Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    8—Konflik Yang Pasti Berlaku

    Sejak dari permulaan kontroversi besar di Syurga, Syaitan telah bermatlamat untuk menghapuskan hukum Tuhan. Demi mencapai matlamat inilah dia memulakan pemberontakan terhadap Pencipta, dan walaupun dia telah dibuang dari Syurga, dia telah meneruskan peperangan yang sama di dunia. Tujuannya adalah untuk menipu manusia, dan dengan itu mendorong mereka untuk menyalahi hukum Tuhan, inilah objek yang telah dia ikuti dengan tetap. Sama ada ia dicapai dengan mengenepikan keseluruhan hukum Tuhan sama sekali, atau dengan menolak salah satu daripada ajaran-Nya, hasil pada akhirnya tetap sama. Dia yang menentang “satu bahagian” menunjukkan kebencian terhadap keseluruhan hukum; pengaruh dan contohnya menyebelahi perlanggaran; lalu dia menjadi “bersalah terhadap seluruhnya.” Yakobus 2:10.PA 107.1

    Dalam usahanya menimbulkan kebencian terhadap hukum ketuhanan, Syaitan telah memutarbelitkan doktrin-doktrin Kitab Suci, dan kesilapan-kesilapan itu telah dimasukkan ke dalam kepercayaan ribuan orang yang mengaku mempercayai Kitab Suci. Kontlik besar yang terakhir antara kebenaran dan kejahatan adalah pergelutan terakhir kontroversi lama dengan hukum Tuhan. Peperangan yang kini kita masuki -adalah peperangan antara undang-undang manusia dan perintah Tuhan, antara agama Kitab Suci dan agama dongeng dan tradisi.PA 107.2

    Agensi-agensi yang bakal bergabung menentang kebenaran dan kebaikan dalam perbalahan ini, kini aktif berkerja. Firman suci Tuhan, yang telah diturunkan kepada kita, hasil kesengsaraan dan titisan darah, tidak dinilaikan dengan sewajarnya. Kitab Suci kini berada dalam jangkauan semua orang tetapi hanya segelintir yang menerimanya sebagai panduan hidup. Ketidaksetiaan meluas berlaku pada kadar membimbangkan, bukan sahaja dalam dunia, tetapi juga dalam gereja. Ramai kini mula menafikan doktrin-doktrin yang pada asalnya adalah tonggak kepercayaan umat Kristian. Fakta penting yang telah dikemukakan oleh penulis yang diilhamkan berkenaan penciptaan dunia, kejatuhan manusia, penebusan, dan kekekalan hukum Tuhan, kini ditolak, sama ada secara keseluruhannya atau sebahagian, oleh golongan besar dunia yang mengakui diri sebagai Kristian. Ribuan orang yang membanggakan diri sebagai celik dan berpendirian sendiri menganggap tindakan yakin penuh dalam Kitab Suci sebagai bukti kelemahan seseorang; mereka memikirkan bahawa ia adalah bukti ketinggian kebolehan dan pembelajaran seseorang bila mereka berupaya untuk memperkecilkan iman seseorang dalam Kitab Suci, serta menjelaskan ketidak-pentingan sesuatu kebenaran rohani. Ramai pendeta mengajar umat mereka, dan ramai pensyarah serta guru mengajar pelajar mereka bahawa hukum-hukum telah diubahkan; dan mereka yang masih mengikuti hukum-hukum ini dengan sepenuhnya layak untuk diejek dan dicaci.PA 107.3

    Bila manusia menolak kebenaran, manusia menolak Penulisnya. Bila manusia memijak hukum Tuhan, mereka menatikan kekuasaan Pemberi hukum tersebut. Pembuatan idola daripada doktrin dan teori palsu adalah semudah membentuk idola daripada kayu atau batu. Dengan menyalahsampaikan sifat-sifat Tuhan, Syaitan membuatkan manusia membayangkan-Nya dengan keperibadian yang palsu. Dengan yang ramai, imej berfalsafah menggantikan tempat Tuhan, manakala Tuhan yang hidup, seperti yang diungkapkan di dalam Firman-Nya, dalam Kristus, dan dalam ciptaan-Nya, dipuja oleh hanya segelintirorang. Ribuan mempertuhankan alam semulajadi manakala mereka menafikan Tuhan alam semulajadi. Walaupun dalam bentuk yang berlainan, peyembahan patung wujud dalam dunia Kristian pada hari ini sepertimana ianya wujud antara Israel kuno sezaman dengan Elia. Tuhan kebanyakan orang-orang yang bijaksana, ahli falsafah, penyajak, ahli politik, wartawan-wartawan — Tuhan lingkungan orang-orang yang bergaya dan anggun, kebanyakan kolej-kolej dan universiti-universiti, malahan sesetengah institusi-institusi teologi — hanya baik sedikit berbanding Baal, tuhan matahari Phenicia.PA 108.1

    Tiada kesilapan yang telah diterima oleh dunia Kristian dan menyerang kekuasaan Syurga dengan lebih berani, tiada yang lebih membangkangi kewarasan pemikiran, tiada yang lebih memudaratkan akibatnya, berbanding dengan doktrin moden, yang begitu mudah diterima, bahawa hukum Tuhan tidak lagi mengikat tindakan manusia. Setiap negara mempunyai undang-undangnya; yang menghendaki kehormatan dan pematuhannya; tiada kerajaan boleh wujud tanpa undang-undang; dan bolehkan kita membayangkan bahawa Pencipta syurga dan dunia tiada undang-undang untuk memerintah makhluk-makhluk ciptaan-Nya? Andai kata paderi-paderi terkenal secara terbuka mengajar bahawa peraturan yang mengawal tanah mereka dan melindungi hak-hak penduduknya tidak wajib dituruti -bahawa ia menghadkan kebebasan orang ramai, lalu tidak wajib dituruti; berapa lamakah orang sebegitu akan dibiarkan berada di mimbar? Tetapi tidakkah ia kesalahan yang lebih besar untuk mengabaikan undang-undang negeri dan negara berbanding memijak-mijak perintah-perintah suci yang membentuk dasar semua kerajaan?PA 109.1

    Adakah ia lebih munasabah bagi sesebuah negara menghapuskan peraturan-peraturan mereka, dan membenarkan rakyatnya berbuat sesuka hati, atau sekiranya Pemerintah alam semesta membatalkan hukum-Nya, dan membiarkan dunia tanpa standard untuk menghukum individu yang bersalah atau membela individu yang patuh. Adakah kita menyedari akibat membatal hukum Tuhan? Eksperimen tersebut telah dicuba. Betapa parahnya situasi negara Perancis apabila mereka membatalkan hukum Tuhan dan menjadikan ateisme sebagai kuasa pengawal. la telah menunjukkan kepada dunia bahawa menghapuskan sekatan-sekatan yang telah dikenakan Tuhan bermaksud menerima pemerintahan penguasa-penguasa yang paling jahat. Apabila standard kebaikan diketepikan, jalan untuk Syaitan menegakkan kuasanya di dunia dibuka.PA 109.2

    Di mana sahaja perintah suci ditolak, dosa berhenti kelihatan seperti dosa atau sebagai kebaikan yang patut diingini. Mereka yang enggan mematuhi kerajaan Tuhan langsung tidak sesuai memerintah diri mereka sendiri. Menerusi ajaran bahaya mereka, semangat pemberontakan disemai dalam hati kanak-kanak dan pemuda-pemudi, yang secara semulajadinya tidak sabar jika dikawal; dan satu masyarakat tanpa undang-undang akan terhasil. Orang ramai amat mudah menerima penipuan-penipuan Syaitan, sedangkan mereka mengejek kemudahan kumpulan lain kerana melihat sifat mereka yang terlalu mudah mempercayai keperluan mematuhi kehendak-kehendak Tuhan. Mereka tidak mengawal nafsu lalu melakukan dosa-dosa yang dahulunya mengakibatkan orang pagan dihukum.PA 110.1

    Mereka yang mengajar orang ramai untuk mengambil ringan hukum-hukum Tuhan menyemai keingkaran untuk menuai kemungkaran. Sekiranya sekatan yang dikenakan oleh hukum ketuhanan diketepikan sepenuhnya, undang-undang manusia juga tentu tidak akan diendahkan. Oleh kerana Tuhan melarang perbuatan yang tidak jujur, kedengkian, dan menipu, manusia sedia untuk memijak-mijak peraturan-peraturan-Nya kerana ia bertindak sebagai penghalang untuk kekayaan duniawi mereka; tetapi akibat menghapuskan ajaran-ajaran Tuhan tidak akan dapat mereka jangkakan. Sekiranya hukum-hukum ini tidak mengikat, mengapakah orang ramai takut melanggarnya? Harta benda tidak akan selamat lagi. Manusia akan merampas harta milik jiran mereka dengan keganasan dan mereka yang paling kuat akan menjadi paling kaya. Nyawa manusia sendiri tidak akan dihargai. Sumpahan perkahwinan tidak akan lagi bertindak sebagai benteng suci untuk melindungi keluarga. Dia yang mempunyai kuasa, akan, sekiranya dia inginkan, mengambil isteri jirannya menggunakan keganasan. Hukum kelima akan diketepikan bersama-sama dengan yang keempat. Anak-anak tidak akan teragak-agak untuk membunuh ibu-bapa mereka sekiranya dengan berbuat demikian mereka boleh memuaskan kehendak hati jahat mereka. Dunia yang bertamadun akan dipenuhi dengan perompak dan pembunuh, dan kedamaian, istirehat dan kebahagiaan akan hilang dari dunia.PA 110.2

    Kini sudah diketahui bahawa doktrin yang membenarkan manusia dilepaskan daripada mematuhi kehendak-kehendak Tuhan telah melemahkan kuasa kawalan moral dan telah membuka benteng kefasikan di dunia. Tidak menuruti undang-undang, cara hidup yang merosakkan dan keruntuhan akhlak berleluasa. Malah dalam keluarga juga, Syaitan beroperasi. Panjinya dikibarkan walaupun dalam rumah orang-orang Kristian. Di situ wujud juga kedengkian, andaian kejahatan, kemunafikan, kerenggangan, tiruan gaya, perselisihan, ketidak-patuhan terhadap ikatan suci, dan penurutan hawa nafsu. Keseluruhan sistem prinsip-prinsip dan doktrin-doktrin keagamaan, yang patut menjadi dasar dan bingkai kehidupan sosial, kelihatan hampir musnah. Penjenayah-penjenayah yang paling keji, setelah dipenjarakan kerana kesalahan-kesalahan mereka, selalunya dilayan bagaikan telah menerima hadiah-hadiah dan perhatian-perhatian seolah-olah mereka telah mencapai suatu kecemerlangan yang diingini. Publisiti besar-besaran diberikan kepada keperibadian dan jenayah-jenayah mereka. Media menerbitkan secara terperinci maklumat mengenai kegiatan jahil mereka, maka mendorong orang ramai untuk memulakan perbuatan penipuan, perompakan dan pembunuhan; dan Syaitan girang dalam kejayaan skema-skemanya yang jahat. Peningkatan dalam aktiviti maksiat, pembunuhan sembarangan, peningkatan dahsyat sikap keterlaluan dan ketasikan di setiap tahap, sepatutnya menyedarkan semua orang yang menakuti Tuhan, untuk bertanya apakah yang boleh dilakukan untuk menundakan arus kejahatan.PA 111.1

    Mahkamah-mahkamah keadilan bertindak curang, -pemimpin-pemimpin dipengaruhi oleh keinginan untuk mendapatkan keuntungan dan kasih terhadap keseronokan sensual. Sikap keterlaluan telah menyelubungi ramai antara mereka sehinggakan Syaitan mengawal mereka hampir sepenuhnya. Para juri dipergunakan, dirasuah dan ditipu. Kemabukan dan dan sifat berpesta, keghairahan, kedengkian, ketidak-jujuran pelbagai jenis, ditunjukkan oleh mereka yang mentadbir undang-undang. “Hukum yang adil telah disingkirkan dan keadilan dijauhkan. Kejujuran dipandang rendah di tempat-tempat umum, dan ketulusan diketepikan.” Yesaya 59:14.PA 112.1

    Kecurangan dan kegelapan kerohanian yang wujud meluas di bawah keagungan Rom adalah kesan yang tidak boleh dielakkan, disebabkan oleh penindasan Kitab Suci; tetapi apakah punca penderhakaan yang berleluasa, penolakan hukum Tuhan, dan kekeruhan yang kini berlaku pada masa keterangan penuh cahaya injil pada zaman kebebasan agama? Memandangkan Syaitan tidak lagi mengawal dunia dengan menghalang kewujudan Kitab Suci, dia menggunakan cara-cara lain untuk mencapai matlamat yang sama. Membinasakan keimanan manusia terhadap Kitab Suci mencapai tujuan yang sama seperti membinasakan Kitab Suci itu sendiri. Dengan memperkenalkan kepercayaan bahawa hukum Tuhan tidak lagi mengikat, dia secara efektifnya, telah memimpin manusia untuk melanggar hukum-hukum Tuhan seolah-olah mereka tidak mengetahui tentang perintah-perintahnya. Dan kini, seperti pada zaman lalu, dia bekerja melalui gereja-gereja untuk melaksanakan rancangan-rancangannya. Organisasi-organisasi keagamaan masa kini enggan mendengar kebenaran-kebenaran tidak popular yang terkandung dalam Kitab Suci, dan dalam menentangnya, mereka telah menyesuaikan penafsiran dan mengambil posisi yang menyemai benih-benih ketidakpercayaan. Berpegang kepada kesalahan paus mengenai kekekalan semulajadi dan kesedaran manusia semasa kematian, mereka telah menolak satu-satunya benteng pertahanan terhadap penipuan-penipuan spiritualisme. Doktrin mengenai keseksaan kekal telah menyebabkan ramai orang untuk tidak mempercayai Kitab Suci. Dan ketika tuntutan hukum keempat ditekankan ke atas orang ramai, didapati bahawa apabila pemeliharaan hari Sabat pada hari ketujuh disuruh; menentang kerelaan diri, satu-satunya jalan untuk membebaskan diri mereka daripada tugas ini adalah tindakan ramai guru-guru terkenal mengisytiharkan bahawa hukum Tuhan adalah tidak lagi mengikat. Maka dengan itu mereka menolak hukum Tuhan dan juga kesucian hari Sabat. Apabila usaha pembaharuan Sabat diperluaskan, penolakan hukum ketuhanan demi mengelak hukum keempat akan menyeluruh. Ajaran-ajaran pemimpin-pemimpin agama telah membuka pintu kepada kecurangan, spiritualisme, dan kebencian terhadap hukum suci Tuhan; dan pemimpin-pemimpin ini adalah yang dipertanggungjawab ngeri atas kewujudan keingkaran dalam dunia Kristian.PA 112.2

    Namun golongan ini mendakwa bahawa perleluasan korupsi adalah sebahagian besar disebabkan oleh penodaan apa yang dipanggil “Sabat Kristian”dan bahawa penguat kuasaan pemeliharaan hari Ahad akan memperbaiki moral masyarakat dengan banyak sekali. Dakwaan ini lebih ditekankan di Amerika Syarikat, dimana doktrin Sabat sebenar telah meluas didakwahkan. Di sini kerja kesederhanaan, salah satu daripada pembaharuan moral yang paling terkemuka dan penting, sering digabungkan dengan pengajaran kesucian hari Ahad, dan pembela-pembelanya menggambarkan mereka sendiri sebagai bekerja untuk mempromosikan kepentingan tertinggi masyarakat; dan sesiapa yang enggan bergabung dengan mereka dikutuk sebagai musuh kesederhanaan dan pembaharuan. Tetapi fakta bahawa satu pergerakan untuk menegakkan kesilapan adalah berkaitan dengan kerja yang dengan sendirinya adalah baik, bukanlah satu hujahan yang memihak kepada kesilapan. Kita mungkin menyamarkan racun bila mencampurkannya dengan makanan yang berkhasiat, tetapi kita tidak menukarkan sifat asas racun itu. Sebaliknya, ia menjadi lebih bahaya, kerana ia lebih cenderung diambil tanpa disedari. Inilah salah satu cara Syaitan menggabungkan kepalsuan dengan kebenaran mencukupi untuk membuatkan ia kelihatan munasabah. Pemimpin-pemimpin pergerakan hari Ahad mungkin menyokong pembaharuan yang diperlukan rakyat, prinsip-prinsip yang berharmoni dengan Kitab Suci; tetapi selagi terdapat tuntutan yang bertentangan dengan hukum Tuhan, hamba-hamba-Nya tidak boleh bersatu dengan mereka. Tiada yang boleh membenarkan tindakan mereka mengabaikan perintah-perintah Tuhan untuk ajaran-ajaran manusia.PA 114.1

    Melalui dua kesalahan pemahaman besar ini, iaitu kekekalan nyawa dan kesucian hari Ahad, Syaitan akan menipu orang ramai. Sementara yang pertama membentangkan dasar spiritualisme, yang kedua mewujudkan ikatan simpati dengan Rom. Protestan-protestan di Amerika Syarikat akan menjadi kumpulan pertama untuk menghulurkan tangan mereka di atas jurang untuk memegang tangan spiritualisme; mereka akan mencapai ke jurang untuk bersatu dengan kuasa Rom; dan di bawah pengaruh ikatan tiga kuasa ini, negara ini akan mengikut jejak langkah Rom dalam memijak-mijak hak-hak hati nurani.PA 115.1

    Apabila tipuan spiritualisme semakin menyerupai Kekristianan hari ini, ia mempunyai kuasa yang lebih besar untuk memperdaya dan memerangkap. Syaitan sendirinya berubah, menurut aturan-aturan moden dalam pelbagai perkara. Dia akan muncul dengan keperibadian malaikat bercahaya. Melalui agensi spiritualisme, mukjizat-mukjizat akan dilakukan, orang sakit akan disembuhkan, dan banyak keajaiban-keajaiban yang tidak dapat dinafikan akan dilakukan. Dan apabila roh-roh ini mengakui keimanan dalam Kitab Suci, dan menghormati institusi-institusi gereja, kerja mereka akan diterima sebagai penjelmaan kuasa llahi.PA 115.2

    Garis perbezaan antara mereka yang mengakui diri mereka sebagai Kristian dan mereka yang tidak bertuhan kinisusah dibezakan. Ahli-ahli gereja mencintai apa yang dicintai oleh dunia lalu bersedia menyertai mereka, dan Syaitan bertekad menyatukan mereka dalam satu perbadanan barisan spiritualisme dengan tujuan menguatkan matlamatnya. Pihak paus, yang mempercayai kewujudan mukjizat-mukjizat sebagai tanda gereja sebenar, akan mudah terperdaya oleh kuasa luar biasa ini; dan Protestan-protestan, yang telah menyisihkan perisai kebenaran, akan turut terpedaya. Pihak paus, Protestan-protestan dan penduduk-penduduk dunia akan sama-sama menerima bentuk ketuhanan tanpa kuasa ini, dan mereka akan melihat dalam perikatan ini satu pergerakkan besar bakal mengubah dunia ini dan menyediakan jalan bagi penerimaan milenium yang dinanti-nantikan.PA 115.3

    Melalui spiritualisme, Syaitan muncul sebagai pelindung bangsa, menyembuhkan penyakit-penyakit manusia, dan mendakwa menyampaikan sistem kepercayaan keagamaan baru yang lebih tinggi, tetapi pada masa yang sama dia bekerja sebagai pemusnah. Godaan-godaannya mempengaruhi orang ramai untuk berdosa. Sikap keterlaluan mengambil tempat kewarasan; penurutan sensual, perbalahan disusuli dengan pertumpahan darah. Syaitan girang dengan peperangan, kerana ia membangkitkan keghairahan paling dahsyat dalam jiwa seseorang lalu disebabkan pertumpahan darah membawa mangsa-mangsanya ke dalam kezaliman yang kekekalan. Sudah menjadi matlamat Syaitan untuk membangkitkan peperangan antara bangsa-bangsa, kerana dengan itu dia boleh mengalihkan minda-minda orang ramai daripada usaha menyediakan diri untuk berdiri pada hari penghakiman Tuhan.PA 116.1

    Syaitan juga menggunakan elemen-elemen semulajadi untuk mengumpulkan roh-roh yang tidak bersedia. Syaitan telah mengkaji rahsia-rahsia alam semulajadi, dan dia menggunakan semua kuasanya untuk mengawal elemen-elemen ini setakat mana yang Tuhan benarkan. Apabila dia telah dibenarkan untuk menyakitkan Ayub, begitu cepatnya kumpulan ternakan dan gembalanya, orang-orang gaji, rumah-rumah, anak-anak, telah dimusnahkan, satu kesusahan demi satu kesusahan menimpa dalam satu masa. Tuhanlah yang melindungi makhluk-makhluk-Nya dan menghalang kuasa pemusnah dari mendekati mereka. Tetapi dunia Kristian telah menunjukkan kebencian kepada hukum-Nya; dan Tuhan akan melakukan apa yang telah dikatakan-Nya -Dia akan menarik balik kurniaan-Nya daripada dunia dan mengalihkan perlindungan-Nya daripada mereka yang memberontak terhadap hukum-Nya serta mengajar dan memaksa orang lain untuk berbuat demikian. Syaitan mempunyai kuasa atas semua yang tidak dijaga khas oleh Tuhan. Dia akan membantu dan memakmurkan sesetengah orang, bagi melaksanakan rancangan-rancangannya sendiri; dan dia akan membawa kesusahan kepada orang lain lalu menyebabkan orang ramai mempercayai bahawa Tuhanlah yang membuatkan golongan ini menderita.PA 116.2

    Walaupun muncul kepada anak-anak manusia sebagai ahli perubatan hebat yang boleh menyembuhkan segala penyakit mereka, dia juga akan menyebabkan penyakit dan malapetaka dahsyat, sehinggakan kota-kota berpenduduk dibinasakan dan dihancurkan. Malah sekarang juga dia sedang bekerja. Dalam kemalangan di lautan dan daratan, dalam kebakaran besar, taufan besar dan ribut hujan batu, ombak besar, banjir, siklon, ombak besar samudera, dan gempa bumi, di setiap tempat dan melalui ribuan cara, Syaitan sedang menggunakan kuasanya. Dia memusnahkan hasil yang sedang ranum lalu kebuluran dan kesusahan menyusul. Dia mencemari udara dengan pencemaran yang membawa maut, dan ribuan orang mati. Kejadian-kejadian begini semakin kerap dan membinasakan. Kemusnahan akan menimpa kedua-dua manusia dan binatang. “Bumi akan kering dan layu; seluruh dunia akan menjadi lemah; langit dan bumi akan rosak. Bumi tercemar kerana manusia melanggar hukum-hukum Allah dan telah memungkiri perjanjian yang dibuat oleh Allah dengan mereka untuk selama-lamanya.” Yesaya 24:4, 5.PA 117.1

    Kemudian penipu besar itu akan mempengaruhi manusia untuk mempercayai bahawa mereka yang melayan Tuhanlah yang menyebabkan kejahatan-kejahatan ini berlaku. Kelas yang merangsangkan ketidak-senangan Syurga akan mempersalahkan semua masalah mereka kepada mereka yang setia menuruti hukum Tuhan iaitu teguran berterusan kepada pelanggar-pelanggar hukum. Akan diisytiharkan bahawa manusia menyinggung perasaan Tuhan dengan mencabuli hari sabat Ahad; bahawa dosa yang membawa malapetaka-malapetaka ini tidak akan berhenti sehinggalah pemeliharaan hari Ahad dikuat kuasakan dengan ketat; dan mereka akan menuduh golongan yang memelihara tuntutan hukum keempat, lalu menghancurkan kehormatan hari Ahad, sebagai pembawa-pembawa masalah kepada masyarakat, menghalang pemulihan bantuan ketuhanan dan kemakmuran duniawi. Dengan itu tuduhan yang dahulunya dilemparkan terhadap hamba Tuhan akan diulangi berdasarkan asas yang telah dibincangkan sebelum ini. “Apabila Raja Ahab nampak Elia, Raja Ahab bertitah, “Ini dia si pengacau di Israel!” Elia menjawab, “Hamba bukan pengacau. Tuanku dan keluarga tuankulah pengacau itu. Tuanku tidak mentaati perintah Tuhan dan tuanku menyembah berhala Baal.” 1 Raja-Raja 18:17,18. Apabila kemarahan masyarakat dibangkitkan oleh tuduhan palsu ini, mereka akan mengikut jalan sama terhadap wakil-wakil Tuhan seperti yang telah Israel ikuti menentang Elia.PA 117.2

    Kuasa melakukan mukjizatyang dinyatakan melalui spiritualisme akan digunakan untuk membangkitkan tentangan terhadap mereka yang memilih untuk menuruti Tuhan berbanding manusia. Komunikasi dengan roh-roh akan mengisytiharkan bahawa Tuhan telah mengutus mereka untuk menyakinkan penolak hari Ahad terhadap kesalahan mereka, menegaskan bahawa hukum-hukum manusia perlu dipatuhi sebagai hukum Tuhan. Mereka akan bersedih terhadap kefasikan besar di dunia dan menyokong peringatan guru-guru agama bahawa keruntuhan moral adalah disebabkan oleh penghinaan terhadap hari Ahad. Kemarahan yang hebat akan tertimbul terhadap semua yang enggan untuk menerima kesaksian mereka.PA 118.1

    Polisi Syaitan dalam kontlik terakhir dengan orang-orang Tuhan adalah sama seperti yang digunakannya dalam pembukaan kontroversi besar di Syurga. Dia mendakwa mempromosikan kestabilan kerajaan ketuhanan, sedangkan secara rahsianya mengusahakan kejatuhannya. Dan satu-satunya kerja yang dia lakukan, dituduhnya sebagai kerja malaikat-malaikat yang setia. Polisi penipuan yang sama juga telah digunakan dalam sejarah Gereja Rom. la telah mendakwa berperanan sebagai timbalan Syurga, tetapi sebenarnya berusaha untuk meninggikan dirinya mengatasi Tuhan dan cuba menukarkan hukum-Nya. Di bawah pemerintahan Rom, mereka yang menderita kerana mentaati Injil telah dikecam sebagai pelaku-pelaku kejahatan; mereka diisytiharkan sebagai bersekutu dengan Syaitan; dan setiap cara mungkin telah digunakan untuk melemparkan mereka dengan tuduhan kesalahan lalu menampakkan mereka kepada orang ramai dan juga kepada diri mereka sendiri sebagai penjenayah paling kejam. Begitu juga yang berlaku sekarang. Apabila Syaitan mencari jalan untuk memusnahkan mereka yang memuliakan hukum Tuhan, pada masa sama dia juga akan menyebabkan mereka dituduh sebagai pesalah-pesalah undang-undung, sebagai orang yang tidak memuliakan Tuhan dan pembawa hukuman kepada dunia.PA 119.1

    Tuhan tidak pernah memaksa kehendak atau hati nurani; tetapi kebiasaan Syaitan untuk mengawal mereka yang dia tidak dapat digoda -adalah pemaksaan melalui kekejaman. Melalui ketakutan atau kepaksaan dia berusaha menguasai hati nurani untuk mendapatkan penghormatan bagi dirinya sendiri. Demi mencapai matlamat ini, dia bekerja menerusi kedua-dua pihak iaitu pihak berkuasa agama dan sekular mendorong mereka untuk menguatkuasakan undang-undang manusia dalam keingkaran terhadap hukum Tuhan.PA 119.2

    Mereka yang memuliakan Sabat Kitab Suci akan dikecam sebagai musuh undang-undang dan peraturan, sebagai melanggar sekatan-sekatan moral masyarakat, menyebabkan huru-hara dan keruntuhan akhlak, dan membawakan hukuman-hukuman Tuhan terhadap dunia. Ketelitian kesetiaan mereka terhadap hukum Tuhan akan dipersalahkan sebagai kedegilan, kekerasan kepala, dan penghinaan kepada pihak berkuasa. Mereka akan dituduh tidak berpuas hati terhadap kerajaan. Pemimpin-pemimpin agama yang menafikan tuntutan hukum ketuhanan, dari mimbar akan menyatakan kewajipan untuk mematuhi pihak berkuasa sivil yang telah ditahbiskan oleh Tuhan. Di dewan-dewan perundangan dan mahkamah-mahkamah keadilan, pemelihara-pemelihara hukum akan disalahgambarkan dan dihukumkan. Gambaran palsu akan diberikan kepada perkataan-perkataan mereka: tafsiran yang paling dahsyat akan diberikan ke atas motif mereka.PA 120.1

    Apabila gereja-gereja Protestan menolak hujahan-hujahan Kitab Suci yang jelas yang membela hukum Tuhan, mereka juga akan ingin mendiamkan orang beriman dan tidak mungkin mereka kalahkan menggunakan Kitab Suci. Walaupun mereka membutakan mata sendiri kepada faktanya, mereka kini telah memilih jalan yang akan menganiaya mereka yang setia, enggan melakukan apa yang dilakukan oleh dunia Kristian, dan mengakui tuntutan-tuntutan sabat kepausan.PA 120.2

    Pihak-pihak berkuasa gereja dan kerajaan akan bersatu untuk merasuah, memujuk, atau memaksa semua kelas orang untuk memuliakan hari Ahad. Ketiadaan restu kuasa llahi akan dibekalkan dengan perundangan yang memaksa. Korupsi politik memusnahkan cinta kepada keadilan dan kehormatan terhadap kebenaran; dan di Amerika Syarikat bebas juga, pemimpin dan pegawai perundangan, demi mendapat sokongan awam, akan tunduk kepada tuntutan popular menguatkuasakan undang-undang pemeliharaan hari Ahad. Kebebasan hati nurani, yang dicapai melalui begitu banyak pengorbanan, tidak lagi akan dihargai. Pada kontlik yang bakal berlaku kita mencontohi kata-kata nabi, “Naga itu sangat marah terhadap wanita itu, sehingga memerangi semua keturunan lain daripada wanita itu. Mereka itu semua orang yang taat kepada perintah Allah dan setia kepada ajaran yang dinyatakan oleh Yesus.” Wahyu 12:17.PA 120.3

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents