Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    7—Kebebasan Hati Nurani Terancam

    Romanisme kini jauh lebih mudah diterima baik oleh pihak Protestan berbanding dengan masa dahulu. Di negara-negara di mana agama Katolik tidak berkuasa, dan pihak paus sedang mengambil tindakan berdamai untuk mendapatkan pengaruh, dimana terdapat pertambahan keadaan sambil lewa terhadap doktrin-doktrin yang memisahkan gereja-gereja yang telah disusun semula daripada tatatingkat paus; terdapat peningkatan pendapat yang menekankan bahawa kita tidak terlalu berbeza tentang takta-takta penting seperti yang diandaikan, dan sedikit kompromi pada pihak kita akan membawa kita kefahaman yang lebih dengan Rom.Telah berakhir suatu ketika dahulu dimana pihak Protestan telah menempatkan nilai yang tinggi ke atas kebebasan hati nurani yang telah diperoleh dengan begitu mahal sekali. Mereka telah mengajar anak-anak mereka untuk membenci pihak paus dan memutuskan bahawa untuk mencari keharmonian dengan Rom adalah ketidaksetiaan kepada Tuhan. Tetapi betapa jauhnya perbezaan sentimen-sentimen yang diluahkan kini!PA 83.1

    Pembela-pembela kepausan mengisytiharkan bahawa gereja telah difitnah, dan dunia Protestan kini cenderung untuk menerima kenyataan tersebut. Ramai yang mendesak bahawa ia tidak adil untuk menghakimi gereja hari ini dengan kebencian dan ketidak-munasabahan yang menandakan pemerintahannya semasa abad-abad kejahilan dan kegelapan. Mereka menolak kekejaman dahsyatnya sebagai akibat keadaan tidak bertamadun pada ketika itu dan mendesak bahawa pengaruh tamadun moden telah menukar sentimen-sentimennya.PA 84.1

    Adakah orang-orang ini terlupa dengan dakwaan tiada kesalahan yang dikemukakan selama lapan ratus tahun oleh kuasa yang angkuh ini? Jauh daripada ditinggalkan, dakwaan ini telah ditegaskan di abad kesembilan-belas dengan lebih positif daripada sebelumnya. Sedangkan Rom menegaskan bahawa “gereja tidak pernah melakukan kesalahan; dan berdasarkan kepada Kitab Suci, tidak pernah.” (John L. von Mosheim, InstitutSejarah Lampar (Institude of Ecclesiastical History), buku 3, abad II, bahagian 2, bab 2, seksyen 9, nota 17), bagaimana ianya boleh menolak prinsip-prinsip yang telah mengawal jalanannya dalam zaman-zaman yang lepas?PA 84.2

    Gereja paus tidak akan meninggalkan dakwaannya bahawa mereka tidak pernah melakukan kesalahan. Semua yang telah dilakukannya dalam penyeksaan mereka yang menolak dogmanya dia putuskan adalah betul; dan tidakkah dia akan mengulangi perbuatan- perbuatan yang sama, sekiranya peluang diberikan? Sekiranya sekatan-sekatan yang kini dikenakan oleh kerajaan-kerajaan sekular dihapuskan dan Rom dikembalikan kuasa lamanya, tentu berlakunya pemulihan dalam kezaliman dan penganiayaannya dengan cepat sekali.PA 84.3

    Penulis terkenal menyatakan sikap tatatingkat paus berkenaan kebebasan hati nurani dan bahaya bakal melanda terutama sekali di Amerika Syarikat sekiranya polisinya berjaya.PA 85.1

    Ramai yang cenderung menyatakan sebarang ketakutan kepada Roman Kotolisme di Amerika Syarikat sebagai sitat kebudak-budakkan. Mereka tidak melihat sitat dan perlakuan Romanisme yang berlawanan dalam prinsip kebebasan, dan tidak mengesyaki pertumbuhan pengaruh kuasanya. Marilah kita lebih terdahulu membandingkan prinsip asas kerajaan Amerika Syarikat dengan gereja Katolik.PA 85.2

    Perlembagaan Amerika Syarikat menjanjikan kebebasan hati nurani. Tiada apa yang lebih disanjungi atau paling asas. Paus Pius IX dalam utusannya bertarikh 15 Ogos, 1854 menyatakan, ‘Doktrin dan hujahan tidak munasabah dan salah mengenai kebebasan hati nurani adalah kesalahan yang merosakkan, perkara yang paling menyusahkan dalam setiap negeri. Pope yang sama dalam utusannya dalam ‘Ecyclical Letter’ bertarikh Disember 8, 1864, mengutuk menyatakan ‘mereka yang memastikan kewujudan kebebasan hati nurani dan kebebasan beragama juga mempercayai bahawa gereja tidak patut menggunakan kekasaran.PA 85.3

    Nada Rom di Amerika Syarikat langsung tidak menunjukkan perubahan hati. Bila masa dia tidak berkuasa dia tidak bertindak. Menurut Biskop O’ Connor: ‘Kebebasan beragama kini ditahan sehingga tindakan sebaliknya dapat dilakukan tanpa memudaratkan dunia Katolisme. Archibishop St Louis menyatakan ‘Fahaman berlawanan dan ketidakpercayaan adalah jenayah; dan di negara Kristian seperti Itali dan epanyol, dimana kebanyakkan orang adalah orang Katolik, dan peraturan Katolik adakah sebahagian dari peraturan Negara, mereka dihukum seperti hukuman jenayah lain’.PA 85.4

    Setiap ahli cardinal (ahli ketua Katolik penting yang bersidang memilih paus), ketua biskop dan biskop gereja Katolik mengangkat sumpah kepada paus menyatakan, “Penentang fahaman, pemberontak kepada ketua kami, atau penggantinya, saya akan seksa dan tentang.”-Josiah Strong, Negara Kita (Our Country), bab. 5, perrenggan 2-4.PA 86.1

    Memang benar terdapatnya Kristian benar di dalam perkumpulan Roman Katolik. Ribuan orang di dalam gereja itu melayani Tuhan berdasarkan cahaya kebenaran terbaik yang mereka miliki. Mereka tidak dibenarkan akses kepada Kitab Suci, dan oleh itu mereka tidak boleh menilai kebenaran [Diterbitkan pada 1888 dan 1911]. Mereka tidak pernah melihat perbezaan antara perkhidmatan dari hati yang hidup dan satu pusingan yang hanyalah bentuk-bentuk dan upacara-upacara. Tuhan melihat dengan kelembutan dan belas kasihan terhadap jiwa-jiwa ini, yang dididik dalam kepercayaan yang memperdaya dan tidak memuaskan. Dia akan membuatkan cahaya keterangan menembusi kegelapan tebal yang mengelilingi mereka. Dia akan mendedahkan kepada mereka kebenaran sebenarnya dalam Yesus, dan ramai yang akan mendapat tempat mereka dengan umat-umat-Nya.PA 86.2

    Tapi Romanisme sebagai satu sistem kini tidak lebih berharmoni dengan Injil Kristus jika dibandingkan dengan sejarahnya pada zaman lalu. Gereja Protestan kini berada dalam kegelapan kerohanian, sekiranya tidak, mereka pasti dapat melihat petanda apa yang berlaku. Gereja Roman Katolik menggunakan setiap saluran dalam operasinya untuk menambahkan pengaruhnya dan meningkatkan kuasanya dalam persediaan untuk konflik yang garang dan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kembali penguasaan dunia, untuk memulihkan kembali penganiayaan, dan untuk membatalkan semua yang telah dilakukan oleh Protestanisme. Katolik mendahului di setiap sudut. Lihatlah pertambahan jumlah gereja-gerejanya di negara-negara Protestan. Lihatlah kemasyhuran kolej dan seminarinya di Amerika Syarikat, yang dilanggani secara meluas oleh penganut Protestan. Lihatlah perkembangan ritualisme di England dan pertambahan pembelotan menyebelahi kedudukan Katolik. Semua ini sepatutnya menyedarkan semua individu yang menghargai kepentingan doktrin yang suci.PA 86.3

    Protestan telah mencampur tangan dan menaungi kepausan; mereka telah membuat kompromi dan konsesi yang mengejutkan dan gagal untuk difahami oleh pihak paus sendiri. Manusia menutup mata mereka kepada watak sebenar Romanisme dan bahaya yang perlu ditahami kesan daripada keulungannya. Orang ramai perlu disedarkan untuk menentang pendekatan-pendekatan oleh musuh yang sangat berbahaya ini terhadap kebebasan sivil dan agama.PA 87.1

    Ramai Protestan yang menyangka bahawa agama Katolik adalah tidak menarik dan upacara sembahyangnya adalah satu upacara yang membosankan dan tidak bermakna. Mereka silap di sini. Walaupun Romanisme adalah berdasarkan satu penipuan, ia bukan satu penyamaran yang kasar dan janggal. Upacara keagamaan gereja Roman adalah satu upacara yang menarik sekali. Caranya yang menonjol dan upacara serius menawan deria-deria orang ramai dan menghentikan suara kelogikan dan hati nurani. Deria penglihatan dipesonakan. Gereja-gereja mewah, perarakan-perarakan besar, mezbah-mezbah keemasan, tempat-tempat suci yang dihiasi permata, lukisan-lukisan terpilih dan arca indah menarik cinta terhadap keindahan. Deria pendengaran juga dikagumi. Muziknya tiada tolok bandingan. Irama indah organ, diiringi dengan melodi suara yang banyak memenuhi kubah-kubahnya yang tinggi dan ruang sayap bertiang katedral-katedralnya yang mewah, tidak gagal untuk mengkagumkan minda dengan kekaguman dan rasa hormat.PA 87.2

    Keindahan, kegemilangan dan upacara luaran ini, yang hanya menghina keinginan jiwa yang disakiti dosa, adalah bukti kerosakan jiwa. Agama Kristus tidak memerlukan tarikan-tarikan seperti itu untuk ianya disyorkan. Dalam cahaya yang bersinar dari salib, agama Kristian sebenar kelihatan sangat suci dan indah sehingga tiada hiasan luaran yang boleh menambahkan nilai sebenarnya. la adalah kecantikan kesucian, satu jiwa yang rendah diri dan tenang, yang berharga bagi Tuhan.PA 88.1

    Kekaguman gaya bukan semestinya petunjuk untuk pemikiran yang suci dan tinggi. Idea tanggapan tinggi terhadap seni, penghalusan citarasa yang teliti, sering wujud dalam minda-minda yang bersifat duniawi dan sensual. Mereka sering digunakan oleh Syaitan untuk membuatkan manusia lupa tentang keperluan-keperluan jiwa, agar mereka melupakan hidup kekal masa hadapan, kerana pandangan mereka telah dialihkan daripada Pembantu mereka, dan hidup demi dunia ini sahaja.PA 88.2

    Agama yang bersifat luar adalah menarik kepada hatiyang belum diperbaharui. Hidup bermegah-megah dan upacara penyembahan Katolik mempunyai kuasa menggoda dan mempersona, yang membuatkan ramai orang terpedaya; dan mereka melihat Gereja Roman sebagai pintu gerbang syurga. Hanya mereka yang menanamkan kaki mereka dengan teguh pada dasar kebenaran dan yang mempunyai hati yang diperbaharui oleh Roh Tuhan, dapat menentang pengaruhnya. Beribu-ribu yang tiada pengetahuan Kristus yang telah dicuba akan dipengaruhi untuk menerima bentuk-bentuk kealiman tanpa kuasanya. Agama sedemikian adalah apa yang diingini oleh orang ramai.PA 88.3

    Dakwaan gereja bahawa mereka mempunyai hak untuk mengampuni membuatkan pihak Rom untuk berasa bebas untuk berdosa; dan ordinan pengakuan, yang tanpanya pengampunan adalah tidak diberikan, juga cenderung untuk memberi keizinan kepada kejahatan. Dia yang sujud kepada manusia yang jatuh, dan memberi pengakuan mengenai rahsia fikiran-fikiran dan imaginasi-imaginasi hatinya, menghina kemanusiaannya dan merendahkan setiap naluri mulia jiwanya. Dengan mendedahkan dosa-dosa hidupnya kepada seorang paderi, — seorang manusia yang juga berdosa dan bersalah — standard keperibadiannya direndahkan, dan dia akan tercemar sebagai akibatnya. Fikirannya terhadap Tuhan direndahkan kepada manusia yang jatuh, kerana paderi bertindak sebagai wakil Tuhan. Pengakuan manusia kepada manusia yang merendahkan ini adalah rahsia permulaan kepada kebanyakan kejahatan yang mencemari dunia dan yang menyediakannya untuk kemusnahan terakhir. Tetapi bagi mereka yang suka menurut nafsu, ia adalah lebih menyenangkan untuk mengakui kepada sesama manusia berbanding dengan membuka jiwa kepada Tuhan. Manusia lebih senang melakukan penebusan daripada meninggalkan dosa; ia lebih mudah untuk memalukan badan dengan karung guni dan netel dan rantai-rantai yang menghina daripada menahan nafsu. Berat beban yang sanggup dipikul oleh hati yang syahwat daripada menunduk kepada beban Kristus.PA 89.1

    Terdapat persamaan yang ketara antara Gereja Rom dan Gereja Yahudi pada kedatangan Kristus yang pertama. Sedangkan bangsa Yahudi secara rahsia memijak-mijak hukum Tuhan, secara luarannya mereka mengikuti dengan ketat ajaran-ajarannya, membebankannya dengan ketepatan dan tradisi-tradisi yang menjadikan kepatuhannya sesuatu yang menyakitkan dan menyusahkan. Sebagaimana bangsa Yahudi mengakui menghormati hukum, begitu juga dakwaan Rom bahawa mereka menghormati salib. Mereka mengagungkan simbol keseksaan Kristus, tetapi dalam hidup mereka, mereka menatikan Dia yang diwakilinya.PA 89.2

    Pihak paus meletakkan salib-salib di gereja mereka, di mezbah mereka dan di pakaian mereka. Di mana-mana sahaja tanda salib boleh dilihat. la dimuliakan dan ditinggikan secara terbuka. Tetapi ajaran-ajaran Kristus terkubur di bawah adat istiadat yang tidak berguna, penafsiran-penafsiran palsu dan ketepatan-ketepatan ketat. Perkataan-perkataan Penyelamat tentang bangsa Yahudi yang fanatik, boleh dituju dengan lebih tepat ke atas ketua-ketua Gereja Katolik Rom: “Mereka meletakkan beban yang berat dan susah dipikul ke atas bahu orang, tetapi mereka tidak mahu menghulurkan satu jari pun untuk menolong orang memikul beban itu.” Matius 23:4. Jiwa-jiwa yang berwaspada ketakutan sepanjang masa dengan kemurkaan Tuhan yang tersinggung, sementara ramai orang-orang besar pihak gereja hidup dalam kemewahan dan keseronokan sensual.PA 90.1

    Pemujaan imej dan azimat, penyeruan keramat, dan penyanjungan paus adalah perkakas ciptaan Syaitan untuk menarik minda-minda orang ramai daripada Tuhan dan Anaknya. Untuk menyempurnakan pemusnahan mereka, dia berusaha untuk mengalihkan perhatian mereka daripada Dia yang seorang sahaja boleh menyelamatkan mereka. Dia akan mengarahkan mereka kepada sebarang objek yang boleh menggantikan Dia yang telah berfirman” “Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.” Matius 11:28.PA 90.2

    la adaiah usaha berterusan Syaitan untuk menyalahsampaikan keperibadian Tuhan, ciri-ciri dosa dan isu-isu sebenar yang dipertaruhkan dalam kontroversi terbesar. Tipu muslihatnya mengurangkan kewajipan hukum dan memberi keizinan kepada manusia untuk berdosa. Pada masa yang sama dia menyebabkan mereka menghargai tanggapan-tanggapan palsu tentang Tuhan supaya mereka melihat-Nya dengan takut dan benci dan bukan kasih. Kekejaman yang wujud dalam keperibadian dirinya dianggap sebagai kepunyaan Pencipta; ia terkandung dalam sistem-sistem agama dan terungkap dalam cara-cara penyembahan. Oleh demikian, minda manusia dibutakan, dan Syaitan mengikat mereka sebagai agen-agennya dalam peperangan terhadap Tuhan. Dengan memutarbelitkan tanggapan mengenai ciri-ciri ketuhanan, bangsa pagan dipengaruhi untuk mempercayai bahawa korban pengorbanan manusia adalah perlu untuk menjamin pertolongan Tuhan; dan kekejaman dahsyat telah dilakukan di bawah pelbagai bentuk penyembahan berhala.PA 91.1

    Gereja Roman Katolik, yang menggabungkan paganisme dan Kekristianan, dan, seperti paganisme, menyalahsampaikan keperibadian Tuhan, telah mewujudkan amalan-amalan yang tidak kurang zalimnya. Sewaktu kegemilangan zaman Rom terdapat perkakas-perkakas penyeksaan yang memaksa persetujuan kepada doktrinnya. Terdapat pancang bagi mereka yang enggan tunduk kepada tuntutan-tuntutannya. Terdapat pembunuhan beramai-ramai yang kejam pada skala yang tidak akan diketahui sehingga didedahkan dalam penghakiman. Pihak berkuasa gereja mengkaji, di bawah Syaitan tuan mereka, untuk mencipta cara-cara untuk menyebabkan penyeksaan sebesar yang mungkin dan tidak menamatkan nyawa mangsa. Di dalam kebanyakkan kes-kes proses dahsyat itu adalah diulangi sehingga mencapai had tertinggi ketahanan manusia, sehingga alam semulajadi menyerah kalah dalam pergelutan itu, dan penderita menyambut kematian sebagai satu pelepasan manis.PA 91.2

    Begitulah nasib penentang-penentang Rom. Bagi pengikut-pengikutnya, ia menggunakan disiplin penyebatan, kelaparan tak terhingga dan kesederhanaan jasmani dalam setiap bentuk yang boleh dibayangkan dan menjijikkan. Untuk menjamin bantuan Syurga, orang-orang yang bertaubat melanggari hukum-hukum Tuhan dengan melanggari hukum-hukum alam semulajadi. Mereka diajar untuk memutuskan hubungan yang Tuhan telah bentuk untuk memberkati dan menghiburkan manusia sementara berada di dunia. Halaman gereja mengandungi jutaan mangsa-mangsa yang menghabiskan hidup mereka dengan usaha-usaha yang sia-sia untuk mengawal kasih sayang semulajadi mereka, untuk ditindas sebagai menyakiti Tuhan, setiap tikiran dan perasaan simpati dengan sesama makhluk.PA 92.1

    Sekiranya kita ingin memahami kekejaman Syaitan yang telah dilaksanakan selama beratusan tahun, bukan antara individu yang tidak mengetahui Tuhan, tetapi dalam hati individual-individu serta meliputi seluruh dunia Kristian, kita hanya perlu melihat sejarah Rom. Melalui sistem gergasi ini, kuasa penipuan mencapai hasratnya untuk menghina Tuhan dan memudaratkan manusia. Lihatlah kejayaannya menggambarkan dirinya dan pencapaiannya melalui ketua gereja, kita mungkin akan lebih memahami kebenciannya terhadap Kitab Suci. Jika Buku itu dibaca, belas kasihan dan kasih Tuhan akan diketahui; dan akan jelas kelihatan Tuhan tidak memberikan kepada manusia satupun bebanan berat ini. Hanya satu yang Dia minta, hati yang dipenuhi ketaubatan, rendah diri dan jiwa yang patuh.PA 92.2

    Kristus tidak memberikan contoh dalam hidup-Nya bagi lelaki dan wanita untuk mengurungkan diri mereka di dalam biara-biara bagi menjadikan diri mereka sesuai bagi syurga. Dia tidak pernah mengajar bahawa kasih dan simpati perlu dikawal. .Hati Penyelamat dipenuhi kasih. Semakin dekat manusia mencapai ketepatan moral, lebih tajam deria hati nuraninya, lebih tajam dia melihat dosa, dan lebih dalam lagi simpati mereka terhadap individu yang terseksa kerana dosa. Paus mendakwa dia adalah wakil Kristus; tetapi bagaimanakah keperibadiannya jika dibandingkan dengan Penyelamat kita? Pernahkah Kristus memasukkan orang ke dalam penjara kerana mereka tidak memberi penghormatan kepada-Nya sebagai Raja syurga? Pernahkah suara-Nya kedengaran menghukum mati mereka yang tidak menerima-Nya? Apabila Dia dihina oleh orang-orang daripada satu kampung Samaria, rasul Yohanes dipenuhi dengan kemarahan, dan bertanya: “Tuhan, adakah Tuhan mahu kami meminta api turun dari syurga untuk membinasakan mereka?” Yesus melihat dengan kasihan ke atas murid-Nya, dan mencela sikapnya yang kasar, lalu memarahi mereka. Setelah itu Dia dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke tempat lain. Betapa berbezanya jiwa yang ditunjukkan oleh Kristus berbanding jiwa yang dipunyai oleh individu yang dikatakan wakil-Nya.PA 93.1

    Gereja Roman kini menunjukkan penampilan yang adil kepada dunia, melindungi rekod-rekod kekejamannya yang teruk dengan permintaan maat. Mereka menyaluti diri mereka dengan pakaian-pakaian seperti Kristus; tetapi mereka tidak berubah. Setiap prinsip kepausan yang wujud pada zaman lalu wujud kini. Doktrin-doktrin yang dicipta pada zaman kejam masih ada lagi. Jangan sesiapa menipu diri sendiri. Kepausan yang kini begitu sedia untuk dimuliakan oleh Protestan adalah sama dengan yang memerintah pada zaman Reformasi, apabila umat Tuhan berdiri, membahayakan nyawa mereka, untuk mendedahkan ketidakadilannya. Dia masih mempunyai keangkuhan dan kebongkakkan yang digunakan ke atas raja dan putera, dan menuntut hak Tuhan. Jiwanya tidak kurang kekejaman sekarang berbanding masa dia cuba memusnahkan kebebasan manusia dan menyembelihkan pengikut Tuhan Esa.PA 93.2

    Kepausan adalah seperti yang telah dinyatakan nubuatan, memastikan kemurtadan pada masa hadapan. 2 Tesalonika 2:3, 4. la adalah sebahagian daripada polisinya untuk mengandaikan keperibadian yang paling bagus demi menyempurnakan tujuannya; tetapi di bawah kemunculan kameleon yang boleh-ubah ia menyembunyikan bisa ular yang tidak boleh diubah. “Iman tidak diperlukan oleh individu yang mempercayai agama yang sesat dan langsung tidak diperlukan dan individu yang disyaki mempercayai agama sesat” (Lenfant volum 1, halaman 516), katanya. Haruskah kuasa ini, yang mempunyai rekod selama beribu-ribu tahun, yang dituliskan dalam darah pengikut Kristus, kini diperakui sebagai sebahagian daripada gereja Kristus?PA 94.1

    la bukanlah tanpa alasan bahawa dakwaan telah dikemukakan di negara-negara Protestan bahawa Katolik kurang berbeza dengan Protestanisme berbanding dengan zaman lalu. Telah berlaku perubahan; tetapi perubahan itu bukan berlaku di dalam kepausan. Katolik sememangnya banyak menyerupai Protestanisme yang kini wujud, kerana Protes-tanisme telah banyak merosot sejak zaman para Reformis.PA 94.2

    Kerana gereja-gereja Protestan sedang mencari sokongan dunia, kebaikan palsu telah membutakan mereka. Meraka tidak melihat tetapi ia adalah betul untuk mempercayai kebaikan di sebalik semuaPA 94.3

    kejahatan, dan sebagai akibat yang tidak dapat dielakkan mereka akhirnya akan mempercayai kejahatan di sebalik semua kebaikan. Daripada mempertahankan keimanan yang pernah diberikan kepada orang-orang suci, kini mereka meminta maat daripada Rom kerana pendapat kejam mereka terhadapnya, merayu keampunan atas fikiran sempit mereka.PA 95.1

    Ramai yang menegaskan bahawa kegelapan intelek dan moral yang berleluasa pada Zaman Pertengahan membantu menyebarkan dogma, kepercayaan karut, dan penindasan Rom; dan kebijaksanaan zaman moden yang lebih unggul, penaburan pengetahuan umum, dan peningkatan kebebasan dalam perkara-perkara keagamaan menghalang pemulihan sikap tidak bertolak-ansur dan zalim. Pendapat bahawa keadaan sedemikian boleh wujud pada zaman moden ini adalah dicemuh. Tetapi harus diingat bahawa semakin banyak cahaya yang dikurniakan, semakin banyak kegelapan mereka yang memutarbelit dan menolaknya.PA 95.2

    Pembelajaran Kitab Suci yang mendalam akan menunjukkan Protestan jiwa sebenar kuasa paus lalu menyebabkan mereka jijik dan menjauhinya; tetapi ramai menganggap diri mereka bijak lalu tidak rendah diri mencari Tuhan agar boleh diajar kebenaran. Walaupun menganggap mereka berpelajaran, mereka tidak menyedari Kitab Suci dan kuasa Tuhan. Mereka mencari cara untuk melenyapkan suara hati nurani lalu mereka mencari sesuatu yang kurang kerohaniannya dan memalukan. Apa yang mereka cari adalah cara menjauhi dan melupakan Tuhan. Kepausan sesuai dengan kehendak ini. Kepausan sedia menerima dua kelas manusia, lalu menerima hampir seluruh dunia-mereka yang akan diselamatkan oleh kerja sendiri dan mereka yang akan diselamatkan dalam dosa mereka. Inilah rahsia kuasa kepausan.PA 95.3

    Zaman kegelapan intelek yang dahsyat telah membantu kepada kejayaan kepausan. la akan didemonstrasikan bahawa zaman cahaya intelek juga amat membantu kejayaannya. Pada masa lalu, ketika manusia tidak mempunyai tirman Tuhan dan tanpa pengetahuan mengenai kebenaran, mata mereka telah ditutup, dan ribuan orang telah sesat kerana tidak melihat perangkap yang dipasang di kaki mereka. Pada generasi ini, penglihatan ramai dibutakan dan dipersonakan dengan silau spekulasi manusia, ‘lebih dikenali sebagai sains;’ mereka tidak melihat perangkap dan berjalan ke arahnya dengan mudah seolah-olah mereka buta. Tuhan menciptakan agar kebijaksanaan manusia sebagai hadiah dari Pencipta yang harus digunakan dalam pelayanan kebenaran dan kebenaran; Tetapi apabila kebongkakkan dan keangkuhan disenangi, apabila manusia meninggikan teori mereka melebihi Firman Tuhan, maka kebijaksanaan boleh membawa lebih keburukan daripada kejahilan. Dengan itu sains palsu pada masa kini, yang membinasakan keimanan dalam Kitab Suci, akan menunjukkan kejayaan yang sama dalam penyediaan jalan bagi penerimaan kepausan, seperti yang telah berlaku dengan penyekatan pengetahuan yang membuka jalan bagi perluasan kekuasaannya pada Zaman KegelapanPA 96.1

    Dalam pergerakkan yang kini berlaku di Amerika Syarikat, kini langkah-langkah diambil untuk mendapat sokongan kerajaan, Protestan menyokong gerakkan kepausan. Tidak, lebih daripada itu, mereka membuka pintu supaya kepausan, dalam menguasai Protestan Amerika Syarikat, mendapat kembali kegemilangan yang telah kehilangan dalam masa Dunia Lama. Pekara yang membuatkan pergerakkan ini lebih nyata adalah matlamatnya iaitu pemeliharaan hari Ahad yang merupakan adat berasal dari Rom, dan didakwa olehnya sebagai tanda kekuasaannya. la adalah semangat kepausan — semangat keakuran kepada adat-adat dunia, penghormatan bagi tradisi-tradisi manusia melebihi hukum Tuhan—yang mempengaruhi gereja-gereja Protestan dan mempengaruhi mereka untuk mengusahakan peninggian hari Ahad yang telah dilakukan oleh paus sebelum mereka.PA 96.2

    Jika pembaca ingin memahami agensi yang digunakan dalam pertempuran akan datang ini, dia hanya perlu melihat rekod tentang cara yang digunakan oleh Rom di masa lampau. Jlka dia ingin tahu bagaimana kepausan dan Protestan akan bersatu menguruskan individu yang menentang dogma mereka, lihatlah bagaimana Rom menggunakan kuasanya terhadap hari Sabat dan orang yang mempercayainya.PA 97.1

    Edik-edik diraja, majlis-majlis umum, dan ordinan-ordinan gereja yang disokong oleh kuasa sekular merupakan langkah-langkah yang membolehkan perayaan-perayaan pagan memperolehPA 97.2

    kedudukannya yang dihormati di dunia Kristian. Tindakan umum pertama yang menguat-kuasakan pemeliharaan hari Ahad adalah undang-undang yang digubal oleh Konstantine (A.D. 321). Edik ini menghendaki orang-orang bandar untuk berehat pada “hari matahari yang dihormati”, tetapi membenarkan orang-orang desa meneruskan kerja-kerja pertanian mereka. Walaupun ia adalah peraturan pagan, ia telah dikuatkuasakan oleh maharaja itu selepas penerimaan nominalnya terhadap Kekristianan.PA 97.3

    Mandat diraja tersebut yang tidak terbukti sebagai satu penggantian kuasa ketuhanan yang mencukupi, Eusebius, seorang biskop yang mencari bantuan golongan bangsawan, dan juga merupakan rakan istimewa Konstantine, serta pemuji besarnya, memperluaskan dakwaan bahawa Kristus telah mengubah hari Sabat kepada hari Ahad. Tiada kesaksian di dalam Kitab Suci yang telah dikemukakan sebagai bukti untuk doktrin baru itu. Eusebius sendiri secara tidak sengaja memperakui kepalsuannya. Dia berkata, “Apa sahaja perkara yang perlu dilakukan pada hari Sabat, ini telah kami pindahkan kepada Hari Tuhan.” --Robert Cox, Peraturan Hari Sabat dan Tugas Hari Sabat (Sabbath Laws and Sabbath Duties), halaman 538.PA 97.4

    Apabila kepausan menjadi lebih mantap, kerja penyucian hari Ahad telah berterusan. Buat seketika hari ketujuh masih lagi dianggap hari Sabat. Tetapi perubahan perlahan-lahan dilakukan. Pada suatu masa, individu masih melakukan aktiviti pertanian bila tidak ke gereja dan hari ketujuh masih dianggap sebagai hari Sabat. Tetapi perubahan menjadi semakin jelas. Mereka yang menjalankan kerja kehakiman dilarang menjatuhkan hukuman pada hari Ahad. Kemudian, semua orang, tidak kira pangkat, dilarang melakukan sebarang kerja, jika tidak, mereka yang bukan hamba abdi akan didenda manakala hamba abdi akan disebat. Kemudian ia diisytiharkan bahawa orang kaya akan dihukum dimana harta mereka akan diambil dan jika mereka masih engkar, mereka akan dijadikan hamba. Kelas bawahan pula akan dibunuh.PA 98.1

    Mukjizad pada masa itu juga digunakan sebagai bukti semasa persoalan di mahkamah. Salah satu adalah cerita seorang petani yang ingin membajak tanahnya. Apabila dia ingin mengasah pembajak menggunakan besi, besi itu melekat kepada tangannya selama dua tahun. Selama dua tahun dia membawa besi itu sebagai “tanda kemaluan dan kesakitannya.” --Francis West, Sejarah dan Perbincangan Praktikal Mengenai Hari Tuhan (History and Practical Discourse on the Lord’s Day), muka 174.PA 98.2

    Kemudian, paus memberi arahan bahawa paderi tempatan supaya menegur pencabul-pencabul hari Ahad dan menginginkan mereka untuk menghadiri gereja dan berdoa, kerana sekiranya tidak mereka akan membawa malapetaka besar kepada diri mereka dan jiran-jiran sekeliling. Majlis perbincangan tertinggi dalam hujahnya menyatakan bahawa fakta bahawa seorang individu telah disambarkilatsemasa melakukan kerja pada hari Ahad adalah suatu bukti bahawa hari Ahad seharusnya adalah hari Sabat. “Adalah pasti” kata mereka, “betapa tingginya kemurkaan Tuhan kerana hari ini tidak disucikan”. Rayuan dibuat apabila paderi, pendeta, raja dan putera serta semua orang beriman, “gunakan seluruh usaha mereka agar hari itu dapat disucikan, demi kepercayaan Kristian.” --Thomas Morer, Perbincangan 6 Majlis Mengenai Nama, Kepercayaan,dan Penyucian Hari Tuhan (Discourse in Six Dialogues on the Name, Notion, and Observation of the Lord’s Day), muka 271.PA 98.3

    Apabila dekri-dekri majlis terbukti tidak memadai, pihak-pihak berkuasa sekular diminta untuk mengeluarkan satu edik yang akan menggerunkan hati orang ramai dan memaksa mereka untuk berhenti bekerja pada hari Ahad. Pada satu pesidangan besar antara ketua gereja yang diadakan di Rom, semua keputusan telah ditegaskan dengan lebih kuasa dan kepenuhan takzim. la juga dimasukkan ke dalam undang-undang paderi dan dikuat kuasakan oleh pihak berkuasa sivil di hampir keseluruhan dunia Kristian. Heylyn, Sejarah hari Sabat (History of the Sabbath) bahagian 2, bab 5, seksyen 7.PA 99.1

    Namun, ketiadaan bukti dalam Kitab Suci bagi pemeliharaan hari Ahad adalah memalukan. Orang ramai mempersoalkan hak guru-guru mereka untuk mengenepikan pengisytiharan positif Tuhan, “Hari ketujuh adalah hari Sabat Tuhan Allahmu,” bagi memuliakan hari matahari. Bagi menutupi kekurangan kesaksian Kitab Suci, tindakan-tindakan lain diperlukan. Seorang pembela hari Ahad yang bersemangat, pada pengakhiran abad kedua belas melawat gereja-gereja England, tetapi ditolak oleh saksi-saksi setia kebenaran; dan usahanya begitu tidak berhasil sehinggakan dia meninggalkan tempat itu untuk satu musim dan mencuba sedaya-upaya untuk mencari cara-cara untuk menguat-kuasakan ajaran-ajarannya. Apabila dia kembali, dia membawa bersama dengannya gulungan yang dikatakan adalah daripada Tuhan sendiri, yang mengandungi perintah pemeliharaan hari Ahad yang diperlukan, dengan ancaman-ancaman dahsyat untuk menakutkan mereka yang tidak menurutinya. Dokumen berharga ini telah dikatakan jatuh dari syurga dan ditemui di Yerusalem, di atas mezbah St. Simeon, di Golgota. Tetapi, sebenarnya, istana paus di Rom adalah asalnya. Penipuan-penipuan dan pemalsuan-pemalsuan untuk memarakan kuasa dan kesejahteraan gereja telah selama berzaman-zaman dianggap sah oleh hierarki paus.PA 99.2

    Utusan itu melarang sebarang kerja dari tiga petang hari Sabtu sehingga masa fajar menyinsing pada hari Isnin dan kuasanya telah disahkan oleh perkara pelik. la dilaporkan bahawa individu yang bekerja pada masa ini akan seolah-olah kaku. Pengilang yang ingin mengisar bijirinnya pada masa ini melihat ujuran darah keluar dan bukannya bijirin, pengisar pula tidak bergerak, walaupun aliran darah yang deras. Wanita yang meletakkan adunan tepung dalam ketuhar mendapati ianya tidak masak walaupun ketuhar itu sangat panas sedangkan wanita lain yang telah meninggalkan adunan tepungnya semasa waktu ini mendapati pada hari Isnin bahawa adunan tepungnya telah menjadi roti, yang dibakar oleh kuasa syurga. Seorang lelaki yang membakarrotinya pada masa suci, mendapati bila roti itu sedia dimakan, darah mengalir keluar. Begitulah asas kepercayaan hari Ahad. (Roger de Hoveden, Annals), bab 2, halaman. 526-530.)PA 100.1

    Di Scotland, seperti juga di England, penyucian hari Ahad dilalukan melalui menyatukannya dengan penyucian hari Sabtu dimana edik dari Raja Scotland menyatakan bahawa “hari Sabtu dari jam 12 tengahari sehingga hari Isnin pagi, tiada urusan duniawi boleh dijalankan.” -Morer, halaman 290-291.PA 100.2

    Walaupun banyak usaha dilakukan untuk mewujudkan penyucian hari Ahad, tetapi pemimpin-pemimpin paus sendiri secara terbuka mengakui kuasa ketuhanan dalam penyucian hari Sabat dan asal kemanusiaan sebagai institusi yang mana telah menggantikannya. Pada abad keenam belas, seorang ahli majlis paus berkata: “Pastikan semua orang Kristian ingat bahawa hari ketujuh telah ditahbiskan Tuhan, dan telah diterima dan dipelihara, bukan sahaja oleh bangsa Yahudi tetapi oleh semua yang berpura-pura menyembah Tuhan; namun begitu kita orang Kristian telah mengubah Sabat mereka kepada Hari Tuhan.” Mereka yang memanipulasi hukum ketuhanan sedar dengan ciri-ciri usaha mereka. Mereka dengan sengaja meletakkan diri mereka atas Tuhan.PA 101.1

    Satu illustrasi ketara mengenai polisi Rom terhadap mereka yang tidak bersetuju dengannya, diberikan di dalam penganiayaan berdarah dan panjang terhadap Waldenses, yang sesetengahnya memelihara hari Sabat. Sejarah gereja-gereja di Ethiopia dan Abyssinia sangat penting. Di tengah-tengah kekelaman Zaman Kegelapan, orang-orang Kristian di Afrika Tengah tidak dipedulikan dan dilupakan oleh dunia, dan selama berabad-abad mereka menikmati kebebasan dalam kepercayaan mereka. Tetapi akhirnya Rom menyedari akan kewujudan mereka, dan maharaja Abyssinia tidak lama kemudian itu telah diperdaya untuk memperakui paus sebagai wakil Kristus. Konsesi-konsesi yang lain pun ikut.PA 101.2

    Satu edik dikeluarkan untuk menghalang pemeliharaan hari Sabat diikuti hukuman yang dahsyat jika tidak dipatuhi. (Rujuk Michael Geddes, Sejarah Gereja Ethiopia (Church History ot Ethiopia), halaman 311, 312.) Tetapi tidak lama selepas itu kezaliman paus menjadi satu beban yang begitu menghina sehinggakan rakyat Abyssinia bertekad untuk memecahkannya. Selepas satu pergelutan yang teruk Rom telah dihalau dari negara mereka, dan kepercayaan lama dipulihkan dan mereka tidak pernah lupa akan tipu-helah, sifat fanatik dan kuasa kekejaman Rom. Dalam kejauhan mereka, mereka berpuas-hati walaupun tidak deketahui oleh dunia Kristian lain.PA 101.3

    Gereja-gereja di Afrika memelihara Sabat seperti mana ianya dipelihara oleh gereja paus sebelum kemurtadannya. Sementara mereka memelihara hari ketujuh dalam penurutan kepada hukum Tuhan, mereka tidak bekerja pada hari Ahad sebagai keakuran kepada budaya gereja. Setelah memperoleh kuasa yang agung, Rom telah memijak-mijak hari Sabat Tuhan bagi meninggikan diri mereka; tetapi gereja-gereja di Afrika, yang tersembunyi hampir seribu tahun, tidak menyerfai kemurtadan ini. Apabila ditawan di bawah Rom, mereka dipaksa mengenepikan Sabat sebenar dan meninggikan sabat palsu; tetapi sebaik sahaja mereka mendapat semula kemerdekaan mereka, mereka telah kembali menuruti hukum keempat.PA 102.1

    Rekod-rekod ini dengan jelas menunjukkan permusuhan Rom terhadap Sabat sebenar dan pembela-pembelanya.dancara-carayangdigunakan olehnya untuk menghormati institusi ciptaannya. Firman Tuhan mengajar bahawa babak-babak ini akan diulangi apabila Katolik dan Protestan bersatu untuk menyucikan hari Ahad.PA 102.2

    Nubuatan di dalam Wahyu 13 menyatakan bahawa kuasa yang diwakili oleh binatang yang mempunyai tanduk seperti domba akan menyebabkan “seluruh bumi dan semua penghuninya” menyembah kepausan — disimbolkan oleh binatang “seperti harimau bintang.” Binatang yang mempunyai dua tanduk juga akan menyatakan “mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan patung untuk menghormati binatang;” dan selanjutnya, ia juga akan mengarahkan semua, “orang biasa dan orang besar, orang kaya dan orang miskin, abdi dan orang bebas,” untuk menerima tanda binatang. Wahyu 13:11-16. la telah ditunjukkan bahawa Amerika Syarikat adalah kuasa yang diwakili oleh binatang yang mempunyai tanduk seperti domba itu, dan nubuatan ini akan terlaksana apabila Amerika Syarikat menguat-kuasakan pemeliharaan hari Ahad, yang didakwa oleh Rom sebagai pengakuan khas kekuasaannya. Tetapi Amerika Syarikat tidak akan berseorangan dalam penghormatan kepada kepausan. Pengaruh Rom di negara-negara yang pernah menghormati kekuasaannya masih jauh daripada dimusnahkan. Nubuatan memberitahu tentang pengembalian kuasanya. ” Salah satu kepala binatang itu mempunyai parut daripada luka yang parah sekali, tetapi luka itu sudah sembuh. Semua penduduk dunia kehairanan dan mengikut binatang itu. ” Wahyu 13:3. Luka yang membahayakan hidup itu merujuk kepada kejatuhan kepausan pada 1798. Selepas ini, menurut nabi itu: “luka yang membahayakan hidupnya itu sembuh: dan seluruh dunia hairan, lalu mengikut binatang itu.” Paulus mencatatkan bahawa “manusia jahat” akan berterusan sehinggalah kedatangan kedua. 2 Tesalonika 2:3-8. Sehingga ke akhir zaman dia akan melakukan pekerjaan penipuannya. Dan “semua orang yang hidup di bumi akan menyembah binatang itu, kecuali orang yang nama mereka terdaftar di dalam Kitab Orang Hidup.” Wahyu 13:8. Di dalam kedua-dua Dunia Lama dan Baru, kepausan akan menerima penghormatan yang diberikan kepada institusi hari Ahad, yang bergantung semata-mata ke atas kuasa Gereja Rom.PA 102.3

    Sejak pertengahan abad kesembilan belas, pelajar-pelajar nubuatan telah menyampaikan kesaksian ini kepada dunia. Dalam peristiwa-peristiwa yang kini berlaku, jelas kelihatan perkembangan pesat yang cenderung kepada perlaksanaan nubuatan itu. Dengan guru-guru Protestan terdapat dakwaan kekuasaan ketuhanan yang sama bagi pemeliharaan hari Ahad, dan kekurangan bukti kukuh yang sama, seperti pemimpin-pemimpin paus yang merekakan mukjizat-mukjizat untuk menggantikan perintah daripada Tuhan. Pendakwaan bahawa hukuman Tuhan akan melanda mereka yang mencabuli pemeliharaan hari Ahad, akan diulangi; ia sudahpun mula ditegaskan.PA 103.1

    Sungguh luar biasa kecerdasan dan kepintaran Gereja Roman. la boleh menjangka apa yang akan berlaku. la menunggu masanya, melihatkan bahawa gereja-gereja Protestan memberinya penghormatan dengan penerimaan mereka terhadap sabat palsu dan persediaan mereka untuk menguat-kuasakannya dengan cara-cara yang telah digunakannya pada masa yang lalu. Betapa mudahnya ia akan datang untuk menolong Protestan di dalam usaha mereka memang tidak sukar untuk diduga.PA 104.1

    Gereja Roman Katolik, dengan cabangannya di seluruh dunia, membentuk satu organisasi yang besar terkawal, dan adalah direka untuk memenuhi kepentingan paus. Jutaan pemaklum-pemaklumnya, di setiap negara di bumi, telah diarahkan untuk memastikan mereka sendiri terikat dalam kesetiaan kepada paus. Tidak kira kewarganegaraan atau kerajaan mereka, mereka mesti menganggap kuasa gereja sebagai mengatasi yang lain-lainnya. Walaupun mereka bersumpah untuk menjanjikan kesetiaan mereka kepada negara, tetapi disebaliknya mereka berjanji untuk menuruti Rom, melepaskan mereka daripada setiap janji yang bertentangan dengan kepentingan-kepentingannya.PA 104.2

    Sejarah menyaksikan usahanya yang licik dan berterusan, meresapkan dirinya dengan urusan-urusan negara-negara; dan setelah mendapat tempat, demi memajukan matlamat-matlamat mereka, mereka akan bertindak walaupun dengan menjatuhkan putera-putera dan rakyat. Dalam tahun 1204, Paus Innocent III telah mendapatkan pengakuan berikut daripada Peter II, raja Arragon, “Saya, Peter, raja kerajaan Arragon, berjanji untuk setia dan taat kepada tuanku, Paus Innocent III, pengganti Katoliknya, gereja Katolik Rom dan dengan setia memelihara kerajaan saya menaatinya, membela fahaman Katolik dan meyeksa fahaman bertentangan” --John Dowling, Sejarah, Romanisme (The History of Romanism), buku 5, bab 6, seksyen 55 nota 17.PA 104.3

    Dan biarlah ia diingati, ia adalah kemegahan Rom bahawa mereka tidak pernah berubah. Protestan tidak mengetahui apa yang mereka lakukan apabila mereka bersetuju untuk menerima bantuan Rom dalam usaha peninggian hari Ahad. Sementara mereka tegas terhadap perlaksanaan tujuan mereka, Rom bermatlamat untuk memulihkan kembali kuasa dan kedaulatannya yang hilang. Apabila prinsip sudah ditubuhkan di Amerika Syarikat di mana gereja boleh mendapat atau mengawal kuasa kerajaan; di mana pemeliharaan agama boleh dikuat kuasakan oleh undang-undang sekular; secara ringkasnya, kekuasaan gereja dan kerajaan adalah untuk menguasai hati nurani, dan kejayaan Rom di negara ini adalah terjamin.PA 105.1

    Firman Tuhan telah memberikan amaran tentang bahayayang hampirtiba;sekiranyaamaraninidibiarkan tidak terhirau, dunia Protestan hanya akan mengetahui apa tujuan sebenar Rom, apabila ianya sudah terlewat untuk melepaskan diri daripada perangkap mereka. Secara senyap-senyap kuasanya semakin bertambah. Doktrin-doktrinnya sedang mengenakan pengaruhnya di dewan-dewan perundangan, di gereja-gereja, dan di hati-hati manusia. Dengan senyap dan tanpa syak wasangka ia menguatkan angkatannya untuk melaksanakan tujuannya apabila tiba masanya untuk ia menyerang. Semua yang diingininya adalah untuk berada di kedudukan yang baik, dan ini telahpun diberikan kepadanya. Tidak lama lagi kita akan melihat dan merasai apa itu tujuan elemen Rom. Sesiapa sahaja yang percaya dan menuruti Firman Tuhan akan, oleh itu, menghadapi cemuhan dan penganiayaan.PA 105.2

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents