Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    Bab 21 - Gereja dan Dunia Bersatu

    Syaitan kemudian berunding dengan para iblisnya. Mereka menimbangkan apa yang telah mereka perolehi. Memang betul mereka telah menghalang beberapa jiwa pengecut daripada memeluk kebenaran melalui rasa takut akan mati, tetapi ramai termasuk yang paling pengecut pun telah menerima kebenaran dan dengan serta merta selepas itu ketakutan dan rasa pengecut itupun meninggalkan mereka. Ketika orang-orang ini menyaksikan kematian saudara-saudara seiman mereka, melihat kesabaran dan keteguhan pendirian mereka, orang-orang ini mengetahui bahawa Tuhan dan para malaikat telah menolong mereka untuk bertahan terhadap penderitaan. Mereka telah bertambah lantang dan berani. Apabila mereka disuruh melepaskan nyawa masing-masing, mereka masih memelihara iman yang sedemikian sabar dan pendirian yang teguh sehingga pembunuh mereka itu pun gementar. Syaitan dan para iblisnya membuat keputusan bahawa ada cara yang lebih berjaya untuk memusnahkan jiwa dan lebih pasti pada akhirnya. Mereka melihat bahawa walaupun mereka telah menyebabkan orang-orang Kristian menderita, keteguhan pendirian mereka dan pengharapan cerah yang mendorong mereka menyebabkan orang-orang yang paling lemah bertambah kuat sehingga pangkin penyeksa dan api yang bernyala-nyala pun tidak dapat menyerikkan mereka. Mereka mencontohi perangai mulia Yesus apabila berhadapan dengan pembunuh-pembunuh-Nya. Banyak orang berasa yakin terhadap kebenaran itu dengan menyaksikan kesetiaan mereka dan kemuliaan Tuhan yang turun atas mereka. Syaitan membuat keputusan yang dia mesti datang dalam bentuk yang lebih sederhana. Dia telah menodai doktrin Alkitab dengan tradisi yang sudah berakar umbi dan telah merosakkan jutaan orang. Dia menahan kebenciannya dan memutuskan tidak akan mengenakan penganiayaan yang sedemikian pahit terhadap sasarannya sebaliknya membawa gereja bersaing, bukan untuk iman yang suatu ketika dikurniakan kepada orang-orang salih tetapi untuk pelbagai tradisi. Ketika dia membawa gereja untuk menerima kesenangan dan kehormatan dunia dengan kepura-puraan yang palsu untuk menguntungkan gereja, maka gereja mulai kehilangan restu dari Tuhan. Secara perlahan-lahan, gereja mulai kehilangan kuasanya apabila ia mengelak daripada mengisytiharkan bahawa kebenaran yang lurus iaitu yang menyingkirkan pencinta keseronokan dan sahabat kepada dunia.KB 57.1

    Gereja itu bukan lagi umat yang tersendiri dan istimewa sebagaimana ianya ketika api penganiayaan bernyala-nyala menentangnya. Bagaimanakah emas menjadi pudar? Bagaimanakah emas yang paling murni telah berubah? Aku melihat bahawa jika gereja sentiasa memelihara ciri-ciri khusus dan sucinya, kuasa Roh Kudus yang diberikan kepada murid-murid akan kekal bersamanya. Orang-orang sakit akan disembuhkan, roh-roh jahat akan ditegur dan dibuang keluar dan gereja akan menjadi kuat serta mendatangkan kegerunan kepada musuh-musuhnya.KB 57.2

    Aku melihat bahawa satu kumpulan besar yang mengaku nama Kristus, tetapi Tuhan tidak mengakui mereka sebagai umat-Nya. Dia tidak berkenan kepada mereka. Syaitan bagaikan telah menggunakan perwatakan agama dan sangat-sangat rela menerima saranan agar orang ramai sentiasa berfikir yang mereka adalah orang-orang Kristian. Syaitan sangat-sangat rela menerima yang mereka harus percaya kepada Yesus, penyaliban-Nya dan kebangkitan-Nya. Syaitan sendiri dan para iblisnya pun percaya penuh tentang semua ini dan rasa gementar. Tetapi jika iman ini tidak menimbulkan pekerjaan yang baik dan tidak membawa mereka yang mengakui hal-hal itu mencontohi kehidupan penyangkalan diri Yesus, Syaitan tidak akan berasa terganggu. Sebab mereka hanya mengambil nama Kristian sedangkan hati mereka masih duniawi. Syaitan boleh menggunakan mereka dalam perkhidmatannya lebih baik lagi daripada tidak mempunyai kepercayaan. Di bawah nama Kristian, mereka telah menyembunyikan kecacatan. Mereka terus hidup dengan sifat-sifat yang tidak disucikan dan nafsu-nafsu jahat yang tidak ditaklukkan. Hal ini memberi kesempatan kepada orang-orang yang tidak percaya melemparkan ketidaksempurnaan orang-orang itu ke muka Yesus Kristus, memalukan-Nya dan menyebabkan mereka yang beragama murni dan tidak bernoda mendapat nama buruk.KB 57.3

    Para pelayan berkhutbah tentang hal-hal yang menyenangkan bagi para profesor yang berhati duniawi. Inilah kemahuan Syaitan. Mereka tidak berani berkhutbah tentang Yesus dan kebenaran daripada Alkitab yang melukakan. Sebab jika mereka berkhutbah tentang kebenaran, para profesor tidak akan mendengar apa yang mereka khutbahkan. Kebanyakan para profesor itu adalah kaya-kaya belaka dan harus dipelihara kehadiran mereka dalam gereja, walaupun mereka tidak lagi layak berada di situ sebagaimana Syaitan dan para iblisnya. Agama Yesus dibuat kelihatan terkenal dan terhormat di hadapan mata dunia. Semua orang diberitahu bahawa mereka yang beragama akan lebih dihormati oleh dunia. Ajaran sedemikan jauh berbeza daripada ajaran Kristus. Ajaran Kristus dan ajaran duniawi tidak mungkin berdamai. Mereka yang mengikuti Yesus mestilah meninggalkan hal-hal duniawi. Perkara-perkara yang menyenangkan hati itu berasal daripada Syaitan dan para iblisnya. Mereka mengadakan rancangan dan para profesor melaksanakannya. Hipokrit dan orang-orang berdosa bersatu dengan gereja. Ajaran-ajaran karut yang menyenangkan diajarkan dan mendapat sambutan yang amat baik. Tetapi jika kebenaran dikhutbahkan dalam kemurniannya, hal itu akan menutup pintu kepada hipokrit dan orang-orang berdosa. Tetapi tidak ada bezanya di antara orang-orang yang mengaku sebagai pengikut Yesus dan dunia. Aku melihat bahawa jika topeng itu dapat dikoyakkan daripada para anggota gereja-gereja, tentu sekali akan mendedahkan kejahatan, kekejian dan kecurangan, sehingga anak Tuhan yang paling tidak yakin pun tidak akan teragak-agak memanggil mereka dengan nama mereka yang sebenar, anak-anak bapa mereka, si Iblis; sebab pekerjaannya yang mereka lakukan. Yesus dan seluruh isi syurga melihat dengan rasa meluat akan pemandangan itu. Namun Tuhan mempunyai perutusan yang suci dan penting kepada gereja. Jika diterima, ia akan membuat pembaharuan menyeluruh dalam gereja, memulihkan kesaksian hidup yang akan membersihkan gereja daripada orang-orang yang bersikap hipokrit dan orang-orang berdosa dan sekali lagi gereja menjadi kesenangan kepada Tuhan.KB 57.4

    Rujuk : Yes. 30:8-21; Yakubus 2:19; Wahyu 3.KB 58.1

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents