Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    2—Peperangan Antara Syaitan dan Manusia

    “Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu dan engkau akan meremukkan tumitnya.” Kejadian 3:15. Hukuman yang telah diputuskan kepada Syaitan setelah kejatuhan manusia sebenarnya suatu nubuatan, merangkumi semua zaman sehingga ke akhir masa dan sekali-gus membayangan konflik terakhir yang bakal melibatkan segala kaum manusia yang bakal hidup di bumi ini.PA 15.1

    Tuhan mengisytiharkan; “Aku akan mengadakan permusuhan.” Permusuhan ini tidak wujud secara semulajadi. Apabila manusia melanggar hukum-hukum Tuhan, manusia secara semulajadi menjadi jahat, seharmoni dan tidak bertentangan dengan Syaitan. Tiada permusuhan wujud antara manusia berdosa dan pengasas dosa. Kedua-dua menjadi jahat kerana murtad. Kemurtadan ini tidak pernah berhenti, kecuali bilamana mendapatkan simpati dan sokongan daripada orang untuk mengikut arah tujuannya. Atas sebab inilah malaikat dan manusia murtad bersatu dalam persahabatan terdesak. Tanpa campur tangan khusus dari Tuhan, besar kemungkinan Syaitan dan manusia bersatu menentang syurga dan manusia tidak menghargai permusuhan dengan Syaitan, iaitu seluruh keluarga manusia bersatu menentang Tuhan.PA 15.2

    Syaitan menggoda manusia untuk berdosa dengan niat mendapat sokongan dalam peperangannya dengan syurga. Tidak terdapat pertelingkahan antara Syaitan dengan malaikat derhaka berkenaan kebencian mereka terhadap Kristus, sedangkan mereka bertelingkah dalam semua perkara lain, mereka benar-benar bersatu dalam menentang kuasa Raja alam semesta. Apabila Syaitan mengetahui bahawa akan wujud permusuhan antara dia dengan manusia, dia sedar bahawa melalui suatu cara, manusia akan diberi kuasa untuk mengatasi kuasa godaannya dan usahanya untuk merosakkan manusia akan dihalang.PA 16.1

    Syaitan membenci manusia kerana, manusia, melalui Kristus telah menjadi tujuan kasih dan rahmat Tuhan. Syaitan berniat membinasakan rancangan Tuhan untuk menebus manusia, menghina Tuhan dengan merosakkan dan membinasakan hasil ciptaan-Nya; dia berniat menimbulkan kesengsaraan di syurga dan dunia dengan kezaliman serta kesunyian. Dan Syaitan menuduh Tuhan sebagai penyebab segala kejahatan kerana telah mencipta manusia.PA 16.2

    la adalah rahmat Tuhan yang menanamkan penentangan kepada Syaitan dalam hati manusia. Tanpa kurnia dan kuasa pembaharuan ini, manusia akan terus menjadi hamba tuntutan Syaitan. Tetapi prinsip baru dalam jiwa manusia mewujudkan konflik dimana sebelum ini wujud harmoni. Kuasa yang Kristus berikan membolehkan manusia menolak kezaliman dan pemberontakan. Sesiapa yang kelihatan seolah-olah membenci dosa berbanding dengan menyayanginya, sesiapa yang menentang dan mengatasi kuasa yang sebelum ini membelengunya memaparkan prinsip operasi dari syurga.PA 16.3

    Pertentangan di antara Kristus dan Syaitan ditunjukkan dengan jelas dalam penerimaan dunia terhadap Yesus. Ketiadaan kekayaan atau kemasyhuran bukanlah faktor utama Yesus ditolak. Mereka menyaksikan bahawa Yesus mempunyai kuasa yang mampu mengatasi segala ini. Tetapi ketulenan dan kesucian Kristus telah membangkitkan kebencian dan permusuhan terhadap-Nya. Pendirian-Nya yang penuh dengan sifat lupa diri dan ketaatan suci merupakan teguran berterusan kepada orang-orang yang angkuh dan sensual. Inilah faktor utama yang menyebabkan kebencian permusuhan terhadap Anak Tuhan. Inilah punca kesatuan antara Syaitan dan malaikat kejahatan berserta manusia. Semua tenaga menghala kemurtadan bersatu menentang Kuasa Kebenaran.PA 17.1

    Permusuhan yang ditujukan kepada Kristus juga turut ditunjukkan kepada pengikut-pengikut Kristus. Sesiapa yang menyaksikan sifat kekejian dosa dan dengan kuasa dari syurga cuba menentangnya akan membangkitkan kemarahan Syaitan dan para pengikutnya. Kebencian terhadap prinsip suci dan kebenaran akan terus wujud selagi dosa dan orang berdosa masih hidup. Kristus dan Syaitan tidak boleh berharmoni. Kebencian yang telah menyebabkan Kristus disalibkan tidak lagi berhenti. “Memang setiap orang yang mahu hidup beribadah di dalam Kristus Yesus akan menderita aniaya.” 2 Timotius 3:12.PA 17.2

    Pengikut Syaitan terus berusaha di bawah pimpinannya untuk meneguhkan kuasanya dan membina kerajaan menentang Tuhan. Mereka berusaha memperdayakan pengikut-pengikut Kristus dan mengurangkan kesetiaan mereka terhadap-Nya. Seperti ketua mereka, mereka memutarbelitkan Kitab Suci untuk mencapai tujuan mereka. Sama seperti Syaitan yang melemparkan tuduhan palsu kepada Tuhan Allah, begitu juga pengikutnya cuba menuduh umat Tuhan. Semua ini dinyatakan di dalam nubuatan: “Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya.” Dan ini akan berterusan sehingga akhir zaman.PA 17.3

    Syaitan akan mengerahkan semua kuasa dan tenaganya dalam kontroversi ini. Mengapakah Syaitan tidak menerima tentangan yang lebih hebat? Mengapakah pengikut Kristus bersikap sambil lewa? Kerana hubungan mereka dengan Kristus tidak teguh dan mereka tidak mempunyai inti jiwa-Nya. Dosa tidaklah menjijikkan sebagaimana ia menjijikkan Tuan mereka. Mereka tidak seperti Tuan mereka, yang tekad menentang dosa. Mereka tidak menyedari kezaliman dan kejijikan dosa, mereka buta terhadap keperibadian dan kekuasaan penguasa kegelapan. Wujudnya kurang tentangan terhadap Syaitan dan kerjanya kerana kedaitan manusia tentang kuasa dan kebencian Syaitan terhadap Kristus dan pengikut-Nya. Ramai yang terpedaya di sini. Mereka tidak sedar bahawa musuh mereka adalah jeneral berkuasa yang mampu menguasai minda malaikat kejahatan dan dengan taktik yang telah lama dirancang serta gerak-geri penuh kemahiran dia sedang menentang Tuhan untuk menghalang penyelamatan kaum manusia. Antaranya ramai yang mendakwa diri sebagai pengikut Kristus, malah penginjil kebenaran juga termasuk dalam golongan ini. Mereka jarang merujuk kepada Syaitan, kecuali mungkin secara ringkas di nimbar. Mereka gagal menyedari bukti aktiviti dan kejayannya: mereka tidak mengendahkan amaran mengenai kerjanya: mereka seolah-olah seperti tidak mempedulikan kewujudannya.PA 18.1

    Walaupun manusia daif tentang kewujudannya, Syaitan tekun menjejak setiap langkah mereka. Dia berjaga-jaga dalam setiap bahagian di rumah, di setiap jalan, dalam gereja, dalam majlis kebangsaan, di mahkamah keadilan, bertujuan mengelirukan, memperdaya, menggoda, dan berada di mana sahaja kerana mahu membinasakan jiwa dan badan lelaki, wanita dan kanak-kanak, memecah-belahkan keluarga, menanamkan kebencian, kekecohan, pemberontakan, dan pembunuhan. Umat Kristian pula kelihatan seolah-olah menganggap perkara ini sebagai pemberian Tuhan dan ia perlu wujud.PA 18.2

    Syaitan terus mencuba untuk menentang umat Tuhan dengan merobohkan halangan yang melindungi mereka dari pengaruh duniawi. Orang Israel dahulu digoda untuk berdosa bila mereka mula bergaul dengan orang bukan Israel. Dalam cara sama juga, orang Israel moden juga akan diperdaya. “Tuhan duniawi telah membutakan minda mereka yang tidak percaya, kerana cahaya terang khabar Tuhan,” 2 Korintus 4:4. Semua yang belum membuat keputusan untuk mengikut Kristus sebenarnya mengikut Syaitan. Dalam hati yang belum diperbaharui, wujud perasaan sayang kepada dosa dan kecenderungan untuk membela dan mengizinkannya. Dalam hati yang telah diperbaharui pula wujud kebencian terhadap dosa dan tekad menentangnya. Bila orang-orang Kristian memilih untuk bergaul dengan masyarakat yang tidak beriman, mereka mendedahkan diri mereka kepada godaan Syaitan. Syaitan menyembunyikan dirinya daripada pandangan mereka dan dengan pandainya menghalang pandangan mereka. Mereka tidak menyedari bahawa pergaulan dengan dunia bertujuan membinasakan mereka; dan pada masa sama, mereka tanpa sedar mula menurut cara dunia, pertuturan dunia, tingkah-laku dunia dan sedikit demi sedikit tidak menyedari bahawa mereka menjadi sebahagian daripada dunia.PA 19.1

    Keakuran kepada budaya dunia mengalihkan gereja kepada dunia, bukan dunia kepada Kristus. Pergaulan kerap dengan dosa menyebabkan dosa kelihatan seperti kurang menjijikkan. Sesiapa yang memilih untuk bergaul dengan pengikut Syaitan akhirnya akan kurang taat kepada Tuan mereka. Sekiranya kita diuji semasa menjalankan tugas, seperti Daniel di perkarangan raja, Tuhan pasti melindungi kita; tetapi sekiranya kita sendiri meletakkan diri kita di bawah pencubaan, lambat-laun akhirnya kita pasti ditewaskan.PA 19.2

    Penggoda selalunya lebih berjaya dalam godaan melalui mereka yang yang kurang disyaki berada dalam kawalannya. Individu yang berbakat dan terpelajar biasanya diagungkan dan dihormati, bagaikan memiliki sifat sebegini boleh diganti dengan ketiadaan rasa taat kepada Tuhan atau seolah-olah memiliki sifat sebegini mengharukan Tuhan untuk lebih menyayangi mereka. Bakat dan pendidikan, sebenarnya adalah berkat dari Tuhan. Tetapi bila ia digunakan tanpa rasa takwa, ia lebih menjauhkan individu itu dari Tuhan dan bukan mendekatkannya kepada Tuhan, ia memerangkap individu itu sendiri. Ramai berpendapat bahawa sifat sopan-santun dan hemah tinggi seharusnya dari Kristus. Tidak pernah wujud kesilapan sebesar ini. Sitat sebegini seharusnya tertanam dalam sikap setiap Kristian, kerana ia berupaya mempengaruhi orang untuk memilih agama sebenar; tetapi mereka harus dikuduskan untuk Tuhan, jika tidak mereka juga menjadi alat kuasa kejahatan. Ramai orang yang berpendidikan dan berkelakuan baik, tidak mungkin terjebak dalam aktiviti kurang bermoral, sebenarnya menjadi alat yang lebih sempurna dalam tangan Syaitan. Pengaruh jahilnya, secara tak langsung menjadikannya lebih bahaya berbanding dengan individu yang kurang berpendidikan.PA 20.1

    Raja Solomon mendapat kebijaksanaan yang menggemburkan dunia melalui doa dan kebergantungan kepada Tuhan. Tetapi apabila dia membelakangi Sumber kekuatannya dan mula bergantung kepada keupayaan sendiri, dia jatuh dalam perangkap dosa, lalu kuasa kebijaksanaan raja ini menjadikannya alat lebih bahaya di tangan Syaitan.PA 20.2

    Syaitan akan selalu mencuba memperdayakan minda, oleh itu janganlah orang Kristian lupa “Kita bertarung bukan dengan badan, tetapi dengan kuasa kejahatan dunia gelap.” Etesus 6:12. Laungan penulis dari zaman dahulu, “Sedarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-ngaum dan mencari orang yang dapat ditelannya.” “Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis.” 1 Petrus 5:8. “Pakailah pakaian perlindungan Tuhan. Semua orang yang mengikuti Yesus akan berkonflik dengan musuh ini. Semakin rapat seseorang Kristian itu dengan Tuhan, semakin pasti dia akan menjadi sasaran serangan Syaitan.PA 21.1

    Dari masa Adam sehingga sekarang, musuh kita sememangnya menggunakan kuasanya untuk menyeksa dan membinasakan kita. Dia kini bersedia untuk kempen terakhirnya menentang gereja. Semua yang ingin mengikut Yesus akan berhadapan dengan konflik menentang musuh tekad ini. Semakin dekat seseorang Krsitian menyerupai sikap Tuhan, lebih pasti dia menjadi titik serangan Syaitan. Sesiapa yang secara giat cuba menyebarkan kemahuan Kristus, berniat mendedahkan tipu muslihat Syaitan dan mempersembahkan Kristus kepada manusia, akan berserta dengan Paulus bila mana dia melayani Tuhan dengan penuh rasa rendah diri serta titisan air mata dan dugaan.PA 21.2

    Syaitan menyerang Kristus dengan pencubaan halus dan ganas; tetapi dia ditangkis di dalam setiap konflik. Kemenangan itu, yang dimenangi bagi pihak kita, membolehkan kita mengatasi kuasa Syaitan. Kristus akan memberikan kekuatan kepada semua orang yang mencarinya. Tiada manusia tanpa kerelaannya boleh dikuasai oleh Syaitan. Penggoda tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kehendak atau memaksa jiwa untuk berdosa. Dia boleh menyebabkan kekecewaan tetapi tidak mencemar. Kenyataan bahawa Kristus telah berjaya mengatasi kuasa Syaitan sepatutnya mendorongpengikut-pengikut-Nyadengankeberanian dalam peperangan menentang dosa dan Syaitan.PA 21.3

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents