuju maut.” Amsal 16:25. Kejahilan bukanlah alasan untuk melakukan kesalahan atau dosa, apabila terdapat peluang untuk mengetahui kehendak Tuhan. Seandainya seseorang yang mengembara sampai ke suatu tempat yang mempunyai banyak persimpangan dan papan tanda yang menunjukkan arah setiap satu. Sekiranya dia tidak mengendahkan papan tanda itu, lalu mengambil mana-mana sahaja jalan yang kelihatan betul kepadanya, walau bagaimana ikhlas pun dia, besar kemungkinan dia akan mendapati dirinya berada di jalan yang salah.PA 128.2

    Tuhan telah memberikan kita Firman-Nya agar kita boleh mengenali ajaran-ajaran-Nya dan mengetahui untuk diri kita sendiri kehendak-Nya terhadap kita. Apabila seorang ahli Taurat datang kepada Yesus dengan pertanyaan, “Apakah yang harus saya lalukan untuk mendapat kehidupan berkekalan?” Juruselamat telah merujukkannya kepada Kitab Suci lalu menyatakan: “Apakah kata-kata Kitab Suci? Apakah pemahaman anda?” Kejahilan tidak akan memaafkan yang muda atau tua, mahupun melepaskan mereka daripada hukuman bakal datang sekiranya mereka melanggar hukum Tuhan; kerana mereka mempunyai, dalam tangan mereka sendiri, suatu penerangan berkenaan hukum tersebut, prinsip-prinsip dan tuntutan-tuntutannya. Adalah tidak memadai untuk hanya mempunyai niat yang baik; adalah tidak memadai untuk melakukan apa yang disangka baik oleh seseorang atau apa yang penginjil katakan adalah benar. Keselamatan jiwa individu itu dipertaruhkan, dan dia harus mengkaji Kitab Suci untuk dirinya sendiri. Betapa kukuhnya keyakinannya, walau betapa berkeyakinan dirinya sendiri bahawa penginjil mengetahui apa yang benar, ini bukan hakikatnya. Dia mempunyai arah yang menunjukkan setiap jalan yang harus dilalui dalam perjalanan ke syurga, dan dia tidak sepatutnya meneka sahaja.PA 128.3

    Adalah menjadi kewajipan pertama dan tertinggi bagi setiap individu untuk mempelajari kebenaran daripada Kitab Suci kemudian berjalan mengikut cahaya keterangan lalu menggalakkan orang lain untuk mengikuti teladan mereka. Hari demi hari kita patut mengkaji Kitab Suci dengan tekun, menimbangkan setiap pemikiran dan membandingkan ayat demi ayat. Dengan bantuan llahi kita mampu membentuk pendapat untuk diri kita sendiri menyediakan diri apabila berhadapan dengan Tuhan nanti.PA 129.1

    Kebenaran-kebenaran yang didedahkan dengan jelas dalam Kitab Suci telah diragu-ragukan dan diliputi kegelapan oleh orang-orang terpelajar, yang dengan kepura-puraan bijaksana tinggi, mengajar bahawa Kitab Suci mempunyai erti misteri, rahsia, lalu membayangkan bahawa kebenaran kerohanian tidak dapat difahami dalam bahasa pertuturan yang biasa digunakan. Orang-orang ini adalah guru-guru palsu. Yesus telah mengisytiharkan: “Kamu tidak memahami Alkitab ataupun kuasa Allah.” Markus 12:24. Bahasa Kitab Suci perlu diterangkan berdasarkan kepada maknanya yang nyata, kecuali jika simbol atau lambang digunakan. Kristus telah menjanjikan: “Orang yang mahu melakukan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran-Ku datangnya daripada Allah atau daripada Aku sendiri.” Yohanes 7:17. Jika manusia mengambil makna Kitab Suci seperti yang dibaca, jika tiada guru palsu yang menyesatkan atau mengelirukan minda-minda mereka, sudah pasti malaikat-malaikat akan gembira melihat hasil ini dan ribuan demi ribuan orang yang kini sesat akan dikembalikan ke pangkuan Kristus.PA 129.2

    Kita patut mempergunakan kesemua kuasa minda, dalam kajian Kitab Suci dan patut mengutamakan pemahaman, sejauh mana yang mungkin oleh manusia, benda-benda Tuhan yang mendalam; namun kita tidak boleh melupakan bahawa kejinakkan dan penyerahan seorang kanak-kanak adalah kerohanian sebenar seorang pelajar. Kesukaran penyataan dalam Kitab Suci tidak mungkin dikuasai dengan cara yang sama yang digunakan untuk memahami masalah-masalah falsafah. Kita tidak patut mempelajari Kitab Suci dengan bergantung kepada diri sendiri seperti mana yang dilakukan oleh ramai orang yang memasuki bidang sains, tetapi dengan pergantungan penuh takzim terhadap Tuhan beserta keinginan ikhlas untuk mempelajari kehendak-Nya. Kita mesti datang dengan kerohanian jiwa yang rendah diri dan boleh diajar untuk mendapatkan pengetahuan daripada “SAYA ADALAH”. Kalau tidak, malaikat-malaikat yang jahat akan membutakan minda kita dan mengeraskan hati kita sehinggakan kita tidak akan mendapat kebenaran.PA 130.1

    Banyak bahagian Kitab yang telah diumumkan sebagai misteri, atau tidak diendahkan oleh golongan terpelajar kerana dianggap tidak penting, sebenarnya dipenuhi dengan penghiburan dan arahan kepada dia yang telah belajar di sekolah Kristus. Satu alasan mengapa ramai ahli-ahli teologi tidak mempunyai pemahaman yang lebih jelas berkenaan firman Tuhan adalah kerana, mereka menutup mata mereka kepada kebenaran-kebenaran yang mereka tidak ingin praktikkan. Pemahaman kebenaran Kitab Suci tidak banyak bergantung kepada kekuatan intelek yang digunakan untuk mengkaji tetapi kesatuan tujuan, dengan keinginan bersungguh-sungguh demi mencari kesucian.PA 131.1

    Kitab Suci tidak harus dipelajari tanpa doa. Hanya Roh Suci yang boleh menyebabkan kita merasai kepentingan dalam kebenaran ringkas ditahami, atau menghalang kita daripada bergelut dengan kebenaran yang sukar ditahami. la adalah kerja malaikat-malaikat Syurgauntukmenyediakanhatiuntukmemahamitirman Tuhan agar kita akan tertarik dengan keindahannya, mengingati amaran-amarannya, atau disemarakkan dan dikuatkan dengan janji-janjinya. Kita patut menjadikan permintaan Daud sebagai permintaan kita sendiri: “Bukalah mataku supaya aku dapat melihat ajaran yang mengagumkan dalam Taurat-Mu.” Mazmur 119:18. Pencubaan sering kelihatan menarik apabila doa dan kajian Kitab Suci diabaikan, dia yang dicubai tidak akan mengingati janji-janji Tuhan dan tidak bersedia menghadapi Syaitan dengan senjata Kitab Suci. Tetapi para malaikat mengelilingi orang yang ingin diajar tentang perkara-perkara ketuhanan; dan apabila tiba masa kebenaran ini diperlukan, mereka akan diperingatkan dengan kebenaran-kebenaran yang diperlukan. Maka “Dia akan menghukum musuh-Nya menurut perbuatan mereka, termasuk juga orang yang tinggal di negeri-negeri yang jauh. Dari timur ke barat, tiap-tiap orang takut akan keagungan dan kuasa-Nya. Dia akan datang seperti air sungai yang deras dan seperti angin yang kuat.” Yesaya 59:18-19.PA 131.2

    Yesus berjanji kepada murid-muridnya: “Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu.” Yohanes 14:26. Tetapi ajaran Kristus seharusnya disimpan dalam minda bagi membolehkan Roh Tuhan mengingatkannya kepada kita pada masa-masa yang bahaya. “Aku menyimpan hukum-Mu dalam hatiku,” kata Daud, “supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.” Mazmur 119:11.PA 132.1

    Semua yang menghargai kehidupan kekal patut was-was terhadap keraguan yang semakin lama semakin bertambah. Tonggak kebenaranlah yang akan diserang. Adalah mustahil untuk menjauhkan diri dari pengaruh kecurangan moden dalam bentuk sindiran dan hujahan licik, ajaran yang tersirat beserta ajaran bahaya. Syaitan menyesuaikan godaan-godaannya untuk setiap kelas. Dia menyerang individu buta huruf dengan jenaka atau cemuhan, manakala dia menemukan golongan terpelajar dengan bantahan saintifik dan alasan berfalsafah, di mana kedua-duanya bertujuan membangkitkan ketidakpercayaan dan penderhakaan Kitab Suci. Kini orang muda yang kurang berpengalaman juga menyatakan kesangsian mereka berkenaan prinsip dasar Kekristianan. Walaupun keraguan orang muda ini cetek, namun ia juga mempunyai pengaruhnya. Kesannya, ramai kini terdorong untuk mempersendakan kepercayaan nenek moyang mereka dan menentang arahan Roh kasih karunia. Ibrani 10:29. Ramai jiwa yang sebelum ini bakal meninggikan kehormatan kepada Tuhan dan menjadi berkat anugerah kepada dunia telah dirosakkan akibat penderhakaan. Manusia yang mempercayai keputusan kemanusiaan penuh pujian untuk diri sendiri dan membayangkan bahawa mereka mampu menjelaskan misteri ketuhanan dan mencapai kebenaran tanpa bantuan kebijaksanaan Tuhan. terperangkap dalam perangkap Syaitan.PA 132.2

    Kita kini hidup dalam sejarah manusia yang penuh takzim. Takdir penduduk dunia yang ramai bakal diputuskan. Kesejahteraan masa depan kita sendiri dan juga keselamatan jiwa yang lain bergantung kepada jalan yang kini kita ikuti. Kita perlu dibimbing oleh Roh kebenaran. Setiap pengikut Kristus perlu bersungguh-sungguh bertanya: “Tuhan, apa yang harus kulakukan?” Kita perlu mengabdikan diri kita di hadapan Tuhan, dengan puasa serta doa, tekun bermeditasi ke atas firman-firman-Nya, terutamanya babak-babak penghakiman. Kini kita perlu mendalami pengalaman kita dalam perkara-perkara Tuhan. Kita tidak boleh membuang masa. Kejadian-kejadian penting sedang berlaku di sekeliling kita; kita berada pada tapak keajaiban Syaitan. Jangan tertidur, pengawal-pengawal Tuhan; musuh dekat, bersedia pada bila-bila masa, untuk menerkam dan menjadikan kamu mangsanya sekiranya kamu lalai atau lali.PA 133.1

    Ramai terpedaya dengan keadaan sebenar mereka di hadapan Tuhan. Mereka banggakan diri atas perbuatan salah yang mereka telah lakukan, tanpa mengambil kira perbuatan baik dan mulia yang dikehendaki Tuhan, tetapi gagal mereka lakukan. Adalah tidak memadai bahawa mereka adalah pohon-pohon dalam taman Tuhan. Mereka perlu menjawab kemahuan-Nya agar mengeluarkan buah. Mereka dipertanggung jawabkan atas kegagalan sendiri untuk menyempurnakan semua kebaikan yang boleh dilakukan melalui kekuatan kasih-Nya kepada mereka. Dalam buku-buku syurga mereka didaftarkan sebagai mahkluk-makhluk yang menghambatkan. Namun kes kelas ini bukan tanpa harapan. Kepada mereka yang tidak mengendahkan belas kasihan Tuhan dan mensia-siakan kasih kurnia-Nya, hati penuh kasih yang sekian lama menderita merayu. “Bangunlah, hai kamu yang tidur, dan bangkitlah daripada kematian! Kristus akan menyinari kamu. Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat.” Efesus 5:14-16.PA 133.2

    Dengan ketibaan masa ujian, mereka yang menjadikan firman Tuhan sebagai peraturan hidup mereka akan didedahkan. Pada musim panas tiada perbezaan ketara antara malar hijau dengan pokok lain; tetapi apabila musim sejuk menjelma, malar hijau kekal tidak berubah, manakala daun-daun pokok lain akan keguguran. Begitulah sifat profesor berhati palsu yang kini tidak dapat dibezakan daripada Kristian sebenar, tetapi masa yang akan menonjolkan perbezaannya, kini menghampiri kita. Biarlah masa penentangan bermula, biarlah sikap kesempitan fikiran dan sifat ketidaksabaran berleluasa sekali lagi, biarlah penganiayaan dilakukan, maka mereka yang separuh hati dan bersifat hipokrit akan bergoyang dan meninggalkan kepercayaan mereka; tetapi Kristian sebenar akan berdiri teguh seperti batu, dengan keimanan yang lebih kuat, dengan harapan yang lebih cerah, berbanding dengan masa-masa kesenangan.PA 134.1

    Kata Raja Daud: “Pengertianku melebihi pengertian semua guruku, kerana aku merenungkan peraturan-Mu.” “Aku mendapat kebijaksanaan daripada hukum-Mu, oleh itu aku membenci segala kelakuan buruk.” Mazmur 119:99, 104.PA 134.2

    “Berbahagialah orang yang menjadi bijaksana dan mendapat pengertian.” “Dia bagaikan pokok yang tumbuh di tepi sungai yang mengalir; akarnya merambat sampai ke air. Musim panas tidak ditakutinya, kerana daun-daunnya selalu hijau; walaupun negeri dilanda kemarau, tidak ada kegelisahannya, kerana buah selalu dihasilkannya.” Amsal 3:13; Yeremia 17:8.PA 134.3

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents