Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    14—Kedamaian Kekal: 1 4 Kontroversi Berakhir

    Selepas berakhirnya 1,000 tahun, Kristus kembali ke bumi disertai oleh orang-orang yang telah ditebus, diiringi para malaikat. Dia membangkitkan orang-orang fasik untuk menerima hukuman mereka, dalam proses penurunan-Nya yang penuh keagungan. Orang tasik tersebut bangkit dalam jumlah yang tidak terkira bagaikan pasir di lautan. Betapa berbezanya keadaan mereka berbanding dengan mereka yang telah dibangkitkan pada kebangkitan pertama, di mana orang yang telah ditebus dibangkitkan dengan kemudaan dan keindahan hidup yang berkekalan. Mereka yang tasik pula dibangkitkan kekal dalam keadaan yang berpenyakit dan bersama kesan kematian.PA 210.1

    Setiap mata dari perkumpulan orang fasik itu tertumpu kepada kemuliaan Anak Tuhan. Dengan satu suara orang-orang tasik berseru: “Diberkatilah Dia yang datang di dalam Tuhan.” Bukan kasih yang mendorong kata-kata ini. la sebenarnya didesakkan keluar oleh kuasa kebenaran yang memaksa. Bibir mereka tidak rela mengucapkannya. Sebagaimana orang-orang fasik memasuki kubur mereka. begitu juga mereka keluar dengan permusuhan yang sama terhadap Kristus dan roh pemberontakan yang sama. Mereka tidak akan diberikan pemanjangan dalam tempoh percubaan demi menebus dan memperbaiki kesilapan kehidupan masa lampau mereka kerana ia tidak akan membawa sebarang perubahan. Kehidupan lalu yang telah dipenuhi dosa tidak dapat melembutkan hati mereka. Percubaan yang kedua, sekiranya diberikan, akan sama seperti yang pertama, penuh dengan pengendahan ketetapan llahi dan sifat pemberontakan memerangsangkan terhadap Dia.PA 210.2

    Kristus bertapak di Bukit Zaitun, tempat yang sama Dia naik ke Syurga dan tempat yang sama malaikat mengulang janji kedatangan-Nya untuk kali kedua. Nabi berkata: “Tuhan, Allahku akan datang bersama dengan semua malaikat-Nya.” “Pada masa itu, Dia akan berdiri di Bukit Zaitun di sebelah timur Yerusalem. Kemudian Bukit Zaitun akan terbelah dua membentuk lembah yang luas, bermula dari timursampai ke barat.” “Kemudian Tuhan akan menjadi Raja seluruh bumi. Setiap orang akan menyembah Dia sebagai Allah dan mengenal Dia dengan nama yang sama.” Zakharia 14:5, 4, 9. Apabila Kota Yerusalem Baru turun dengan kegemilangan yang mempersona dari Syurga, ia akan mendarat di tempat yang telah disediakan, dan Kristus bersama-sama umat-Nya dan para malaikat memasuki kota suci.PA 211.1

    Sekarang Syaitan bersiap-sedia menghadapi perbalahan terakhir bagi mempertahankan keunggulannya. Apabila kuasanya dirampas dan pekerjaan penipuannya dihentikan, penguasa kejahatan terseksa dan sedih, tapi apabila orang-orang fasik dibangkitkan dan dia melihat betapa ramainya orang yang menyebelahinya, harapannya kembali membara. Dia bertekad untuk tidak mengalah dalam kontroversi besar ini. Dia akan mengetuai orang-orang yang sesat di bawah panjinya dan melalui mereka, berusaha untuk melaksanakan rancangannya. Orang-orang fasik adalah orang tawanan Syaitan. Dengan menolak Kristus mereka telah menerima pemerintahan ketua pemberontak. Mereka bersedia untuk mematuhi perintahnya. Mereka bersedia untuk menerima cadangannya dan melakukan kehendaknya. Namun seperti penipuannya yang awal, dia tetap tidak mengaku dirinya sebagai Syaitan. Dia menuntut haknya sebagai putera yang memegang hak sebenar ke atas dunia di mana warisan peninggalan telah dirampas daripadanya secara tak sah. Dia mempersembahkan dirinya sebagai juruselamat kepada pengikutnya yang tertipu. Dia meyakinkan mereka bahawa kuasanya telah membangkitkan mereka semua dari kubur dan dia akan menyelamatkan mereka daripada kekejaman yang amat dahsyat. Dengan ketiadaan Kristus, Syaitan melakukan keajaiban untuk mengukuhkan kata-katanya. Dia menguatkan mereka yang lemah dan membangkitkan semangat mereka menggunakan roh dan tenaganya sendiri. Dia mencadangkan untuk mengetuai mereka menentang perkumpulan orang-orang baik dan merampas kota Tuhan. Dengan kegirangan yang penuh kejahilan, dia menunjuk ke arah jutaan orang yang dibangkitkan dari kematian dan mengisytiharkan diri sebagai ketua mereka yang mampu menumpaskan kota tersebut dan mendapatkan kembali takhta dan kerajaannya.PA 211.2

    Antara perkumpulan orang ramai itu juga terdapat bangsa yang telah hidup sebelum Air Bah; mereka, dalam ketinggian fizikal serta intelek, telah menyerahkan diri pada kawalan malaikat berdosa serta telah menumpukan kemahiran dan kepintaran untuk keagungan diri sendiri; mereka, melalui keagungan hasil tangan mereka telah menyebabkan dunia memuja kepintaran mereka tetapi kekejaman and ciptaan zalim melalui pekerjaan luar biasa mereka telah menyebabkan dunia memuja kebijaksanaan mereka lalu menyebabkan Tuhan menghapuskan mereka dari muka bumi-Nya. Bersama-sama mereka juga terdapat raja-raja dan jeneral-jeneral yang pernah menakluki kerajaan, mereka yang tidak pernah kalah di dalam peperangan. Setelah mati mereka tidak mengalami perubahan. Ketika mereka keluar dari kubur, mereka memiliki keinginan yang sama untuk menakluki mereka yang memerintah mereka ketika mereka mati.PA 212.1

    Syaitan berbincang dengan malaikat-malaikatnya, dan seterusnya dengan raja, penakluk serta orang-orang kuat. Mereka mengatakan bahawa tentera di dalam kota adalah sedikit berbanding dengan tentera mereka dan mereka yakin akan kemenangan mereka. Mereka membentangkan cadangan mereka untuk mengambil harta kekayaan dan kemuliaan Kota Yerusalem Baru. Semua dengan segeranya memulakan persediaan untuk berperang. Artisan berkebolehan membina perkakas peperangan. Ketua-ketua tentera, terkenal dengan kejayaan mereka, menyediakan dan membahagikan perkumpulan orang-orang perang itu kepada kompeni dan divisyen.PA 213.1

    Akhirnya arahan untuk mara diberikan, dan orang ramai bergerak, tentera seperti yang tidak pernah dikerah oleh penakluk duniawi, di mana pergabungan tentera dari semua zaman semenjak permulaan peperangan dunia, sesuatu yang tidak boleh ditandingi. Syaitan, berserta perwira terhebat, mengetuai di hadapan, dan diikuti oleh malaikat-malaikatnya bergabung dengan tentera-tentera untuk pergelutan terakhir ini. Raja-raja dan pahlawan-pahlawan berada dalam barisan masing-masing, dan orang ramai mengikut dalam kumpulan-kumpulan besar, setiapnya menurut arahan ketua yang dilantik. Dengan perarakan tentera, posisi-posisi barisan mara di atas permukaan bumi yang telah berpecah dengan permukaan tidak rata ke arah Kota Tuhan. Atas arahan Yesus, pintu gerbang Kota Yerusalem Baru ditutup, dan tentera Syaitan mengelilingi kota itu bersedia di hadapannya.PA 213.2

    Kini Kristus muncul lagi dan kelihatan oleh musuh-musuh-Nya. Jauh di atas kota, atas dasar yang diperbuat dari emas tulen, terdapat sebuah takhta. tinggi dan disanjung tinggi. Di atas takhta ini duduklah Anak Tuhan, dikelilingi rakyat kerajaan-Nya. Kuasa dan keagungan Kristus, tiada bahasa boleh terangkan dan tiada pena boleh bayangkan. Kemuliaan Bapa Kekal menyelubungi Anak-Nya. Sinaran terang kehadiran-Nya memenuhi dan menyinar keluar dari Kota Tuhan, dan menerangi seluruh bumi.PA 214.1

    Berhampiran dengan takhta adalah mereka yang dahulunya paling taat mengikuti rancangan Syaitan, tetapi, seperti besi penyelar dikeluarkan dari api, telah mengikut Juruselamat mereka dengan penuh pengabdian. Di sebelah mereka adalah orang-orang Kristian yang berkeperibadian sempurna di tengah-tengah kepalsuan dan ketidaksetiaan, yang telah memuliakan hukum Tuhan apabila dunia menafikan keluhurannya, dan jutaan orang dari pelbagai zaman, yang telah mati demi keimanan mereka diikuti “lautan manusia yang luar biasa banyaknya. Tidak seorang pun dapat mengira mereka! Mereka daripada setiap bangsa, suku, negara, dan bahasa. Dengan berpakaian jubah putih dan dengan memegang daun palma di tangan, mereka berbaris-baris berdiri di hadapan takhta dan Anak Domba itu.” Wahyu 7:9. Peperangan mereka telah berakhir, mereka telah menang. Mereka telah lari dalam perlumbaan dan mencapai kemenangan. Ranting palma adalah simbol kemenangan, jubah putih adalah lambang keadilan Kristus yang kini milik mereka.PA 214.2

    Orang-orang yang terselamat menyanyikan suatu lagu pujian yang bergema dan bergema sekali lagi melalui seluruh kubah Syurga: “Kita telah diselamatkan oleh Allah kita, yang duduk di atas takhta dan Anak Domba itu!” Wahyu 7:10. Dan malaikat dan ketua malaikat menggabungkan suara mereka dalam pemujian. Kerana kini orang-orang yang terselamat telahpun melihat kuasa dan kejahatan Syaitan, mereka telah lihat, dan menyedari, bahawa tiada kuasa selain dari Kristus yang boleh menjadikan mereka pahlawan-pahlawan menentang Syaitan. Antara seluruh perkumpulan orang ramai yang bersinar itu, tiada satu pun yang memuji diri mereka sendiri, bagaikan mereka terselamat atas kuasa dan kebaikan mereka sendiri. Tiada yang mengatakan apa yang telah mereka lakukan dan deritai: tetapi beban untuk setiap lagu, not nada bagi setiap lagu adalah: Keselamatan dari Tuhan kami dan ke atas Anak Domba.PA 214.3

    Di hadapan perkumpulan seluruh penduduk bumi dan Syurga, Anak Tuhan dimahkotakan. Dan kini, dengan ketinggian kemuliaan dan kuasa, Raja atas segala raja menjatuhkan hukuman kepada pemberontak-pemberontak yang telah melanggar hukum-Nya dan menindas umat-Nya. Dinyatakan oleh nabi Tuhan: “Kemudian aku nampak sebuah takhta besar berwarna putih dan Dia yang duduk di atasnya. Langit dan bumi lari dari hadirat-Nya, sehingga tidak kelihatan lagi. Aku nampak orang yang sudah mati, baik orang besar mahupun orang biasa, semuanya berdiri di hadapan takhta itu. Lalu kitab-kitab pun dibuka dan sebuah kitab lain juga dibuka iaitu Kitab Orang Hidup. Orang yang sudah mati dihakimi menurut perbuatan mereka seperti yang tertulis di dalam kitab-kitab itu.” Wahyu 20:11,12.PA 215.1

    Sejurus selepas buku-buku rekod dibuka, dan ketika mata Yesus memandang orang-orang fasik, mereka menyedari setiap dosa yang pernah mereka lakukan.PA 215.2

    Mereka melihat tempat di mana mereka telah menyimpang daripada jalan kesucian, sejauh mana maruah dan pemberontakan telah membawa mereka ke pelanggaran hukum Tuhan. Pencubaan menggoda yang mereka terima kesan dari penurutan dosa, rahmat yang telah disalah gunakan pengutus Tuhan yang ditolak, amaran-amaran ditolak, arus belas kasihan yang ditolak oleh orang-orang yang degil dengan hati yang tidak bertaubat -semua muncul bagaikan tertulis di dalam surat api.PA 215.3

    Di atas takhta-Nya kelihatan kayu salib dan dalam pemandangan panoramik, munculnya peristiwa pencubaan dan kejatuhan Adam, dan langkah-langkah dalam rencana penebusan. Kelahiran Juruselamat yang merendahkan; kehidupan-Nya yang penuh kesederhanaan dan ketaatan; pembaptisan-Nya di Yordan; tempoh berpuasa dan pencubaan di padang gurun; penginjilan-Nya mengungkapkan kepada manusia berkat syurga; hari-hari yang dipenuhi dengan tindakan belas kasihan, malam-malam berdoa dan penyendirian di kawasan pergunungan; komplot kedengkian, kebencian dan kezaliman yang membalas kebaikkan-Nya; kesusahan, kesengsaraan misteri di Getsemani di bawah beban dosa-dosa seluruh dunia; pengkhianatan-Nya di tangan segerombolan pembunuh; peristiwa-peristiwa menakutkan pada malam gerun itu -banduan yang tidak melawan, ditinggalkan oleh murid-murid-Nya yang dicintai, kekasaran yang menolak-Nya jalan di Yerusalem; anak Tuhan dihadapkan sebelum Annas yang girang, dipersalahkan di istana imam besar, di dewan pengadilan Pilatus, di hadapan Herodes yang pengecut dan tidak berperikemanusiaan, dicaci, dihina, diseksa, dan dihukum mati -semuanya ditayangkan dengan jelas.PA 216.1

    Dan kini di hadapan khalayak ramai ditunjukkan peristiwa-peristiwa akhir: Penderita sabar melalui jalan ke Kalvari; Putera Syurga tergantung di kayu salib; para imam dan kumpulan yang mencaci kesakitan yang dialami-Nya; kegelapan luar biasa, bumi yang bergolak, batuan yang pecah, kubur yang terbuka, menandai saat di mana Penebus dunia menyerahkan nyawa-Nya.PA 216.2

    Keadaan yang dahsyat itu diperlihatkan seperti yang benar-benar berlaku. Syaitan, malaikat-malaikat dan rakyatnya tidak berkuasa berpaling daripada melihat hasil kerja mereka sendiri. Setiap pelakon mengingati peranan mereka. Herodes, yang membunuh anak-anak yang tidak bersalah di Betlehem dengan harapan membunuh Raja Israel; Herodias terkeji, yang menyebabkan kematian Yohanes Pembaptis; Pilatus lemah yang hanya menunggu waktunya; tentera-tentera yang mengejek; paderi, pemerintah dan kegilaan orang ramai yang berkata; “Biarlah darah-Nya ditanggungkan atas kami dan atas anak-anak kami! -Mereka semua dengan sia-sia cuba menyembunyikan diri daripada wajah-Nya, sementara orang-orang yang ditebus meletakkan mahkota mereka di kaki Juruselamat, dan berkata, “Dia telah mati bagiku!”PA 217.1

    Antara orang ramai yang diselamatkan adalah rasul Kristus, wira Paulus, Petrus penuh semangat, Yohanes yang disayangi dan menyayangi, dan keikhlasan hati saudara mereka, dan bersama mereka kumpulan orang yang terkorban demi Tuhan; sementara di luar, dengan setiap kejahatan dan perkara jahil, berdirilah mereka yang telah menyebabkan penyeksaan, memenjarakan, dan membunuh. Adanya Nero, yang kejam dan jahat, melihat kegembiraan dan peninggian mereka yang diseksanya dahulu, dan dalam keazaban orang lain, dia menjumpai kegembiraan yang bersifat syaitan. Ibunya berada di situ untuk melihat akibat kerjanya sendiri; untuk melihat bagaimana kejahatan keperibadiannya diwariskan kepada anak lelakinya, keghairahan yang digalakkan dan dibina oleh pengaruh dan contohnya, serta telah menghasilkan jenayah yang menyebabkan seluruh dunia menggeletar.PA 217.2

    Terdapat paus-paus dan wali gereja yang mendakwa diri sebagai wakil-wakil Kristus, tetapi menggunakan perkakas penyeksaan, bilik tahanan bawah tanah dan tiang pembunuhan untuk mengawal suara hati pengikut Tuhan. Mereka adalah paus-paus yang mengagungkan diri mereka lebih daripada Tuhan dan cuba untuk mengubah hukum-hukum Yang Maha Tinggi. Bapa-bapa palsu gereja ini, harus memberikan penjelasan kepada Tuhan atas perbuatan yang mereka harap akan dimaafkan. Mereka terlalu lambat memahami bahawa Yang Maha Mengetahui tekad melindungi hukum-hukum-Nya dan Tuhan tidak akan membebaskan mereka yang bersalah. Kini mereka tahu bahawa Kristus memihak kepada penderitaan umat-Nya; dan mereka merasai kebenaran kata-kata-Nya: “Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku!” Matius 25:40.PA 217.3

    Kesuluruhan dunia fasik dihadapkan di depan Tuhan dengan tuduhan menderhakai kerajaan Syurga. Tiada sesiapa membela mereka; tanpa apa-apa alasan, hukuman kematian kekal dijatuhkan.PA 218.1

    Kini nyata kepada semua bahawa upah dosa bukanlah kemerdekaan yang mulia dan hidup yang kekal tetapi penghambaan, pembinasaan dan kematian. Mereka yang fasik sedar bahawa mereka telah mengorbankan kehidupan kekal demi kehidupan penuh pemberontakan. Keunggulan dan kepentingan kemulian kekal yang pada satu masa dulu dipandang rendah kini nyata lebih diingini. “Semua ini!” seru jiwa yang berdosa, “telah berada dalam genggamanku; tapi aku telah memilih untuk menyisihkan semua ini dari hidupku. Oh, kecenderungan yang aneh! Aku telah menukarkan ketenangan, kegembiraan dan penghormatan dengan kejahilan, kekejaman yang amat dan kesengsaraan.” Mereka semua menyedari bahawa penyingkiran mereka dari syurga adalah wajar. Gaya kehidupan mereka telah menyatakan: “Kami tidak mahu Orang ini (Yesus) untuk memerintah kami.”PA 218.2

    Orang-orang fasik seakan-akan terpukau bila melihat Anak Tuhan dimahkotakan. Mereka melihat pada tangan-Nya hukum Tuhan suci yang telah mereka benci dan engkar. Mereka menyaksikan seruan keunggulan, keseronokkan dan pujaan dari mereka yang terselamat; seiring dengan ombak kemerduan yang berseru dari dalam ke luar kerajaan Syurga; semua dengan satu suara menyeru, “Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa, perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan! Raja semua bangsa, alangkah adil dan benar tindakan-Mu!” (Wahyu 15:3); Sembah meniarap, mereka menyembah Putera kehidupan.PA 219.1

    Syaitan bagaikan lumpuh melihat kemasyhuran dan keanggunan Kristus. Dia yang dahulunya penghulu malaikat terkenangkan masa kejatuhannya. Malaikat yang bersinar, “Bintang fajar yang cemerlang;” betapa ketara perubahannya, betapa memalukan. Daripada majlis di mana dia dahulunya dihormati, dia kini tersingkir buat selama-lamanya. Syaitan melihat makhluk lain yang kini berdiri sebaris bersama Tuhan, menutupi, kemashyuran-Nya. Dia telah menyaksikan mahkota diletakkan di atas kepala Kristus oleh malaikat yang tinggi dan anggun dan dia tahu bahawa kedudukan tersebut sepatutnya untuk dia.PA 219.2

    Dia mengingat kembali kepada masa permulaan di mana dia tidak berdosa, ketika dia masih suci, dia mengingati ketenangan dan kepuasan yang dimilikinya sehinggalah hari dia menurut kehendak hatinya untuk memberontak terhadap Tuhan dan rasa iri hatinya terhadap Kristus. Tuduhan, pemberontakan dan penipuannya untuk menagih belas kasihan dan sokongan para malaikat, kedegilannya yang tidak mahu bertaubat walaupun Tuhan akan mengampuninya -semuanya jelas dalam ingatan. Dia mengimbas kembali pekerjaannya antara manusia dan hasil usahanya -kebencian sesama manusia, kebangkitan dan kejatuhan kerajaan-kerajaan, penggulingan takhta, huru-hara yang berpanjangan, konflik-konflik dan revolusi-revolusi. Dia mengimbas kembali usahanya untuk menentang kerja-kerja Kristus dan menjahanamkan manusia. Dia melihat rancangan-rancangan jahilnya tidak berkuasa ke atas mereka yang percaya pada Yesus. Apabila Syaitan melihat pada kerajaan hasil usahanya, dia hanya dapat melihat kegagalan dan kebinasaan. Dia telah mengetuai orang ramai untuk mempercayai bahawa kerajaan Syurga mudah ditawan; namun dia tahu bahawa itu tidak benar. Semasa perkembangan kontroversi hebat, dia telah banyak kali ditewaskan dan dipaksa tunduk dalam kekalahan. Dia mengetahui kuasa dan keagungan Tuhan.PA 219.3

    Matlamat utama pemberontakan besar tersebut adalah untuk membela dirinya dan membuktikan bahawa kerajaan sucilah yang bertanggungjawab ke atas pemberontakan tersebut. Demi mencapai matlamat inilah dia telah menggunakan kesemua daya inteleknya. Dia telah bekerja dengan bersengaja dan bersistematik lalu mendapat kejayaan yang menakjubkan, membawa ramai orang untuk menerima versi pemberontakan besar yang telah lama dikembangankan. Selama beribu-ribu tahun, ketua pakatan sulit ini telah berjaya memperdayakan kepalsuan sebagai kebenaran. Tetapi akhirnya telah tiba masa untuk pemberontakan ini ditamatkan, dan sejarah serta perlakuan Syaitan didedahkan. Dalam usaha terakhirnya untuk menggulingkan Kristus, menjahanamkan orang-orang suci dan menawan Kota Tuhan, niat ketua penipu ini akhirnya dibongkarkan. Mereka yang berserta dengan Syaitan dapat melihat kegagalan matlamatnya. Pengikut-pengikut Tuhan dan malaikat-malaikat yang setia melihat kenyataan rancangan sebenar Syaitan terhadap kerajaan Tuhan. Dia adalah objek kebencian seluruh dunia.PA 220.1

    Syaitan melihat bahawa pemberontakan pilihnya sendiri telah menjadikannya tidak sesuai untuk syurga. Dia telah melatihkan kesemua kuasanya untuk berperang dengan Tuhan; kesucian, ketenangan dan keharmonian Syurga hanyalah keseksaan baginya. Tuduhannya terhadap kasih kurnia dan keadilan Tuhan kini disenyapkan. Tuduhan yang cuba dilemparkan pada Yehovah kini jatuh pada dirinya sendiri. Sekarang Syaitan menunduk dan mengaku bahawa hukumannya adil.PA 221.1

    “Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, ya Tuhan? Siapakah yang tidak mahu mengisytiharkan keagungan-Mu? Hanya Engkau yang suci. Semua bangsa akan datang menyembah Engkau, kerana tindakan-Mu yang adil dilihat oleh semua orang.” Wahyu 15:4. Setiap persoalan tentang kebenaran dan kepalsuan dalam pemberontakan berpanjangan ini kini menjadi nyata. Kesan-kesan pemberontakan, akibat daripada mengengkari hukum-hukum llahi telah didedahkan kepada semua makhluk berakal. Keberkesanan hukum-hukum Syaitan berbanding dengan kerajaan Tuhan telah dipersembahkan kepada seluruh alam semesta. Pekerjaan Syaitan telah membinasakannya sendiri. Kebijaksanaan, keadilan dan kebaikan Tuhan kini terbukti. Dapat dilihat bahawa Tuhan telah mengendalikan pemberontakan hebat ini dengan mengambil kira kepentingan berkekalan pengikut-pengikut-Nya dan juga dunia-dunia lain yang telah diciptai-Nya. “Semua makhluk ciptaan-Mu akan memuji Engkau, ya Tuhan, dan segenap umat-Mu akan bersyukur kepada-Mu.” Mazmur 145:10. Sejarah dosa akan kekal selama-lamanya sebagai saksi bahawa kegembiraan semua yang dicipta bergantung kepada kewujudan hukum Tuhan. Dengan adanya semua fakta-fakta pemberontakan hebat ini, seluruh alam semesta, termasuk yang setia dan yang telah memberontak, sebulat suara akan menyeru: “Adil dan benar segala jalan-Mu, ya Raja segala bangsa.”PA 221.2

    Seluruh alam semesta, kini mengetahui dengan nyata pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tuhan Bapa dan Anak-Nya demi manusia. Masa telah datang dimana Kristus akan mengambil tempat miliknya dan dimuliakan atas segala negeri, kuasa dan nama yang pernah dinamakan. la adalah demi kegembiraan yang diketahui-Nya -iaitu memuliakan kembali umat manusia -bahawa Dia telah menerima hukuman salib dan menanggung kemaluan itu. Walau betapa menyedih dan memalukan itu, lebih lagi ia menggembirakan dan memuliakan. Dia melihat umat yang diselamatkan kini diperbaharui dalam imejnya, setiap jiwa menampakkan keserupaan jiwa, setiap muka mencemninkan wajah seperti Raja mereka. Dia melihat mereka sebagai hasil kerja keras pengorbanan-Nya dan Dia berpuas hati. Kemudian dalam suara yang kedengaran oleh umat yang baik dan jahat, Dia menyatakan, “Lihatlah, umat hasil pembelian darah-Ku! Demi merekalah Aku bersusah, demi merekalah Aku mati agar mereka boleh bersama-Ku untuk selamanya.” Dan lagu pujian diberikan olah umat berbaju putih di sekeliling takhta: “Anak Domba yang sudah dibunuh itu layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, penghormatan, kemuliaan, dan pujian.” Wahyu 5:12.PA 222.1

    Walaupun pada hakikatnya, Syaitan telah dipaksa mengakui keadilan Tuhan dan menunduk kepada kedaulatan Kristus, tingkah lakunya tetap sama. Semangat pemberontakan, seperti aliran air deras, kembali semula. Penuh dengan keghairahan dia bertekad untuk tidak tunduk dalam pemberontakan hebat ini. Masanya telah tiba untuk pergelutan yang terakhirnya dengan Raja Syurga. Dia berkejar ke arah pengikut-pengikutnyadancubauntukmenyemarakkan semangat mereka dan membangunkan mereka untuk peperangan segera. Namun, antara berjuta-juta orang yang telah ditarikkannya untuk menyertai pemberontakan ini, tiada sesiapa mengakui kepimpinannya. Kuasanya telah pun tamat. Mereka yang jahil kini dipenuh kebencian yang sama seperti Syaitan terhadap Tuhan; tetapi mereka melihat bahawa mereka tiada harapan lagi, yang mereka tidak boleh mengalahkan Yehovah. Kini kemarahan mereka membara terhadap Syaitan dan setiap individu yang telah menjadi ejen penipuan dan dengan kemarahan iblis mereka berpaling tadah kepada individu ini.PA 222.2

    Tuhan berkata: “Kerana engkau menyangka engkau sebijak dewa, Aku akan mengirim musuh yang kejam untuk menyerang engkau. Mereka akan memusnahkan semua harta yang engkau peroleh dengan kepandaian dan kebijaksanaanmu itu. Mereka akan membunuh engkau dan menguburkan engkau di laut.” Aku mengusir engkau dari gunung-Ku yang suci dan kerub yang menjaga engkau dari tengah-tengah batu permata yang berkilauan itu. . . . Aku membanting engkau ke tanah, dan menjadikan engkau sebagai amaran untuk raja-raja lain. . . . Aku membakar kotamu sampai musnah. Semua orang yang memandang engkau sekarang hanya nampak abu... . Engkau lenyap selama-lamanya! Semua bangsa yang mengenal engkau gerun kalau-kalau mereka juga akan mengalami kesudahanmu.” Yehezkiel 28:6-8, 16-19.PA 223.1

    Kasut yang dipakai oleh tentera yang menyerang dan segala pakaian mereka yang berlumuran darah akan dibakar habis oleh api.” “Tuhan murka terhadap semua bangsa dan angkatan tentera mereka. Dia akan menghukum dan membinasakan mereka.” “Orang jahat dihukum-Nya dengan malapetaka, dengan arang berapi, belerang, dan angin yang menghanguskan.” Yesaya 9:4; 34:2; Mazmur 11:6. Apa turun dari Tuhan keluar dari Syurga. Bumi dipecah belahkan. Senjata pada dalamnya kini dikeluarkan. Semarak api membakar dari setiap jurang. Batu-bata sendiri membakar. Sudah tiba masanya bila ia membakar seperti ketuhar. Unsur membakar dengan panasnya, bumi juga, dan segala binaannya terbakar. Permukaan bumi bagaikan kepingan cair teluk membara. Sudah tiba masa penghakiman dan pemusnahan manusia yang jahil — “Itulah saatnya Tuhan menyelamatkan Sion dan membalas dendam terhadap musuh-musuh Sion.” Yesaya 34:8.PA 223.2

    Orang-orang fasik menerima balasan mereka di dunia. Amsal 11:31. Mereka akan “dibakar seperti jerami. Pada hari itu mereka akan dibakar habis, sehingga tiada lagi yang tertinggal.” Maleakhi 4:1. Sesetengah akan dimusnahkan dalam seketika, manakala yang lain menderita berhari-hari. Semua akan dihukum “berdasarkan kepada perbuatan mereka”. Dosa-dosa orang benar yang telah dipindahkan kepada Syaitan, dia akan menderita bukan sahaja bagi pemberontakannya sendiri, tetapi juga bagi semua dosa yang dilakukan oleh umat Tuhan atas pengaruhnya. Hukuman dia akan lebih berat daripada mereka yang telah ditipunya. Setelah semua yang telah ditipukannya, dia masih akan terus hidup dan menderita. Dalam api pembersihan itu, orang-orang fasik akhirnya akan dibinasakan, akar dan ranting — Syaitan adalah akarnya, pengikut-pengikutnya adalah ranting-rantingnya. Hukuman penuh hukum telah melanda; tuntutan keadilan telah berlaku; dan syurga dan dunia, yang melihat, mengisytiharkan kebaikan Yehovah.PA 224.1

    Kerja pemusnahan Syaitan berakhir untuk selama-lamanya. Selama enam ribu tahun dia telah mengerjakan kehendaknya, memenuhi dunia dengan kesengsaraan dan menyebabkan kesedihan di seluruh alam semesta. Semua mahkluk ciptaan telah mengerang dan merana bersama-sama dalam kesakitan. Kini makhluk-makhluk Tuhan bebas selama-lamanya daripada kehadiran dia dan godaan-godaannya. “Akhirnya seluruh dunia menikmati keamanan dan ketenteraman, dan semua orang bernyanyi dengan sukacita.” Yesaya 14:7. Dan teriakan kepujian dan kemenangan kedengaran dari seluruh alam semesta yang setia. “Suara orang ramai yang banyak”, “seperti arus air yang banyak, dan seperti deruan guruh yang hebat” kedengaran, mengatakan: “Pujilah Allah, kerana Tuhan, Allah kita Yang Maha Kuasa itu Raja!” Wahyu 19:6.PA 224.2

    Ketika dunia dipenuhi dengan api pemusnah, orang-orang benar selamat dalam Kota Suci. Bagi mereka yang terlibat dalam kebangkitan pertama, kematian yang kedua tiada kuasa. Sementara Tuhan adalah api yang membakar kepada orang-orang fasik, Dia adalah bagi umat-umat-Nya sumber cahaya dan juga perisai. Wahyu 20:6: Mazmur 84:11.PA 225.1

    “Aku melihat langit yang baru dan bumi yang baru, sebab langit yang pertama dan bumi yang pertama telah berlalu.” Wahyu 21:1. Api yang membakar orang-orang fasik menyucikan bumi. Setiap kesan sumpahan dihapuskan. Tiada api yang menyala-nyala selamanya yang akan kekal sebagai peringatan dosa menggerunkan di hadapan orang-orang yang ditebus.PA 225.2

    Hanya satu peringatan yang tinggal: Penebus kita akan selamanya mempunyai parut-parut penyaliban-Nya. Pada kepala-Nya yang luka, pada bahagian tepi-Nya, pada tangan dan kaki-Nya, tertinggal satu-satunya kesan perbuatan kejam yang diakibatkan oleh dosa. Kata rasul, bila melihat Kristus dalam kemuliaan-Nya: “Engkau datang dan bersinar seperti kilat; cahaya memancar dari tangan-Mu, di situlah kuasa-Mu disembunyikan.” Habakuk 3:4. Bahagian tepi-Nya yang dicucuk dari mana darah mengalir mendamaikan manusia kepada Tuhan -di sanalah kemuliaan Juruselamat, di sanalah “tempat penyembunyian kuasa-Nya”. “Kuat untuk menyelamat”, melalui pengorbanan penebusan, maka Dia kuat mengadili mereka yang membenci belas kasihan Tuhan. Dan tanda-tanda penghinaan-Nya adalah penghormatan-Nya yang tertinggi; menerusi zaman-zaman kekal luka-Nya di Kalvari akan merangsangkan kesyukuran kepada-Nya dan mengisytiharkan kuasa-Nya.PA 225.3

    “Engkau hai Yerusalem, tempat Allah menjaga umat-Nya seperti gembala, akan kembali menjadi ibu kota kerajaanmu seperti dahulu.” Mikha 4:8. Masanya telah tiba di mana umat-umat suci, yang sebelum ini semenjak pedang yang bernyala menghalang jalan pasangan pertama memasuki Eden, untuk “penebusan milikan yang dibeli” Efesus 1:14. Dunia yang asalnya diberikan kepada manusia sebagai negaranya, dikhianatinya sendiri kepada Syaitan, dan begitu lamanya dipegang oleh musuh yang kuat ini, telah dikembalikan menerusi pelan penebusan. Semua yang telah hilang oleh kerana dosa telah dipulihkan. “Dia membentuk dan menjadikan bumi, Dia menjadikan bumi teguh, dia menjadikan bumi tempat kediaman manusia, bukan suatu tempat yang lengang.” Yesaya 45:18. Tujuan asal Tuhan mencipta dunia adalah termakbul kerana ia telah dijadikan kediaman kekal mereka yang ditebus. “Orang yang salih akan memiliki negeri ini, dan tinggal di sini selama-lamanya.” Mazmur 37:29.PA 226.1

    Ketakutan untuk menjadikan warisan yang bakal diterima ini kelihatan terlalu nyata telah menyebabkan ramai memandang rendah kebenaran bahawa inilah rumah sebenar kita. Kristus memberi jaminan kepada murid-murid-Nya bahawa Dia pergi menyediakan rumah bagi mereka di tempat Bapa-Nya. Mereka yang menerima ajaran firman Tuhan tidak akan jahil sepenuhnya mengenai rumah mereka di syurga. Dan namun, “Apa yang belum pernah dilihat atau didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh Allah untuk orang yang mengasihi Dia.” 1 Korintus 2:9. Bahasa manusia tidak memadai untuk menggambarkan hadiah-hadiah orang-orang yang benar. la hanya akan diketahui oleh mereka yang melihatnya. Tiada minda yang terhad boleh memahami kemuliaan Syurga Tuhan!PA 226.2

    Di dalam Kitab Suci warisan orang yang diselamatkan dinamakan “tanahair.” Ibrani 11:14-16. Di sana Gembala syurga membimbing kawanan-Nya ke punca mata air-mata air kehidupan. Pohon kehidupan menghasilkan buahnya setiap bulan, dan daun-daun pohonnya adalah untuk perkhidmatan negara-negara. Adanya air yang sentiasa mengalir, jernih seperti kristal, dan disampingnya pohon-pohon yang melindungi jalan tersedia bagi umat Tuhan yang telah ditebus. Di sana, kawasan landai terbentang sehingga ke bukit yang indah, dan gunung-gunung Tuhan memaparkan puncaknya yang tinggi. Di kawasan landai yang tenang tersebut, di sebelah air hidup yang mengalir, umat-umat Tuhan, yang sudah lama mengembara dan berkelana, akan menjumpai rumah mereka.PA 227.1

    “Umat Allah tidak perlu khuatir lagi, dan rumah mereka akan menjadi aman dan selamat.” “Keganasan tidak akan terdengar lagi; negerimu tidak akan mengalami kemusnahan lagi. Seperti tembok, Aku akan melindungi dan membela engkau; engkau akan memuji Aku kerana Aku Penyelamatmu.” “Mereka akan mendirikan rumah-rumah dan mendiaminya juga; mereka akan menanami kebun-kebun anggur dan memakan buahnya. Mereka tidak akan mendirikan sesuatu, supaya orang lain mendiaminya dan mereka tidak akan menanam sesuatu, supaya orang lain memakan buahnya . . . orang-orang pilihan-Ku akan menikmati pekerjaan mereka.” Yesaya 32:18; 60:18; 65:21, 22.PA 227.2

    Di sana, “Padang gurun dan padang kering akan bergirang, padang belantara akan bersorak-sorak dan berbunga.” “Pokok sipres akan menggantikan semak duri, pokok kemunting menggantikan semak belukar.” “Serigala akan tinggal bersama domba dan harimau bintang akan berbaring bersama kambing ... seorang anak kecil akan mengiringinya.” “Tidak ada yang akan berbuat jahat atau yang berlaku busuk di seluruh gunung-Ku yang kudus.”, firman Tuhan. Yesaya 35:1; 55:13; 11:6,9.PA 227.3

    Kesakitan tidak boleh wujud di atmosfera Syurga. Tidak akan ada lagi air mata, tiada barisan pengkebumian, dan lambang perkabungan. “Tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita . . . sebab segala sesuatu yang lama telah berlalu.” “Tidak seorangpun yang tinggal di situ akan berkata: Aku sakit. Dan semua penduduknya akan diampuni kesalahannya.” Wahyu 21:4; Yesaya 33:24.PA 228.1

    Adanya Yerusalem Baru, metropolis bumi baru yang mulia, “Engkau akan menjadi seperti mahkota indah untuk Tuhan, dan mahkota kerajaan bagi Allahmu.” “Cahayanya sama seperti permata yang paling indah, bagaikan permata yaspis, jernih seperti kristal.” “Dan bangsa-bangsa akan berjalan di dalam cahayanya dan raja-raja di bumi membawa kekayaan mereka kepadanya.” Firman Tuhan: “Yerusalem baru yang Aku cipta akan penuh kegembiraan dan penduduknya akan bahagia. Aku sendiri akan bersukacita kerana Yerusalem dan penduduknya.” “Khemah Allah ada di tengah-tengah manusia dan Dia akan dia bersama-sama dengan mereka. Mereka akan menjadi umat-Nya dan Dia akan menjadi Allah mereka.” Yesaya 62:3; Wahyu 21:11. 24. Yesaya 65:18-19; Wahyu 21:3.PA 228.2

    Di dalam kota Tuhan “malam tidak akan ada lagi.” Tiada yang akan memerlukan atau inginkan istirehat. Tidak akan ada keletihan bila melakukan kehendak Tuhan atau memujikan nama-Nya. Kita akan sentiasa merasai kenyamanan pagi dan akan selama-lamanya berada jauh daripada pengakhirannya. “Malam tiada lagi; lampu dan cahaya matahari pun tidak diperlukan, kerana Tuhan Allah sendiri akan menerangi mereka.” Wahyu 22:5. Cahaya matahari akan digantikan dengan sinaran yang tidak menyilaukan, tidak memeritkan, tetapi dengan keterangan yang jauh melebihi keterangan tengah hari kita. Kemuliaan Tuhan dan Domba membanjiri Kota Suci dengan cahaya yang tidak akan malap. Orang-orang yang ditebus berjalan di dalam kemuliaan tanpa bermatahari pada hari yang kekal.PA 228.3

    “Dan aku tidak melihat Bait Suci di dalamnya; sebab Allah, Tuhan Yang Mahakuasa, adalah Bait Sucinya.” Wahyu 21:22. Umat Tuhan diberi keistimewaan untuk berhubungan terus dengan Bapa dan Anak. “Kini kita melihat melalui gelas, secara gelap.”PA 229.1

    1 Korintus 13:12. Kita melihat imej Tuhan yang terpantul, seperti di dalam cermin, pada kerja-kerja alam semulajadi dan dalam urusan-Nya dengan manusia; tetapi nanti kita akan bersemuka dengan-Nya, tanpa tabir di antara. Kita akan berdiri dalam kehadiran-Nya dan melihat kemuliaan wajah-Nya.PA 229.2

    Di sana orang yang ditebus akan mengetahui, seperti juga mereka akan diketahui. Kasih dan simpati yang Tuhan sendiri tanamkan dalam jiwa akan dihayati dengan kebenaran dan kemanisan sepenuhnya. Hubungan suci sesama makhluk, kehidupan sosial yang berharmoni dengan malaikat-malaikat berkat dan dengan umat setia sepanjang zaman yang telah menyucikan jubah mereka dan menjadikannya putih dalam darah Domba, ikatan suci yang mengikat bersama “semua keturunan yang di dalam syurga dan di atas bumi” (Efesus 3:15) — inilah yang akan membantu membahagiakan orang-orang yang telah ditebus.PA 229.3

    Di sana, minda-minda kekal akan merenungi dengan keseronokan yang tanpa pengakhiran keluarbiasaan kuasa kreatif, misteri-misteri kuasa penebusan. Tidak akan ada sebarang nada musuh kejam penipu untuk menggoda agar melupakan Tuhan. Setiap kekuatan akan diperkembangkan, setiap kebolehan dipertingkatkan. Pemerolehan pengetahuan tidak akan meletihkan minda atau menghabiskan tenaga. Di sana usaha terbesar dilaksanakan, aspirasi tertinggi dicapai dan cita-cita tertingggi direalisasikan; dan masih akan muncul lagi ketinggian baru yang perlu diatasi, keajaiban baru untuk dikagumi, kebenaran baru untuk difahami, matlamat-matlamat segar yang menyeru kuasa-kuasa minda dan jiwa dan tubuh.PA 229.4

    Semua khazanah alam semesta akan terbuka untuk kajian umat Tuhan. Tanpa belenggu kematian, mereka memperluaskan perjalanan mereka ke dunia-dunia jauh -dunia-dunia yang kesedihan melihat kesengsaraan bumi dan bergembira dengan lagu-lagu kesyukuran apabila satu jiwa diselamatkan. Tanpa kegirangan yang boleh digambarkan, anak-anak bumi mendapat kegembiraan dan kehikmatan makhluk-mahkluk yang tidak pernah berdosa. Mereka berkongsi khazanah pengetahuan dan pemahaman yang diperolehi zaman demi zaman dalam pengiktibaran kerja-kerja Tuhan. Dengan pandangan yang jelas mereka melihat kemuliaan ciptaan-Nya-matahari-matahari dan bintang-bintang dan sistem-sistem, kesemuanya tersusun mengelilingi takhta Tuhan. Pada kesemuanya, dari yang terkecil sehingga yang terbesar, nama Pencipta tertulis, dan pada semuanya kekayaan kuasa-Nya ditayangkan.PA 230.1

    Dan tahun-tahun kekekalan, semasa ia berlalu, akan membawa lebih kekayaan wahyu-wahyu mulia mengenai Tuhan dan Kristus. Kerana pengetahuan adalah progresif, begitu juga kasih, kehormatan, dan kebahagiaan meningkat. Semakin banyak manusia mengetahui mengenai Tuhan, semakin kagum mereka dengan keperibadian-Nya. Ketika Yesus mengungkapkan di hadapan mereka kekayaan- kekayaan penebusan dan pencapaian-pencapaian luar biasa di dalam kontroversi besar dengan Syaitan. hati orang-orang yang ditebus akan dipenuhi dengan lebih ketaatan, dan dengan lebih kegembiraan yang amat sangat mereka akan memainkan hap-hap emas; dan sepuluh ribu kali sepuluh ribu dan beribu-ribu daripada beribu-ribu suara akan bergabung untuk menyanyikan nyanyian puji-pujian.PA 230.2

    “Semua makhluk yang di syurga dan yang di bumi dan yang di bawah bumi dan yang di laut dan semua yang ada di dalamnya berkata: Bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba, adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya.” Wahyu 5:13.PA 231.1

    Kontroversi terbesar diakhiri. Dosa dan orang-orang berdosa tiada lagi. Seluruh alam semesta adalah bersih. Satu denyutan harmoni dan kegirangan dirasai di seluruh ciptaan yang besar. Daripada Dia yang telah menciptakan semua, arus kehidupan dan cahaya dan kegembiraan, mengalir ke seluruh kawasan tanpa batas. Dari atom terkecil kepada dunia terbesar, semua benda, hidup atau tidak, dalam keindahan yang tidak boleh ditandingi dan kegembiraan sepenuhnya, mengisytiharkan bahawa Tuhan adalah kasih.PA 231.2

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents