Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    10—Amaran Terakhir

    “Aku melihat satu lagi malaikat turun dari syurga. Dia mempunyai kuasa besar, dan cahaya yang mengelilinginya menerangi seluruh bumi. Dia berseru dengan suara lantang, “Babel sudah jatuh! Babel yang agung sudah jatuh! Sekarang syaitan-syaitan dan roh-roh jahat tinggal di Babel. Segala macam burung yang najis dan dibenci orang tinggal di situ.” “Kemudian aku mendengar suara lain dari syurga berkata, “Keluarlah, hai umat-Ku! Keluarlah dari Babel! Janganlah berbuat dosa seperti penduduk kota itu; janganlah ikut menanggung hukumannya.” Wahyu 18:1, 2, 4.PA 136.1

    Ayat ini merujuk kepada masa ketika pengumuman berkenaan kejatuhan Babel, seperti yang dinyatakan oleh malaikat kedua di dalam Wahyu 14 (ayat 8), akan diulangi, dengan pernyataan tambahan mengenai keruntuhan organisasi-organisasi tertentu yang membentuk Babel, sejak utusan itu diberikan untuk pertama kalinya, dalam musim panas tahun 1844. Keadaan dahsyat dunia keagamaan digambarkan di sini. Dengan setiap penolakan kebenaran, minda-minda orang ramai akan menjadi lebih gelap, hati mereka semakin degil, sehinggalah mereka terjerumus dalam penderhakaan mendalam. Dalam tentangan amaran yang diberikan oleh Tuhan, mereka akan terus memijak-mijak satu demi satu dari Hukum Sepuluh, sehinggalah mereka menganiaya orang-orang yang berpegang suci kepadanya. Kristus langsung tidak dipedulikan bila mana kebencian dan penderhakaan ditubikan kepada Firman dan umat-umat-Nya. Apabila ajaran spiritualisme diterima oleh gereja-gereja, pengawalan yang dikenakan pada hati jasmani dilepaskan dan dakwaan agama akan menjadi jubah untuk melindungi kemungkaran keji yang paling asas. Kepercayaan terhadap penjelmaan-penjelmaan spiritualisme membuka pintu kepada roh-roh yang menggoda dan doktrin-doktrin iblis, dan dengan itu pengaruh malaikat-malaikat kejahatan akan dirasai dalam gereja-gereja.PA 136.2

    Pada masa nubuatan ini diberikan, Babel, telah diisytiharkan: “Dosanya bertimbun-timbun sampai ke langit, dan Allah tidak lupa akan kejahatannya.” Wahyu 18:5. la telah memenuhi batasan Tuhan dengan kesalahannya, dan kebinasaan bakal menimpanya. Tetapi Tuhan masih mempunyai umat-Nya di Babel dan sebelum permulaan penghakiman-Nya, mereka yang setia ini perlu dipanggil keluar, supaya mereka tidak mengambil bahagian dalam dosa-dosanya dan “tidak ditimpa malapetaka-malapetakanya.” Pergerakan itu yang disimbolkan oleh malaikat yang turun dari syurga, menerangi bumi dengan kemuliaannya dan meneriak dengan suara yang kuat, mengumumkan dosa-dosa Babel. Berkenaan dengan utusan malaikat itu, panggilan kedengaran: “Pergilah kamu, hai umat-Ku.” Pengumuman ini, disatukan dengan mesej malaikat ketiga, membentuk amaran terakhir yang akan diberikan kepada penduduk-penduduk dunia.PA 137.1

    Isu dunia pada masa itu amat menggerunkan. Kuasa-kuasa dunia, bergabung untuk menentang hukum-hukum Tuhan, akan memerintahkan supaya “semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba” (Wahyu 13:16), akan menuruti budaya gereja dengan memelihara sabat palsu. Semua orang yang enggan menurutinya akan dihukum dengan hukuman sivil, dan akhirnya akan diisytiharkan sebagai patut dihukum mati. Sebaliknya, hukum Tuhan berkenaan hari rehat Pencipta menghendakkan pematuhan dan bakal mengakibatkan kemurkaan kepada mereka yang melanggar perintah-perintah-Nya.PA 137.2

    Dengan penjelasan isu yang dikemukakan kepada setiap orang, sesiapa sahaja yang memijak-mijak hukum Tuhan untuk menuruti perundangan manusia lalu menerima tanda binatang; dia menerima tanda kesetiaan kepada kuasa pilihannya dan bukan Tuhan. Amaran daripada syurga ialah: “Sesiapa yang menyembah binatang itu dan patungnya, serta menerima tanda binatang itu pada dahi atau tangan, akan minum wain yang melambangkan kemurkaan Allah. Wain yang pekat itu dituang ke dalam cawan kemurkaan-Nya!” Wahyu 14:9, 10.PA 138.1

    Tetapi tidak seorang pun yang akan menderita kemurkaan Tuhan sehinggalah kebenaran telah dijelaskan dalam minda dan hati nuraninya, namun masih ditolak. Ramai orang tidak pernah berpeluang mendengar kebenaran-kebenaran istimewa untuk masa ini. Kewajipan hukum keempat tidak pernah dibentangkan kepada mereka dalam kebenaran cahayanya yang sebenar. Dia yang membaca setiap kemahuan hati dan menguji setiap motit tidak akan membiarkan sesiapa yang mengingini pengetahuan tentang kebenaran, tertipu mengenaiisu-isu kontroversi. Dekri itu tidak akan didesakkan ke atas orang ramai secara membabi buta. Setiap orang pasti diberi cahaya mencukupi untuk membuat keputusan dengan bijak.PA 138.2

    Hari Sabat akan menjadi ujian terbesar kesetiaan, kerana ia adalah titik kebenaran yang sering dipertikaikan. Apabila ujian terakhir dikenakan ke atas manusia, garis perbezaan antara mereka yang melayan Tuhan dan mereka yang tidak melayan Tuhan akan menjadi ketara. Pemeliharaan hari sabat palsu menurut perundangan negeri, berlawanan dengan hukum keempat, menjadi sumpah kesetiaan kepada kuasa yang menentang Tuhan, iaitu pemeliharaan Sabat sebenar, kepatuhan kepada hukum Tuhan, bukti kesetiaan kepada Pencipta. Satu kelas dalam penerimaan tanda penyerahan kepada kuasa-kuasa duniawi, menerima tanda binatang, satu kelas lagi yang memilih kesetiaan kepada kuasa ketuhanan menerima meterai Tuhan.PA 138.3

    Sebelum ini, mereka yang mempersembahkan kebenaran malaikat ketiga sering dianggap sebagai individu yang memberitakan kecemasan yang tak berasas. Ramalan mereka bahawa hak kebebasan beragama akan dikawal di Amerika Syarikat, bahawa gereja dan kerajaan akan bergabung menganiaya mereka yang memelihara hukum-hukum Tuhan, telah diumumkan sebagai tidak berasas dan karut. la telah diisytiharkandenganpenuhkeyakinanbahawatanahini tidak bertukar selain kekal menjadi seperti keadaannya yang sedia kala -pembela kebebasan keagamaan. Tetapi ketika isu pemeliharaan hari Ahad ditekankan dan didebatkan secara meluas, peristiwa yang sudah lama diragui ddn tidak dipercayai kini semakin hampir, dan utusan malaikat ketiga akan memberikan kesan yang belum pernah dialami sebelum ini.PA 139.1

    Tuhan telah mengutus hamba-hamba-Nya untuk menegur dosa, di dunia dan juga dalam gereja kepada setiap generasi. Tetapi ramai yang menginginkan perkhabaran perkara yang senang dan kebenaran yang tulen tanpa perselindungan, tidak boleh diterima. Ramai pemulihara, dalam memulakan pekerjaan mereka, bertekad untuk berhati-hati dalam tentangan dosa-dosa gereja dan negara. Mereka berharap, dengan menunjukkan contoh kehidupan Kristian yang suci, mereka akan dapat membawa orang ramai kembali kepada doktrin-doktrin Kitab Suci. Tetapi Roh Tuhan datang kepada mereka seperti mana ia datang kepada Elia, menggerakkan dia untuk menegur dosa-dosa raja yang jahat dan masyarakat yang menderhaka; mereka tidak dapat mengelak daripada mendakwah pengucapan Kitab Suci yang jelas-doktrin-doktrin yang mereka sebenarnya enggan persembahkan. Mereka terdesak dan bersemangat mengisytiharkan kebenaran dan bahaya yang mengancam jiwa. Firman-firman yang diberikan oleh Tuhan mereka ucapkan, tanpa menakuti akibat-akibatnya, dan orang ramai terpaksa mendengar amarannya.PA 139.2

    Justeru itu utusan malaikat ketiga akan disebarkan. Apabila tiba masanya untuk ia diberikan kuasa yang paling besar, Tuhan akan bekerja melalui saluran-saluran yang rendah diri, mendorong minda-minda mereka yang menyucikan diri mereka untuk pelayanan-Nya. Para pekerjanya akan dilayakkan oleh kuasa Roh-Nya dan bukan latihan daripada institusi-institusi kesusasteraan. Manusia yang beriman dan berdoa akan mara dengan semangat suci, menyampaikan kata-kata yang diberikan Tuhan. Dosa-dosa Babel akan didedahkan. Akibat-akibat menggerunkan kesan penguatkuasaan kemahuan gereja oleh kuasa sivil, spiritualisme yang semakin banyak, penguasaan kuasa kepausan yang senyap tetapi cepat -semuanya akan didedahkan. Dengan amaran penuh takzim orang ramai akan disedarkan. Ribuan demi ribuan orang yang tidak pernah mendengar kata-kata ini, kini mendengar. Dengan penuh kekaguman mereka mendengar kesaksian bahawa Babel adalah gereja, dibubarkan kerana kesalahan-kesalahan dan dosa-dosanya, apabila ia menolakkan kebenaran yang dihantarkan kepadanya oleh syurga. Orang ramai akan menemui guru-guru mereka yang lalu dengan pertanyaan yang tergesa, “Adakah benar perkara ini?” Penginjil-penginjil itu akan menyampaikan dongengan, nubuatan perkara-perkara yang senang, untuk menenangkan ketakutan mereka dan mendiamkan hati nurani yang tersedar. Tetapi memandangkan ramai orang enggan berpuas mendengar kuasa manusia dan menuntut kata-kata “Beginilah firman Tuhan,” penginjilan popular, seperti Farisi yang dahulunya, dipenuhi kemarahan apabila kekuasaan mereka dipersoalkan, akan menolak utusan itu sebagai berasal dari Syaitan dan mendorong orang ramai yang mengasihi dosa untuk mencaci dan menganiaya mereka yang menyampaikannya.PA 140.1

    Apabila kontroversi ini meluas ke dalam bidang-bidang baru dan minda-minda orang ramai menyedari kebenaran hukum Tuhan yang dipijak, Syaitan akan tersedar. Kuasa yang melayan utusan itu hanya akan menaikkan kemarahan mereka yang menentangnya. Paderi-paderi akan menggunakan usaha manusia yang luar biasa untuk menghapuskan kebenaran cahaya memastikan ia tidak menyinari kumpulan mereka. Dengan setiap cara yang ada pada mereka, mereka akan sedaya-upaya cuba untuk menghalang perbincangan mengenai persoalan-persoalan penting ini. Gereja menggunakan kuasa sivil yang kuat, dan, di dalam pekerjaan ini, pihak paus dan Protestan bersatu. Ketika pergerakkan bagi penguat kuasaan hari Ahad menjadi semakin berani dan nyata, kuasa perundangan akan digunakan terhadap pemelihara-pemelihara hukum. Mereka akan diancam dengan denda-denda dan dipenjarakan, dan ada yang ditawarkan dengan kedudukan-kedudukan yang berpengaruh, serta ganjaran-ganjaran dan kelebihan-kelebihan yang lain, sebagai dorongan meninggalkan kepercayaan mereka. Tetapi jawapan mereka yang tetap adalah “Tunjukkan kepada kami dari Firman Tuhan bahawa kami salah.” -pembelaan yang sama seperti yang dibuat oleh Luther di dalam situasi yang sama. Mereka yang dihadapkan ke mahkamah mempertahankan kebenaran dengan tegas, dan antara mereka yang mendengar kata-kata individu ini, ada yang terdorong membuat keputusan mematuhi semua hukum Tuhan. Maka, cahaya kebenaran akan dibawa ke ribuan orang yang tanpanya tidak akan mengetahui apa-apa mengenai kebenaran ini.PA 141.1

    Penurutan prihatin kepada firman Tuhan akan dianggap sebagai pemberontakan. Dibutakan oleh Syaitan, ibu bapa akan menggunakan kekasaran dan kekerasan terhadap anak yang mempercayai; tuan atau puan akan menindas pelayan yang memelihara hukum. Kasih sayang bakal disisihkan; anak-anak akan dilucutkan hak mewarisi harta dan dihalau dari rumah. Kata-kata Paulus akan tepat dipenuhi “Semua orang yang mahu hidup beribadat dan bersatu dengan Kristus akan dianiaya.” 2 Timotius 3:12. Memandangkan pembela-pembela kebenaran enggan memuliakan sabat hari Ahad, ada yang akan dilemparkan ke dalam penjara, ada yang dihalau, ada yang dilayan seperti hamba. Dalam pandangan manusia, semua ini kini kelihatan mustahil; tetapi perkembangan-perkembangan yang aneh akan berlaku apabila Roh Tuhan yang mengawal tindakan manusia ditarik balik, dan mereka ini akan berada di bawah kawalan Syaitan, membencikan perintah-perintah ketuhanan. Hati boleh menjadi amat kejam apabila kasih dan ketakutan Tuhan dialihkan.PA 142.1

    Apabila ribut menghampiri, golongan yang besar yang mengakui menerima utusan malaikat ketiga, tetapi tidak disucikan melalui penurutan kebenaran, akan meninggalkan kedudukan mereka dan menyertai barisan-barisan penentang. Dalam persatuan mereka dengan dunia dan penyertaan mereka yang bersemangat, mereka mula melihat perkara-perkara dengan cahaya yang hampir sama; dan apabila ujian tiba, mereka bersedia untuk memilih pihak yang senang dan popular. Mereka yang berbakat dan berkeperibadian yang disukai, yang pernah bergembira menerima kebenaran, menggunakan pengaruh kuasa mereka untuk menipu dan menyesatkan jiwa-jiwa. Mereka menjadi musuh terketat kepada bekas saudara mereka. Apabila pemelihara Sabat dibawa menghadap mahkamah untuk menjawab keimanan mereka, mereka yang murtad ini merupakan agen-agen Syaitan yang paling berkesan untuk menyalahsampai dan mendakwa mereka, dan melalui laporan palsu dan sindiran untuk mendorong para pemimpin menentang mereka.PA 142.2

    Dalam masa penganiayaan ini, keimanan hamba-hamba Tuhan akan dicubai. Mereka telah dengan setianya memberikan amaran, melihat kepada Tuhan dan firman-Nya sahaja. Roh Tuhan, yang menggerakkan hati mereka, telah memaksa mereka untuk bercakap. Dirangsangkan dengan tekad suci, dan dengan bisikan hati llahi yang kuat ke atas mereka, mereka telah menjalankan tugasan memberikan firman pemberian Tuhan tanpa mengira akibat bercakap dengan orang ramai. Mereka tidak mengira kepentingan duniawi mereka yang sementara, atau berusaha untuk mengekalkan reputasi serta nyawa mereka. Tetapi apabila ribut penentang dan mencela meletus ke atas mereka, sesetengah, yang diselubungi dengan kegugupan, akan bersedia untuk menyeru: “Sekiranya kita dapat melihat akibat kenyataan-kenyataan kita, kita sepatutnya berdiam sahaja.” Mereka dibelenggu kesukaran. Syaitan menyerang mereka dengan godaan-godaan yang garang. Usaha yang mereka mulakan kelihatan melebihi keupayaan mereka. Mereka diancam kemusnahan. Semangat yang menggerakkan mereka telah pudar; tetapi mereka tidak boleh berpatah balik. Kemudian, merasai ketidak-dayaan mereka, mereka berpaling kepada Yang Mahakuasa untuk kekuatan. Mereka mengingati bahawa kata-kata yang telah mereka ucapkan bukanlah kepunyaan mereka, tetapi kepunyaan Dia yang mengarah. Tuhan telah meletakkan kebenaran di dalam hati-hati mereka, dan mereka tidak sanggup untuk tidak mengumumkannya.PA 143.1

    Percubaan-percubaan yang sama pernah dialami oleh orang-orang Tuhan pada zaman-zaman yang lalu. Wycliffe, Huss, Luther, Tyndale, Baxter, Wesley, mendesak supaya kesemua doktrin-doktrin diuji dengan Kitab Suci dan mengisytiharkan bahawa sekiranya Kitab Suci membuktikan kesalahan mereka, mereka akan membuangkan kepercayaan yang salah itu. Penganiayaan telah menimpa individu ini dengan kemarahan tanpa henti; namun mereka tidak berhenti mengisytiharkan kebenaran. Masa berbeza dalam sejarah gereja telah mencatatkan perkembangan kebenaran istimewa berlainan, disesuaikan dengan keperluan umatTuhan pada masa itu. Setiap kebenaran baru telah menjadi punca kebencian dan penentangan; mereka yang telah dianugerahkan dengan cahaya kebenarannya telah digoda dan dicuba. Tuhan memberikan kebenaran yang khas kepada umat-Nya yang melalui kecemasan. Siapakah yang berani untuk tidak menyiarkannya? Dia mengarahkan hamba-hamba-Nya mempersembahkan pelawaan pengampunan yang terakhir kepada dunia. Mereka tidak boleh kekal bersahaja tanpa memudaratkan keselamatan jiwa sendiri. Duta-duta Kristus tidak boleh mempedulikan akibat kerja mereka. Mereka mesti melakukan kewajipan mereka dan meninggalkan kesannya di tangan Tuhan.PA 144.1

    Apabila penentangan meningkat kepada tahap yang lebih tinggi, hamba-hamba Tuhan sekali lagi merasa bingung; kerana ia kelihatan bagaikan mereka telah menyebabkan krisis itu. Tetapi hati nurani dan firman Tuhan meyakinkan mereka bahawa tindakan mereka betul; dan walaupun cubaan-cubaan berterusan, mereka diperkuatkan untuk menanganinya. Persaingan menjadi semakin dekat dan sengit, tetapi keimanan dan keberanian mereka meningkat dengan kecemasan itu. Kesaksian mereka adalah “Kami tidak berani mengacau firmanTuhan, membahagikan hukum suci-Nya; menganggap sebahagian sebagai perlu dan yang sebahagian lagi sebagai tidak diperlukan, demi memperoleh sokongan dunia. Tuhan yang kami layani mampu menyelamatkan kami. Kristus telah menakluki kuasa-kuasa dunia, dan haruskah kita menakuti dunia yang telah ditakluki?”PA 144.2

    Penganiayaan dalam semua bentuk adalah prinsip yang tetap wujud selagi Syaitan wujud dan Kekristianan berkuasa. Tiada manusia boleh melayani Tuhan tanpa menghadapi tentangan daripada tentera kegelapan. Malaikat-malaikat kejahatan akan menyerangnya, bimbang pengaruhnya akan mengambil mangsa daripada tangan mereka. Manusia jahat, yang ditegur oleh contoh pelayan Tuhan, akan bergabung dengan malaikat jahat dalam usaha mereka untuk memisahkan pelayan tersebut daripada Tuhan dengan godaan-godaan yang menawan. Apabila ini tidak berjaya, maka kuasa yang mendesak akan digunakan untuk memaksa hati nurani.PA 145.1

    Tetapi selagi Yesus masih menjadi pengantara manusia di tempat suci di syurga, pengaruh Roh Suci menahan akan dirasai oleh para pemimpin dan rakyat. la masih mengawal sesetengah undang-undang dunia. Jika bukan kerana undang-undang ini, keadaan dunia semestinya lebih teruk daripada sekarang. Walaupun ramai pemimpin-pemimpin kita merupakan agen-agen Syaitan yang aktit, Tuhan juga mempunyai agen-agen-Nya antara pemimpin-pemimpin utama negara. Musuh mempengaruhi hamba-hambanya untuk mencadangkan tindakan yang akan amat melambatkan usaha Tuhan; tetapi pemimpin-pemimpin yang menakuti Tuhan akan menentang cadangan sedemikian dengan hujah yang tidak boleh diperjawabkan, kesan pengaruh malaikat-malaikat suci. Maka, beberapa orang akan memerhati dan menghalang arus kejahatan yang kuat. Penentang musuh-musuh kebenaran akan disekat supaya utusan malaikat ketiga boleh dikerjakannya. Apabila amaran terakhir diberikan, ia akan menarik perhatian sesetengah pemimpin yang kini sedang diusahakan oleh Tuhan, lalu ada yang akan menerimanya, dan berdiri bersama-sama melalui masa kesukaran dengan umat Tuhan.PA 145.2

    Malaikat yang bergabung dalam pengumuman utusan malaikat ketiga akan menerangi seluruh dunia dengan kemuliaannya. Suatu usaha sedunia dengan kekuasaan luar biasa diramalkan di sini. Pergerakan Advent 1840-44 tanda kekuasaan kemuliaan kuasa Tuhan; Utusan malaikat pertama telah dibawa ke setiap pusat penginjilan di dunia, dan di sesetengah negara terdapat minat keagamaan yang mendalam yang belum pernah disaksikan di mana-mana tempat sejak Pemulihan pada abad keenam belas; tetapi ini semua tidak akan sehebat pergerakan maha kuasa yang bakal dibawa oleh utusan amaran malaikat ketiga.PA 146.1

    Usaha utusan ketiga akan sama dengan yang apa yang telah berlaku pada Hari Pentakosta. Seperti “hujan awal” yang telah diberikan, dalam pencurahan Roh Suci pada permulaan injil, bagi percambahan benih yang berharga; begitu juga “hujan akhir” akan diberikan pada pengakhiran masa bagi mematangkan hasil. “Marilah kita berusaha untuk mengenal Tuhan. Dia pasti akan datang kepada kita seperti fajar menyingsing, dan seperti hujan yang membasahi bumi pada musim bunga.” Hosea 6:3. “Bersukacitalah hai penduduk Sion, bergembiralah kerana apa yang telah dilakukan Tuhan, Allah kamu bagi kamu; Dia telah memberikan hujan yang cukup pada musim luruh, Dia telah menurunkan hujan pada musim sejuk dan hujan pada musim bunga seperti dahulu.” Yoel 2:23. “Allah berfirman, “Inilah yang akan berlaku pada akhir zaman, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua orang.” “Pada masa itu, sesiapa yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.” Kisah Rasul-Rasul 2:17, 21.PA 146.2

    Perusahaan besar Injil tidak akan berakhir tanpa penyataan kekuasaan Tuhan yang kurang berbanding dengan permulaannya. Nubuatan-nubuatan yang digenapi semasa berlakunya hujan awal pada permulaan Injil akan digenapi lagi pada hujan akhir pada pengakhirannya. Ini adalah “waktu kelegaan” yang dinanti-nantikan oleh rasul Petrus apabila dia berkata: “Bertaubatlah daripada dosa dan kembalilah kepada Allah, supaya Dia menghapus dosa saudara-saudara. Jika saudara-saudara bertaubat, saudara sekalian akan mengalami kesegaran rohani. Tuhan akan menyuruh Yesus datang kepada saudara-saudara, kerana Dia sudah ditetapkan oleh Tuhan untuk menjadi Penyelamat saudara-saudara.” Kisah Rasul-Rasul 3:19, 20.PA 147.1

    Hamba-hamba Tuhan, dengan wajah terang serta bersinar kerana kesucian, akan bergegas dari satu tempat ke tempat lain untuk menyebarkan utusan dari syurga. Melalui ribuan suara, di serata dunia, amaran itu akan diberikan. Mukjizat-mukjizat akan dilakukan, orang sakit akan disembuhkan, dan tanda-tanda serta keajaiban-keajaiban akan mengikuti pengikut-pengikut. Syaitan juga akan bekerja menggunakan tipu muslihat, termasuklah menurunkan api dari langit di hadapan manusia. Wahyu 13:13. Maka dengan itu penduduk-penduduk dunia akan harus membuat keputusan pilihan mereka.PA 147.2

    Utusan kini akan disampaikan bukan menggunakan pertikaian tetapi dengan keyakinan mendalam oleh Roh Tuhan. Hujahan-hujahan telah dipersembahkan dahulu. Benih kebenaran telah ditanam, dan kini ia akan tumbuh membuahkan hasil. Terbitan terdahulu yang telah diagihkan oleh mubaligh kini mengikhtiarkan pengaruhnya, tetapi ramai minda yang terdahulunya dipengaruhi telah dihalang daripada pemahaman kebenaran yang sepenuhnya atau dihalang untuk mematuhi kebenaran tersebut. Kini sinaran cahaya menembusi semua tempat, kebenaran dilihat dalam kejelasannya, dan anak-anak Tuhan yang jujur memutuskan hubungan yang telah mengongkong mereka. Hubungan kekeluargaan, ikatan gereja, kini tidak berupaya untuk menghalang mereka sekarang. Kebenaran lebih berharga daripada semua perkara. Walaupun agensi-agensi kini bergabung menentang kebenaran, tetapi ramai juga yang berdiri di pihak Tuhan.PA 147.3

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents