Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    Bab 22 - William Miller

    Aku melihat bahawa Tuhan telah mengutus malaikat-Nya untuk menggerakkan hati seorang petani yang tidak pernah mempercayai Alkitab, lalu membawanya untuk mengkaji nubuatan-nubuatan. Malaikat-malaikat Tuhan berulangkali mengunjungi orang yang dipilih itu, memimpin mindanya dan membuka pemahamannya terhadap nubuatan yang selama ini kekal gelap pada pengertian umat Tuhan. Permulaan rantaian kebenaran telah diberikan kepadanya. Dia telah dibawa untuk mencari pautan demi pautan sehingga dia melihat dengan kehairanan dan kekaguman terhadap firman Tuhan. Dia melihat satu rantaian kebenaran yang sempurna. Firman itu yang selama ini dianggapnya sebagai bukan diilhamkan, kini terbuka di hadapan penglihatannya dengan keindahan dan kemuliaan. Dia melihat satu bahagian kitab itu menjelaskan bahagian yang lain. Apabila satu bahagian kitab itu tertutup daripada pengertiannya, dia menemui di kitab yang lain firman yang menjelaskannya. Dia memandang firman Tuhan yang suci itu dengan riang, dengan rasa hormat yang mendalam serta rasa takjub.KB 59.1

    Ketika dia menyusuri nubuatan itu, dia mendapati bahawa penduduk bumi sedang hidup pada senario penutup sejarah dunia ini namun mereka tidak mengetahuinya. Dia memandang kepada penodaan gereja-gereja dan melihat bahawa kasih mereka telah diambil daripada Yesus dan meletakknnya diletakkan pada dunia. Mereka lebih mencari kehormatan duniawi daripada kehormatan yang datang dari atas, bercita-cita mendapatkan kekayaan duniawi daripada menyimpan harta mereka di syurga. Dia melihat kepura-puraan, kegelapan dan kematian di merata tempat. Semangatnya bangkit dalam dirinya. Tuhan telah memanggilnya untuk meninggalkan ladangnya sebagaimana Elisa disuruh meninggalkan lembu sapi dan ladang pekerjaannya untuk mengikuti Elia. Dengan menggeletar, William Miller mula membuka misteri-misteri kerajaan Tuhan itu kepada umat. Dia memperolehi kekuatan daripada setiap usaha. Dia telah membawa umat itu menyusuri nubuatan-nubuatan hingga ke masa kedatangan Yesus kali yang kedua. Sebagaimana Yohanes Pembaptis menandakan kedatangan Yesus yang pertama dan menyediakan jalan bagi kedatangan-Nya, demikian juga William Miller dan mereka yang bersama dengan dia, mengisytiharkan kedatangan kedua kali Anak Yahweh.KB 59.2

    Aku telah dibawa kepada zaman murid-murid dan diperlihatkan kepada Yohanes yang dikasihi. Tuhan mempunyai satu pekerjaan khusus baginya untuk diselesaikan. Syaitan pula bertekad untuk menghalang pekerjaan itu. Syaitan mendorong hamba-hambanya untuk membinasakan Yohanes. Tetapi Tuhan mengutus malaikat-Nya dan memeliharanya dengan luar biasa. Semua orang yang menyaksikan kuasa besar Tuhan yang dimanifestasikan dalam penyelamatan Yohanes berasa takjub dan banyak orang berkeyakinan bahawa Tuhan ada bersama dengannya, dan bahawa kesaksian yang dibawanya berkenaan dengan Yesus adalah betul. Mereka yang mencari jalan untuk membinasakannya berasa takut untuk cuba sekali lagi membunuhnya. Dia dibenarkan untuk terus menderita kerana Yesus. Yohanes dituduh secara palsu oleh musuh-musuhnya dan tidak lama dari itu telah dibuang ke sebuah pulau yang terpencil di mana Tuhan telah mengutus malaikat-Nya untuk menyatakan kepadanya perkara-perkara yang tidak lama lagi akan berlaku di bumi ini serta keadaan gereja sepanjang zaman sehingga akhir; kemurtadan-kemurtadan gereja, kedudukan yang gereja harus duduki sekiranya berkenan di hadapan Tuhan dan akhirnya menang. Malaikat dari syurga datang kepada Yohanes dalam kehebatan. Wajahnya bersinar dengan kemuliaan gemilang syurga. Dia menyatakan kepada Yohanes penglihatan-penglihatan menarik dan sangat bermakna berkenaan dengan gereja Tuhan dan memaparkan di hadapannya konflik-konflik berbahaya yang akan diharungi oleh gereja. Yohanes telah melihat mereka menempuh cubaan-cubaan yang berapi-api, menjadi putih dan teruji, akhirnya mengatasi dengan menang, diselamatkan dengan mulianya ke dalam kerajaan Tuhan. Wajah malaikat itu bersinar lebih cerah lagi dengan kegembiraan, dengan berlimpah-limpah kemuliaan ketika dia menunjukkan kepada Yohanes kemenangan akhir gereja Tuhan. Yohanes terpesona melihat penyelamatan akhir gereja dan ketika dia dibawa dengan kemuliaan penglihatan itu dengan penuh takzim dan takjub, dia tersungkur di kaki malaikat itu hendak menyembahnya. Malaikat itu dengan serta merta mengangkatnya berdiri dan dengan lembut menegurnya. Kata malaikat itu, “Janganlah berbuat demikian! Aku adalah hamba sama seperti engkau dan saudara-saudaramu, yang memiliki kesaksian Yesus. Sembahlah Yahweh! Kerana kesaksian Yesus adalah Roh Nubuat.” Malaikat itu kemudiannya menunjukkan kepada Yohanes kota syurgawi dengan semua keindahan dan kemuliaan yang gemilang. Yohanes terpesona dan terpegun dengan kemuliaan kota itu. Dia tidak ingat teguran terdahulu daripada malaikat itu lalu dia mula tersungkur menyembah di hadapan kaki malaikat itu yang sekali lagi menegurnya, “Janganlah berbuat demikian! Aku adalah hamba sama seperti engkau dan saudara-saudaramu para nabi, serta mereka yang memelihara perkataan daripada buku ini. Sembahlah Yahweh.”KB 59.3

    Para pengkhutbah dan umat memandang ke atas buku Wahyu sebagai misteri dan kurang penting daripada bahagian-bahagian lain Alkitab suci. Tetapi aku melihat bahawa buku ini sebenarnya sebuah wahyu yang diberikan untuk faedah khusus kepada mereka yang hidup pada hari-hari terakhir. Buku ini akan memimpin mereka untuk mempastikan kedudukan yang betul bagi mereka dan tanggungjawab mereka. Tuhan telah memimpin minda William Miller kepada nubuatan dan memberikannya terang besar ke atas buku Wahyu.KB 60.1

    Jika buku Daniel telah difahami, umat itu seharusnya dapat memahami dengan lebih baik visi Yohanes. Tetapi pada masa yang tepat, Tuhan telah datang kepada hamba pilihan-Nya yang mempunyai pengertian jelas. Dalam kuasa Roh Kudus nubuatan dibuka, menunjukkan kepadanya keharmonian visi Daniel dan Yohanes dan lain-lain bahagian Alkitab, ditekankan ke dalam hati umat amaran firman yang suci serta menggerunkan, supaya bersedia bagi kedatangan Anak manusia. Keyakinan yang sesungguhnya dan mendalam bertapak dalam minda orang-orang yang mendengar hujah-hujahnya. Para pembimbing rohani dan orang-orang biasa, orang-orang berdosa dan kafir mula berpaling kepada Tuhan untuk menyediakan diri menghadapi penghakiman.KB 60.2

    Malaikat-malaikat Tuhan mengiringi William Miller dalam misinya. Dia tegas dan tidak mudah patah semangat. Dia dengan berani mengisytiharkan perutusan yang di pertanggungjawabkan kepadanya. Satu dunia yang bergelumang dengan kejahatan dan satu gereja yang dingin dan duniawi sudah cukup memanggilnya bertindak dengan bertenaga dan membawanya untuk rela bertahan terhadap kerja keras, serba kekurangan dan dalam penderitaan. Walaupun ditentang oleh orang-orang yang mengaku sebagai Kristian dan oleh dunia serta ditampan oleh Syaitan dan para iblisnya, dia tidak berhenti daripada berkhutbah tentang Injil kekal di mana sahaja dia dijemput datang. Dia mengumandangkan seruan, “Takutlah akan Tuhan dan muliakanlah Dia kerana telah tiba saat penghakiman-Nya.”KB 60.3

    1Raja-raja 19:16-21; Daniel 7-12; Wahyu 1, 14:7, 19:8-10, 22:6-10.KB 60.4

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents