Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    Bab 12 - Murid-Murid Kristus

    Dengan kuasa yang amat kuat para murid mengkhutbahkan satu Juruselamat yang telah disalibkan dan bangkit daripada kematian. Mereka menyembuhkan yang sakit, bahkan seorang yang dilahirkan tempang telah dipulihkan menjadi seorang yang tidak bercacat dan masuk ke kdalam kaabah bersama-sama mereka, berjalan dan melompat-lompat sambil memuji Tuhan di khalayak orang ramai. Ramai orang yang berlari bersama, terperanjat dan takjub melihat penyembuhan yang telah berlaku.KB 37.1

    Imam-imam ketua fikir jika Yesus sudah mati, tidak akan ada lagi mukjizat-mukjizat yang akan berlaku di kalangan murid-murid-Nya sehingga keghairahan akan mati dan orang ramai akan kembali memberi tumpuan kepada tradisi manusia. Tetapi, nah! Betul-betul di tengah-tengah mereka, para murid sedang mengadakan mukjizat dan rakyat dipenuhi dengan ketakjuban serta menatap dengan rasa keajaiban terhadap hal-hal yang mereka lihat. Yesus telahpun disalibkan dan mereka kehairanan darimana murid-murid-Nya mendapatkan kuasa sedemikian. Ketika Yesus masih hidup, mereka fikir Yesuslah yang memberikan kuasa kepada murid-murid-Nya. Mereka menjangkakan yang apabila Yesus mati, semua mukjizat itu akan berakhir. Petrus memahami kebingungan mereka itu lalu berkata, “Hai orang Israel, mengapa kamu hairan tentang kejadian itu dan mengapa kamu menatap kami seolah-olah kami membuat orang ini berjalan kerana kuasa atau kesalihan kami sendiri? Yahweh Abraham, Ishak dan Yakub, Yahweh nenek moyang kita telah memuliakan Hamba-Nya, iaitu Yesus yang kamu serahkan dan tolak di depan Pilatus, walaupun Pilatus berpendapat bahawa Ia harus dilepaskan. Tetapi kamu telah menolak Yang Kudus dan Benar serta menghendaki seorang pembunuh sebagai hadiahmu. Demikianlah Ia, Pemimpin kepada hidup, telah kamu bunuh tetapi Yahweh telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, dan tentang hal itu kami adalah saksi.” Petrus memberitahu mereka bahawa iman dalam Yesuslah yang membuat orang yang dahulunya tempang tetapi kini sempurna tanpa cacat cela.KB 37.2

    Imam-imam ketua dan penatua tidak tahan dengan kata-kata tersebut. Mereka menangkap murid-murid itu dan menahan mereka di rumah tahanan. Namun begitu beribu-ribu orang telah bertaubat dan percaya dengan kebangkitan dan kenaikan Kristus melalui pendengaran satu syarahan sahaja daripada murid-murid itu. Imam-imam ketua dan para penatua berasa susah hati. Mereka telah membunuh Yesus dengan harapan minda umat akan kembali kepada mereka namun perkara tersebut kini lebih buruk lagi daripada sebelumnya. Mereka secara terbuka dituduh oleh murid-murid sebagai pembunuh Anak Yahweh. Mereka tidak dapat menentukan setakat manakah perkembangan perkara tersebut atau bagaimanakah pandangan umat terhadap mereka. Mereka dengan senang hati menjatuhkan hukuman bunuh ke atas murid-murid itu tetapi mereka tidak berani berbuat demikian kerana takut mereka akan dilempar dengan batu. Jadi mereka meminta supaya murid-murid itu dibawa ke hadapan majlis. Orang-orang yang beria-ia sekali berseru meminta darah Yesus yang tidak bersalah juga ada di situ. Mereka telah mendengar penyangkalan pengecut Petrus dengan sumpah seranah ketika dia didakwa sebagai salah seorang murid-murid-Nya. Mereka berfikir untuk menakut-nakutkan Petrus tetapi kini dia adalah seorang yang telah bertaubat. Di sini satu peluang bagi Petrus untuk meninggikan Yesus. Satu ketika dia telah menyangkal-Nya tetapi kini dia boleh menanggalkan noda-noda penyangkalan tergesa-gesa secara pengecut dan memberi kepujian kepada nama yang pernah disangkalnya itu. Tidak ada kegentaran penakut bertakhta di dada Petrus ketika itu tetapi dengan keberanian suci dalam kuasa Roh Kudus, dia dengan tanpa takut-takut mengisytiharkan kepada mereka, “Dalam nama Yesus Kristus dari Nazareth yang kamu salibkan, yang dibangkitkan Yahweh daripada kematian, bahkan oleh Dia juga orang ini berdiri dengan sehat sekarang di hadapan kamu semua. Yesus adalah batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan, iaitu kamu, namun ia telah menjadi batu penjuru. Keselamatan tidak ada di dalam siapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.”KB 37.3

    Orang ramai berasa takjub dengan keberanian Petrus dan Yohanes. Mereka mengetahui yang murid-murid itu pernah bersama Yesus, memandangkan perilaku mulia dan tanpa takut sama seperti keadaan Yesus ketika Dia dianiaya oleh pembunuh-pembunuh-Nya. Yesus dengan pandangan sedih dan kasih menegur Petrus selepas menyangkal-Nya. Kini dengan beraninya dia mengakui Tuhannya. Petrus telah diperkenankan dan diberkati. Sebagai tanda perkenan Yesus, dia telah dipenuhi oleh Roh Kudus.KB 37.4

    Imam-imam ketua tidak berani menunjukkan perasaan bencinya kepada murid-murid. Mereka menyuruh supaya murid-murid itu dibawa keluar daripada majlis itu dan para imam berbincang sesama mereka dan berkata, “Tindakan apakah yang harus kita ambil terhadap orang-orang ini? Sebab telah nyata kepada semua penduduk Yerusalem, bahawa mereka telah mengadakan suatu mukjizat yang menyolok dan kita tidak dapat menyangkalnya.” Mereka takut pekerjaan baik itu akan tersebar luas. Jika hal itu tersebar, mereka akan kehilangan kuasa dan mereka akan dianggap sebagai pembunuh-pembunuh Yesus. Apa yang mereka boleh buat hanyalah dengan mengugut murid-murid itu dan menyuruh mereka tidak lagi berkata-kata dalam nama Yesus jika tidak mereka akan dibunuh. Bagaimanapun Petrus dengan berani mengatakan bahawa mereka tidak akan berdiam diri melainkan berkata tentang hal-hal yang mereka telah lihat dan dengar.KB 38.1

    Dengan kuasa Yesus, murid-murid meneruskan penyembuhan ke atas orang-orang yang menderita dan sakit yang dibawa kepada mereka. Imam-imam ketua dan para penatua dan orang-orang tertentu yang berurusan dengan mereka berasa cemas. Beratus-ratus orang tersenarai setiap hari di bawah panji-panji Juruselamat yang telah disalib, bangkit dan naik ke syurga. Mereka menahan murid-murid itu ke dalam penjara dan berharap agar semangat berapi-api itu akan pudar. Syaitan mencapai kemenangan dan iblis-iblis jahat itu berasa terangkat. Namun malaikat-malaikat Tuhan telah diutus untuk membuka pintu-pintu penjara. Tidak seperti yang diperintahkan oleh Imam-imam ketua dan para penatua, malaikat-malaikat itu menyuruh mereka pergi ke kaabah dan menyampaikan segala perkataan tentang hidup ini. Majlispun bersidang dan meminta tahanan itu dibawa mengadap. Pegawai-pegawai membuka pintu-pintu penjara itu tetapi mereka tidak mendapati orang-orang tahanan yang mereka kehendaki dalam penjara mereka. Mereka kembali kepada kepada imam-imam ketua dan penatua-penatua dan berkata kepada mereka, “Kami mendapati penjara terkunci dengan sangat rapinya dan semua pengawal ada di tempatnya di muka pintu, tetapi setelah kami membukanya, tidak seorangpun yang kami temukan di dalamnya.” Kemudian datang seorang memberitahu mereka, berkata, “Lihat, orang-orang yang telah kamu masukkan ke dalam penjara, ada di dalam Bait Yahweh dan mereka mengajar orang banyak.” Ketua pengawal dan para pegawai pergi ke Bait Yahweh dan menangkap mereka lalu membawa mereka tanpa kekerasan oleh kerana mereka takut akan orang ramai itu akan melempar mereka dengan batu. KB 38.2

    Setelah mereka sampai ke dewan itu, mereka didudukkan di hadapan majlis dan Imam-imam ketua menyoal mereka, dan berkata, “Dengan keras kami melarang kamu mengajar dalam Nama itu. Namun ternyata kamu telah memenuhi Yerusalem dengan ajaranmu dan kamu hendak menanggungkan darah Orang itu kepada kami.” KB 38.3

    Mereka adalah hipokrit dan suka akan sanjungan manusia lebih daripada mengasihi Tuhan. Hati mereka telah keras dan perbuatan-perbuatan murid-murid yang lebih menakjubkan akan menambahkan lagi kemarahan mereka. Mereka mengetahui jika murid-murid itu berkhutbah tentang Yesus, penyaliban-Nya, kebangkitan dan kenaikan-Nya, itu akan mengikat kesalahan itu kepada mereka dan mengisytiharkan mereka sebagai pembunuh. Mereka tidak lagi rela menerima darah Yesus sebagaimana halnya ketika beria-ia berseru, “Biarlah darah-Nya tertanggung atas kami dan anak-anak kami.”KB 38.4

    Murid-murid dengan berani mengisytiharkan bahawa mereka wajib menurut Tuhan daripada manusia. Kata Petrus, “Yahweh nenek moyang kita telah membangkitkan Yesus yang kamu gantungkan pada kayu salib dan kamu bunuh. Dialah yang telah ditinggikan oleh Yahweh sendiri dengan tangan kanan-Nya menjadi pemimpin dan Juruselamat supaya Israel dapat bertaubat dan menerima pengampunan dosa. Kami adalah saksi dari segala sesuatu itu, kami dan Roh Kudus, yang dikurniakan Yahweh kepada semua orang yang mentaati Dia.” KB 38.5

    Pembunuh-pembunuh itu menjadi berang. Mereka ingin melumuri tangan-tangan mereka dengan darah sekali lagi dengan membunuh para rasul tersebut. Mereka sedang merancang bagaimana hendak melakukan hal itu ketika satu malaikat Tuhan datang kepada Gamaliel menggerakkan hatinya menasihati imam ketua dan para pemerintah. Gamaliel berkata, “Janganlah bertindak terhadap orang-orang ini. Biarkanlah mereka, sebab jika maksud dan perbuatan mereka berasal daripada manusia, tentu akan lenyap. Tetapi kalau berasal dari Yahweh, kamu tidak akan dapat melenyapkan orang-orang ini. Mungkin ternyata juga nanti, bahawa kamu melawan Yahweh.” Para iblis sedang menghasut imam-imam dan para penatua untuk menghukum bunuh rasul-rasul itu. Namun Yahweh mengutus malaikat-malaikat-Nya menghalang hal itu daripada berlaku dengan mengangkat satu suara yang berpihak kepada murid-murid di kalangan ahli-ahli majlis itu sendiri.KB 38.6

    Pekerjaan rasul-rasul belum selesai lagi. Mereka harus dibawa di hadapan raja-raja bersaksi bagi nama Yesus dan memberi kesaksian tentang hal-hal yang mereka telah lihat dan dengar. Tetapi sebelum imam-imam ketua dan para penatua membebaskan mereka, mereka terlebih dahulu dipukul dan diberi amaran supaya tidak lagi berkata dalam nama Yesus. Mereka keluar dari majlis itu dengan memuji nama Tuhan kerana mereka layak menderita atas nama yang dikasihi itu. Mereka meneruskan misi itu, berkhutbah di rumah-rumah ibadat dan di setiap rumah di mana mereka dijemput datang. Firman Tuhan bertumbuh dan berganda. Syaitan mengilhamkan Imam-imam ketua dan para penatua untuk mengupah pengawal Rom untuk berbohong dengan mengatakan bahawa rasul-rasul itu telah mencuri tubuh Yesus ketika mereka sedang tidur. Imam-imam ketua dan para penatua itu berharap pembohongan itu dapat menutup fakta yang sebenarnya. Tetapi, nah! Bukti-bukti kuat tiba-tiba sahaja berdiri di sekeliling mereka bahawa Yesus telah bangkit dari kematian. Rasul-rasul memberi kesaksian dengan lantang dan berani mengenai kebangkitan itu, dan memberi kesaksian ke atas hal-hal yang mereka telah lihat dan dengar. Melalui nama Yesus itulah mereka mengadakan mukjizat-mukjizat yang hebat. Mereka dengan lantang dan berani meletakkan darah Yesus ke atas mereka yang dahulunya rela menerimanya, ketika mereka dibenarkan mempunyai kuasa ke atas Anak Yahweh.KB 39.1

    Aku melihat bahawa malaikat-malaikat Tuhan disuruh memberi penjagaan istimewa dan melindungi kebenaran penting dan suci itu yang merupakan sauh penguat murid-murid Yesus sepanjang setiap generasi. KB 39.2

    Roh Kudus hinggap khususnya pada rasul-rasul yang telah menyaksikan penyaliban Yesus, kebangkitan dan kenaikan-Nya — kebenaran penting yang sepatutnya menjadi pengharapan bagi Israel. Semua seharusnya memandang kepada Juruselamat dunia sebagai satu-satunya pengharapan dan berjalan dalam cara yang Yesus telah buka melalui pengorbanan nyawa-Nya sendiri, memelihara undang-undang Tuhan dan hidup. Aku telah melihat hikmat dan kebaikan Yesus dalam memberikan kuasa kepada murid-murid untuk melaksanakan pekerjaan yang sama yang menyebabkan orang-orang Yahudi membenci dan membunuh-Nya. Mereka mempunyai kuasa untuk mengalahkan pekerjaan Syaitan. Mereka melakukan tanda-tanda dan kehairanan-kehairanan melalui nama Yesus yang dibenci dan dibunuh oleh tangan-tangan orang-orang jahat. Satu lingkaran cahaya dan kemuliaan berkelompok pada masa kematian dan kebangkitan Yesus, mengabadikan fakta suci bahawa Yesus adalah Juruselamat dunia.KB 39.3

    Rujuk : Kisah Para Rasul 3 — 5.KB 39.4

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents