Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    6—Siapaah Roh-roh Di Dalam Spiritualisme?

    Pelayanan malaikat suci, seperti dinyatakan dalam Kitab Suci, adalah kebenaran menyenangkan dan bermakna kepada setiap pengikut Kristus tetapi ajaran Kitab Suci dalam hal ini telah dikaburkan dan diputarbelitkan oleh kesalahan teologi popular. Doktrin kekekalan abadi semulajadi, mula-mula dipinjam daripada falsafah pagan, dan di dalam kegelapan kemurtadan dahsyat bilamana ia dimasukkan ke dalam kepercayaan Kristian, telah menggantikan kebenaran, yang diajar dengan jelas dalam Kitab Suci, bahawa “orang mati tidak tahu apa-apa”. Orang ramai telah mempercayai bahawa roh orang mati telah menjadi “roh pelayan dan diutus untuk melayani mereka yang bakal diselamatkan memperoleh keselamatan.” Dan ini dinyatakan meskipun Kitab Suci sudah terlebih dahulu menerangkan kewujudan malaikat-malaikat syurga, dan kerjasama mereka dalam sejarah manusia, sebelum kematian manusia pertama.PA 69.1

    Doktrin kesedaran manusia dalam kematian, terutamanya kepercayaan bahawa roh orang yang mati kembali untuk melayani orang yang masih hidup, telah membuka jalan kepada spiritualisme moden. Sekiranya orang yang mati mempunyai kelebihan pengetahuan berbanding dengan apa yang pernah mereka miliki sebelum itu, kenapa tidaknya mereka kembali ke dunia dan membimbing orang yang masih hidup? Jika, seperti yang diajar oleh teologi popular, roh orang yang mati wujud di kalangan kawan-kawan mereka di dunia nyata, kenapakah mereka tidak dibenarkan berkomunikasi dengan mereka, memberi amaran terhadap kejahatan, atau menenangkan mereka semasa duka? Bagaimanakah mereka yang percaya dengan kesedaran manusia dalam kematian menolak sesuatu yang datang kepada mereka sebagai terang kebenaran yang dikomunikasikan oleh roh yang telah dimuliakan? Di sinilah suatu laluan suci, yang mana Syaitan gunakan untuk penyempurnaan matlamatnya. Malaikat-malaikat yang jatuh mengikut arahannya, muncul sebagai utusan-utusan dari dunia roh. Dalam proses menghubungkan dunia nyata dengan roh yang telah mati, Syaitan memperdayakan minda mereka.PA 69.2

    Dia mempunyai kuasa untuk menampilkan di hadapan manusia, kawan-kawan mereka yang sudah meninggal dunia. Pemalsuan ini sempurna; dihasilkan semula dengan kejelasan yang mengagumkan. Ramai orang lega dengan jaminan bahawa orang yang mereka kasihi sedang menikmati kebahagiaan syurga, dan tanpa mengesyaki sebarang bahaya, mereka mendengarkan “roh-roh penggoda dan ajaran syaitan.”PA 70.1

    Apabila mereka telah dipengaruhi untuk mempercayai bahawa yang mati sebenarnya pulang untuk berkomunikasi dengan mereka, Syaitan menampilkan roh orang yang telah mati tanpa bersedia. Mereka mendakwa bahawa mereka gembira di syurga dan malahan menduduki kedudukan yang tinggi di sana, lalu menyebarkan lagi dusta bahawa tiada perbezaan antara orang benar dan jahat. Pelawat yang berpura-pura dari dunia roh kadang-kala mengucapkan amaran yang terbukti benar. Kemudian, apabila keyakinan diperolehi, mereka menyampaikan doktrin-doktrin yang bertentangan lalu melemahkan kepercayaan pendengar kepada Kitab Suci. Dengan helah seolah-olah mementingkan kebahagiaan kawan-kawan yang masih hidup, mereka menyelitkan masuk takta palsu paling dahsyat. Mereka menyatakan sedikit kebenaran, dan pada masa tertentu boleh memberitahu mereka tentang peristiwa akan datang, membuatkan pernyataan mereka seakan-akan boleh dipercayai; dan ajaran palsu mereka diterima oleh orang ramai dengan sewenang-wenangnya, lalu dipercayai sepenuhnya, bagaikan ianya kebenaran Kitab Suci. Hukum Tuhan diketepikan, Roh kasih kurnia dibenci, darah pengorbanan dikira sebagai sesuatu yang tidak suci. Roh-roh itu menafikan ketuhanan Kristus dan meletakkan Pencipta setarat dengan mereka. Syaitan kini menggunakan ini sebagai helah baru, untuk meneruskan pemberontakannya yang dimulakan di syurga dan kini berlanjutan hampir 6,000 tahun di bumi.PA 70.2

    Ramai cuba menyangkal kewujudan roh-roh ini dengan menyatakan bahawa ia adalah tipu helah pengantara sepenuhnya. Sememangnya benar bahawa hasil-hasil penipuan selalunya disalah-anggap sebagai penjelmaan-penjelmaan asli, terdapat juga, pemaparan kuasa luar biasa. Keasyikan dunia dengan spiritualisme moden bermula, bukan kesan tipu helah manusia tetapi merupakan perbuatan malaikat-malaikat jahat, yang telah memperkenalkan penipuan yang paling mudah untuk membinasakan jiwa. Ramai yang akan terperangkap mempercayai bahawa spiritualisme hanyalah penyamaran manusia; tetapi apabila berhadapan sendiri dengan penjelmaan-penjelmaan yang mereka hanya boleh anggap sebagai luar biasa, mereka akan terperdaya, dan akan dipengaruhi untuk menerimanya sebagai kuasa besar Tuhan.PA 71.1

    Individu ini memandang rendah kesaksian Kitab Suci yang berkaitan dengan kuasa Syaitan dan agennya. Syaitan sendiri yang membolehkan ahli-ahli sihir Firaun memalsukan pekerjaan Tuhan. Paulus mengingatkan bahawa sebelum kedatangan Kristus, kekuasaan Syaitan akan dibuktikan. Kedatangan Tuhan akan didahului oleh “pekerjaan Iblis yang akan disertai rupa-rupa perbuatan ajaib, tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat palsu.” 2 Tesalonika 2:9, 10. Dan Yohanes, merujuk kepada kuasa mukjizat yang akan bertambah menuju akhir zaman, mengatakan: “Dan ia mengadakan tanda-tanda yang dahsyat, bahkan ia menurunkan api dari langit ke bumi di depan mata semua orang. la menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya.” Wahyu 13:13, 14. Tiada penyamaran dinyatakan di sini. Manusia akan tertipu dengan keajaiban-keajaiban hasil agen-agen Syaitan dan bukan dengan apa yang manusia pura-pura lakukan.PA 71.2

    Kuasa kejahatan, yang telah lama menggunakan kebijaksanaannya untuk menipu, telah memanipulasikan godaannya untuk semua kelas dan situasi manusia. Bagi mereka yang berbudaya dan halus, penguasa kegelapan menggunakan spiritualisme dalam aspek yang lebih halus dan berciri intelek, lalu berjaya memerangkap ramai orang. Kebijaksaanan menggunakan spiritualisme dinyatakan oleh rasul Yakobus “tidak datang dari syurga, tetapi berasal dari dunia, daripada tabiat manusia yang berdosa dan daripada roh jahat.” Yakobus 3:15. Tetapi Penipu Besar telah memperalatkan ini menurut keperluannya. Dia, yang telah muncul di hadapan Kristus di padang gurun sebagai malaikat bercahaya, juga muncul depan manusia dengan terang cahaya malaikat benar. Dia menarik mereka dengan tema-tema yang mempersonakan; dan gambaran jelas mengenai kasih dan kemurahan. Dia menggambarkan kemuliaan tinggi, membuatkan manusia berasa begitu megah dengan kebijaksanaan mereka sendiri supaya mereka akan membenci kepada Dia Yang Kekal. Makhluk berkuasa yang telah membawa Juruselamat dunia ke puncak gunung tertinggi dan membawa sebelum-Nya seluruh kerajaan dunia serta kemuliaannya berupaya dengan kuasa sama menyesatkan mereka yang tidak dilindungi oleh kuasa llahi.PA 72.1

    Syaitan menarik minat manusia kini sebagaimana dia menarik perhatian Hawa di Eden dengan kata-kata pujian, dengan membangkitkan kemahuan untuk pengetahuan terlarang, dengan membangkitkan cita-cita untuk pengagungan diri. Keinginan memiliki perkara inilah yang menyebabkan kejatuhan manusia, dan melalui kemahuan inilah, dia bermatlamat membinasakan manusia. Dia berkata, “Kamu akan menjadi seperti Tuhan Allah, tahu tentang yang baik dan yang jahat.” Kejadian 3:5. Spiritualisme mengajar “bahawa manusia adalah makhluk yang bergerak maju dan menjadi takdirnya dari lahir untuk maju, sehingga kekekalan, menuju sitat ketuhanan,” Dan lagi: “Penghakiman adalah benar, kerana ia penghakiman diri... Takhta dalammu.” Kata guru spiritualisme, bilamana “kesedaran spiritualisme” dalam seseorang dibangunkan, manusia sejagat dikenali sebagai separa tuhan” Dan ada yang berkata: “Sebarang makhluk yang adil dan sempurna adalah Kristus.”PA 73.1

    Begitulah, di tempat kebenaran dan kesempurnaan Tuhan yang Maha Esa, objek pemujaan yang sebenar; di tempat kebenaran hukum-Nya yang sempurna, standard bagi pencapaian manusia yang sebenar, Syaitan telah menggantikan manusia yang berdosa sebagai satu-satunya objek pemujaan, satu-satunya peraturan penghakiman atau standard bagi perwatakkan. Ini adalah kemajuan, bukan ke hadapan, tetapi ke belakang.PA 73.2

    Adalah menjadi hukum dalam dunia intelek dan spiritualisme bahawa seseorang berubah mengikut apa yang diperhatikannya. Minda secara perlahan mengubahsuaikan dirinya mengikut objek yang diperhatikannya. la menyayangi dan menghormati perkara yang ia telah terima. Manusia tidak akan naik lebih tinggi daripada standard kesucian atau kebaikan atau kebenarannya. Sekiranya diri sendiri adalah ideal yang tertinggi, dia tidak akan memperolehi sesuatu yang lebih tinggi. Malah dia akan menjunam sedikit demi sedikit. Kasih kurnia Tuhan sahaja yang mempunyai kuasa untuk meninggikan manusia. Dibiarkan bersendirian, perjalanannya pasti menuju pembinasaan.PA 73.3

    Bagi yang suka menurut nafsu, yang mengasihi keseronokan, yang sensual, spiritualisme memberikan penyamaran yang lebih kurang berbanding dengan tarikan kepada golongan yang lebih halus dan berintelek; dalam bentuk kasarnya, mereka menjumpai apa yang berharmoni dengan kehendak hati mereka. Syaitan membaca setiap bayangan sifat manusia yang lemah, dia menandakan dosa-dosa yang cenderung dilakukan oleh setiap individu, kemudian dia memastikan supaya peluang-peluang tidak kekurangan bagi memuaskan kecenderungan ini untuk berbuat jahat. Dia menggoda manusia agar berlebihan dalam setiap perkara yang dengan sendirinya adalah baik, menyebabkan mereka, bertindak keterlaluan, lalu melemahkan kekuatan fizikal, mental dan moral. Dia telah dan sedang membinasakan ribuan orang melalui penurutan keghairahan, sejurus itu merosakkan keseluruhan sifat manusia. Dan untuk melaksanakan kerjanya, dia mengisytiharkan, menerusi roh-roh bahawa “pengetahuan sebenar meletakkan manusia lebih tinggi daripada semua hukum”; bahawa “apa sahaja, adalah benar”; bahawa “Tuhan tidak akan menghukum”; dan bahawa “semua dosa yang dilakukan adalah tidak bersalah.” Apabila orang ramai dipengaruhi untuk mempercayai bahawa kehendak adalah hukum tertinggi, kebebasan dibenarkan, dan manusia bertanggungjawab hanya kepada dirinya sendiri, siapakah yang boleh membayangkan penyelewengan dan kerosakkan akhlak yang mencemarkan setiap tangan? Orang ramai ghairah menerima ajaran-ajaran yang memberikan mereka kebebasan untuk menuruti kehendak hati yang bernafsu. Syaitan dengan gembiranya memerangkap dalam perangkapnya ribuan orang yang mengaku sebagai mengikut Kristus.PA 74.1

    Tetapi tiada yang perlu tertipu oleh penipuan dakwaan spiritualisme. Tuhan telah memberikan dunia terang kebenaran yang mencukupi untuk membolehkan mereka mengetahui perangkap itu. Seperti yang telah ditunjukkan, teori yang membentuk dasar spiritualisme adalah bertentangan dengan kenyataan-kenyataan jelas Kitab Suci. Kitab Suci mengisytiharkan bahawa orang yang mati tidak mengetahui apa-apa, bahawa pemikiran mereka telah berhenti; mereka tidak tahu-mengetahui tentang kegembiraan atau kesedihan mereka yang dikasihi di dunia.PA 75.1

    Tambahan lagi, Tuhan telah dengan nyatanya menghalang lakonan komunikasi dengan roh yang telah meninggal. Tetapi seperti dalam masa orang Israel, wujud golongan manusia, yang seperti individu masa kini, mendakwa berkomunikasi dengan orang yang telah mati. “Roh-roh biasa,” itu, iaitu pelawat-pelawat dari dunia lain tersebut dipanggil, adalah diisytiharkan dalam Kitab Suci sebagai “roh-roh jahat.” (Bandingkan Bilangan 25:1-3; Mazmur 106:28; 1 Korintus 10:20; Wahyu 16:14.) Kerja yang berurusan dengan roh biasa telah diumumkan sebagai satu perbuatan yang meluat kepada Tuhan, dan telah dilarang dengan penuh takzim di bawah hukuman mati. Imamat 19:31; 20:27. Dakwaan bahawa manusia boleh berurusan dengan roh jahat dahulunya dianggap sebagai cerita daripada Zaman Kegelapan. Tetapi spiritualisme, yang telah memasuki lingkaran saintifik, yang menyatakan bilangan mereka dalam lingkungan ribuan, telah memasuki gereja-gereja, dan yang telah mendapat sokongan daripada badan-badan perundangan, dan juga dalam mahkamah-mahkamah diraja-penipuan yang sangat besar ini dihidupkan semula, dalam samaran yang baru, ilmu sihir yang lama yang telah dikecam dan dilarang.PA 75.2

    Sekiranya memang tidak terdapat apa-apa bukti tentang keperibadian spiritualisme, sepatutnya memadai bagi orang Kristian mengetahui hakikat spiritualisme yang tidak membezakan antara benar dan jahat, antara pengikut Kristus yang mulia dan suci berbanding pengikut Syaitan yang keji. Dengan menyatakan bahawa orang yang paling keji berada di syurga, dan dipandang tinggi di sana, Syaitan berkata kepada dunia: “Tidak kira sama ada kamu percaya atau tidak kepada Tuhan dan Kitab Suci, hiduplah seperti yang kamu kehendaki; syurga adalah rumah kamu.” Fimnan kenyataan Tuhan: “Celakalah mereka yang menyebutkan kejahatan itu baik dan kebaikan itu jahat, yang mengubah kegelapan menjadi terang dan terang menjadi kegelapan.” Yesaya 5:20.PA 76.1

    Para rasul, seperti dipergunakan oleh roh penipu agar menentang apa yang telah mereka tulis bawah arahan Roh Suci semasa di dunia. Mereka menafikan asal Ketuhanan Kitab Suci, lalu memusnahkan harapan Kristian dan memadamkan lampu yang menerangi jalan ke syurga. Syaitan sedang membuatkan dunia percaya bahawa Kitab Suci hanyalah satu rekaan, atau sekurang-kurangnya satu buku yang sesuai pada permulaan sejagat, tetapi kini ianya boleh dianggap ringan, atau diketepikan sebagai lapuk. Dan untuk mengambil-alih peranan Kitab Suci, dia mewujudkan penjelmaan spiritualisme. Inilah saluran yang berada dalam kawalannya sepenuhnya; cara dia membuat seluruh dunia mempercayainya. Fakta bahawa kitab yang akan menghakimi dia dan pengikut-pengikutnya diselindungkannya, seperti yang diingininya; Juruselamat dunia dia jadikan sebagai tidak lebih daripada seorang manusia biasa. Dan seperti penjaga Roma yang melihat makam Yesus lalu menyebarkan laporan palsu seperti yang diarahkan oleh imam dan ketua bagi menyangkal kebangkitan-Nya, orang-orang yang mempercayai penjelmaan roh juga cuba untuk membuatkannya kelihatan seperti tiada apa yang luar biasa dalam keadaan kehidupan Juruselamat kita. Setelah mencuba untuk membelakangkan Yesus, mereka telah memanggil perhatian terhadap mukjizat-mukjizat mereka sendiri, mengisytiharkan bahawa ini jauh melebihi kerja-kerja Kristus.PA 76.2

    Memang benar spiritualisme kini berubah wajah, tidak menggunakan cara penjelmaan yang sebelum ini ditentang, kini menggunakan samaran Kristian. Tetapi ajaran-ajarannya dari mimbar dan media telah dipaparkan di khalayak ramai selama bertahun-tahun. Ajaran ini tidak boleh dinafikan atau disembunyikan.PA 77.1

    Di dalam bentuk terkininya juga, walaupun sepatutnya lebih mudah diterima dari dahulu, ia sebenarnya satu penipuan yang lebih berbahaya, kerana lebih halus dan lebih memperdaya. Sementara dahulunya ia menyangkal Kristus dan Kitab Suci, ia kini mengakui menerima kedua-duanya. Tetapi Kitab Suci ditafsirkan dengan cara yang menyenangkan hati yang tidak diperbaharui, sementara kebenarannya yang penuh takzim dan penting dijadikan tidak berkesan. Kasih digunakan sebagai ciri utama Tuhan, tetapi ia direndahkan kepada satu sentimentalisme yang lemah, menampakkan perbezaan antara baik dengan jahat bagaikan tidak ketara perbezaannya. Keadilan Tuhan, kecaman-Nya terhadap dosa, keperluan hukum suci-Nya, semuanya langsung tidak diendahkan. Manusia diajar menganggap hukum-hukum seperti surat yang telah luput. Dongeng yang menyenangkan dan mempesonakan, mengkagumkan deria mereka dan membawa manusia untuk menolak Kitab Suci sebagai dasar kepada keimanan mereka. Kristus ditolak seperti sebelumnya; tetapi Syaitan telah membutakan mata-mata orang supaya penipuannya tidak dapat dilihat.PA 77.2

    Hanya segelintir yang mempunyai sebarang idea yang tepat mengenai kuasa penipuan spiritualisme atau bahaya berada di bawah pengaruhnya. Ramai yang terlibat dengannya hanya untuk memuaskan perasaan ingin tahu mereka. Mereka tiada kepercayaan sebenar terhadapnya dan akan dipenuhi dengan perasaan gerun apabila memikirkan tentang menyerahkan diri mereka kepada kawalan roh-roh. Tetapi mereka dengan sukarela memasuki kawasan larangan, dan pemusnah yang kuat menggunakan kuasanya terhadap mereka bertentangan dengan kehendak mereka. Jika mereka dibiarkan untuk dipengaruhi sekali untuk menyerahkan minda mereka kepada panduannya, dia akan menjadikan mereka tawanannya. Akan menjadi mustahil untuk mereka melepaskan diri daripada sumpah yang telah menawan dan menyihirkan mereka. Hanya kuasa Tuhan, yang diberikan sebagai jawapan kepada doa kepercayaan yang bersungguh-sungguh, boleh menyelamatkan jiwa-jiwa yang terperangkap ini.PA 78.1

    Semua orang yang dengan rela hati menyanjungi dosa yang disedari, menjemput godaan-godaan Syaitan. Mereka memisahkan diri mereka daripada Tuhan dan dari penjagaan para malaikat-Nya; sedangkan yang jahat itu mengemukakan penipuannya. Mereka tanpa sebarang pertahanan menjadi mangsa yang mudah. Mereka yang meletakkan diri mereka dalam kuasanya tidak sedar pengakhiran mereka. Apabila Syaitan telah menewaskan mereka, dia akan menggunakan mereka sebagai agensinya untuk berperang dan memusnahkan orang lain.PA 78.2

    Menurut nabi Yesaya “Tetapi orang akan menyuruh kamu meminta petunjuk daripada tukang tenung dan bomoh yang berbisik-bisik dan berkumat-kamit. Orang akan berkata, “Bukankah kita harus minta petunjuk daripada arwah-arwah demi kepentingan orang yang masih hidup?” Hendaklah kamu menjawab, “Dengarkan ajaran Tuhan! Orang yang tidak berkata-kata sesuai dengan ajaran itu, tidak mempunyai harapan.” Yesaya 8:19, 20. Jika manusia sanggup menerima kebenaran yang dinyatakan dengan jelas dalam Kitab Suci berkenaan sifat semulajadi manusia dan keadaan orang mati, mereka akan lihat di dalam dakwaan dan penjelmaan spiritualisme pekerjaan Syaitan serta kuasa dan tanda-tanda dan penipuan yang menakjubkan. Sebaliknya, kerana tidak mahu menyerahkan kebebasan yang menurut nafsu mereka, atau menghentikan dosa yang mereka kasihi, ramai yang menutup mata mereka terhadap kebenaran, dan jalan terus tanpa menghiraukan amaran, sedangkan Syaitan memasang perangkap-perangkapnya di sekeliling mereka. “Mereka akan binasa kerana tidak mahu menerima atau menghargai berita benar daripada Allah yang dapat menyelamatkan mereka,” oleh itu “Allah mengirim kuasa yang menyesatkan kepada mereka sehingga mereka percaya kepada apa yang tidak benar.” 2 Tesalonika 2:10, 11.PA 78.3

    Mereka yang menentang pengajaran-pengajaran spiritualisme sedang menyerang, bukan sahaja manusia, tetapi Syaitan dan pengikut-pengikutnya. Mereka telah memasuki perlawanan yang melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini. Syaitan tidak akan berundur sedikitpun kecuali dipaksa oleh kuasa utusan-utusan llahi. Umat Tuhan sepatutnya berupaya melawan mereka seperti Juruselamat mereka dengan kata-kata, “Di dalam Kitab Suci tertulis”. Syaitan boleh memetik kandungan Kitab Suci kini seperti waktu Kristus, dan dia akan memutarbelitkan ajaran-ajaran-Nya bagi mempertahankan khayalannya. Mereka yang akanPA 79.1

    berdiri pada masa bahaya ini mesti memahami untuk diri sendiri kenyataan-kenyataan Kitab Suci.PA 80.1

    Ramai yang akan berhadapan dengan roh-roh Iblis dalam bentuk saudara-mara atau sahabat-handai yang dikasihi. Pelawat-pelawat ini akan menarik simpati kita dan akan melakukan mukjizat-mukjizat demi mempertahankan tipuan mereka. Kita mesti bersedia untuk menentang mereka dengan kebenaran Kitab Suci bahawa orang-orang yang mati tidak tahu apa-apa, maka mereka yang muncul adalah roh-roh Syaitan.PA 80.2

    Sejurus sebelum kita adalah “masa kesusahan yang akan menimpa seluruh dunia untuk menguji semua orang di bumi.” Wahyu 3:10. Semua orang berkepercayaan tidak kukuh terhadap firman Tuhan akan terperdaya dan akan dikuasai. Syaitan “akan melakukan tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat palsu,” dan penipuannya akan terus bertambah. Tetapi dia hanya dapat menewaskan manusia sebagaimana mereka menyerah diri kepada godaannya. Mereka yang ikhlas mencari pengetahuan tentang kebenaran dan sedang berusaha untuk menyucikan jiwa mereka melalui penurutan, lalu berusaha menyediakan diri menghadapi konflik itu akan menemui, dalam Tuhan kebenaran, satu pembelaan yang pasti. “Kerana kamu menurut perintah-Ku supaya tabah ketika menanggung penderitaan, Aku pun akan menyelamatkan kamu” (ayat 10), adalah janji Juruselamat. Dia akan segera menghantar setiap malaikat keluar dari syurga untuk melindungi umat-umat-Nya, daripada meninggalkan satu jiwa yang mempercayai-Nya untuk dikuasai oleh Syaitan.PA 80.3

    Nabi Yesaya telah menunjukkan penipuan menakutkan yang akan menimpa yang jahat, menyebabkan mereka menyangka mereka selamat daripada penghakiman Tuhan: “Kamu bercakap besar bahawa kamu telah mengikat perjanjian dengan maut dan mengadakan persetujuan dengan dunia orang mati. Kamu yakin bahawa bencana tidak akan menimpa kamu kerana kamu bergantung kepada dusta dan penipuan untuk melindungi diri kamu.” Yesaya 28:15. Mereka yang degil dalam ketidaktaatan, melegakan diri mereka dengan jaminan bahawa tidak ada hukuman bagi orang-orang berdosa: bahawa manusia sejagat, tanpa mengira betapa keji manusia itu akan dibawa ke syurga, untuk menjadi malaikat-malaikat Tuhan, termasuk dalam golongan ini. Tetapi lebih mengasihankan adalah mereka yang membuat satu kesatuan dengan kematian dan satu perjanjian dengan neraka, yang menolak kebenaran yang diberikan oleh Syurga demi pembelaan bagi orang yang benar sewaktu menghadapi masalah, dan menerima perlindungan melalui pembohongan yang diberikan oleh Syaitan ditempatnya, iaitu tipu daya spiritualisme yang mengelirukan.PA 80.4

    Perkara yang lebih menyedihkan lagi adalah kebutaan generasi masa kini. Ribuan menolak Firman Tuhan sebagai sesuatu yang tidak boleh dipercayai dan dengan kepercayaan yang tidak sabar-sabar mereka menerima tipuan Syaitan. Pencemuh ini menolak mereka yang berpegang kepada kepercayaan rasul-rasul dan nabi-nabi, dan mengalihkan perhatian mereka sendiri dengan mencemuhkan pengisytiharan penuh keterangan Kitab Suci berkenaan Kristus dan rancangan keselamatan-Nya, dan hukuman yang akan menimpa mereka yang menolak kebenaran. Mereka menunjukkan rasa simpati yang besar terhadap minda yang dikatakan sebagai begitu sempit, lemah dan mempercayai kepercayaan karut supaya mengakui dakwaan Tuhun dan menuruti keperluan hukum-Nya. Mereka telah mempercayai sepenuhnya, seperti benar mereka telah bersatu dengan kuasa kematian dan berjanji dengan kuasa nereka, bagaikan telah mendirikan penghalang antara mereka dan dendam Tuhan. Tiada apa yang boleh menimbulkan ketakutan mereka. Betapa mereka tunduk kepada penggoda, betapa bersatunya mereka dengannya, dan betapa dipenuhi dengan rohnya, sehinggakan mereka tidak boleh melepaskan diri daripada perangkapnya.PA 81.1

    Syaitan telah lama menyediakan usaha akhirnya untuk menewaskan manusia. Dasar usaha Syaitan telah dikemukakan dengan jaminan yang diberikannya kepada Hawa di Eden: “Kamu tidak akan mati.” “Jika kamu makan buah ini, fikiran kamu akan terbuka; kamu akan menjadi seperti Allah dan mengetahui apa yang baik dan apa yang jahat.” Kejadian 3:4, 5. Sedikit demi sedikit dia telah menyediakan jalan mengembangkan karya penipuan melalui perkembangan spiritualisme. Syaitan masih belum mencapai penyempurnaan penuh bagi karyanya; tetapi ia akan tercapai di sisa terakhir masa. Nabi berkata: “Aku melihat tiga roh jahat yang kelihatan seperti katak; Roh-roh itu roh jahat yang melakukan banyak mukjizat. Ketiga-tiga roh itu pergi kepada semua raja di seluruh dunia, dan mengumpulkan mereka untuk berperang pada hari Allah Yang Maha Kuasa menjatuhkan hukuman.” Wahyu 16:13,14. Melainkan mereka yang diawasi kuasa Tuhan, melalui keimanan dalam Firman-Nya, seluruh dunia akan terpedaya. Manusia akan cepat tertipu oleh keselamatan palsu bila dibangunkan dengan luahan kemurkaan Tuhan.PA 82.1

    Firman Tuhan: “Keadilan akan Kujadikan tali pengukur, dan kejujuran Kujadikan tali unting. Segala dusta yang menjadi pergantungan kamu akan disapu oleh hujan batu, dan perlindungan kamu akan dimusnahkan oleh air bah. Perjanjian kamu dengan maut dan persetujuan kamu dengan dunia orang mati akan dibatalkan. Kamu akan dikalahkan apabila bencana menimpa kamu.” Yesaya 28:17, 18.PA 82.2

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents