Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    Bab 33 - Dosa-Dosa Babilon

    Aku melihat keadaan pelbagai gereja sejak dari malaikat kedua memberitakan kejatuhan gereja-gereja itu. Mereka telah bertumbuh lebih cemar, namun mereka masih menggunakan nama sebagai penganut-penganut Kristus. Adalah mustahil membezakan di antara mereka dengan dunia. Pemimpin rohani mereka mengambil ayat-ayat daripada Firman tetapi berkhutbah tentang hal-hal yang menyenangkan. Hati yang sudah biasa tidak akan membantah terhadap perkara tersebut. Hanya roh dan kuasa kebenaran dan penyelamatan oleh Kristus yang menjadi kebencian bagi hati duniawi. Tidak ada satupun dalam pelayanan popular yang boleh membangkitkan kemarahan Syaitan menyebabkan orang-orang berdosa menggeletar atau mengenakan kepada hati atau nurani mengenai hakikat yang menakutkan bahawa ada satu penghakiman yang akan datang segera. Manusia jahat biasanya menyenangi satu formaliti tanpa kerohanian yang betul dan mereka akan membantu serta menyokong satu agama sedemikian. Kata malaikat itu, “Tidak ada, yang kurang daripada seluruh perisai kebenaran, yang dapat mengatasi dan mengekalkan kemenangan ke atas kuasa-kuasa kegelapan.” Syaitan telah memiliki sepenuhnya gereja-gereja itu sebagai satu tubuh. Kata-kata dan perbuatan-perbuatan manusia itulah yang diberi tumpuan dan bukannya kebenaran firman Tuhan yang jelas dan terang. Kata malaikat itu, “Persahabatan dan roh dari dunia sedang bermusuhan dengan Tuhan.” Apabila kebenaran dalam kesederhanaan dan dalam kekuatan sebagaimana pada zaman Yesus diangkat menentang roh dunia, roh penganiayaan akan bangkit dengan serta merta. Banyak, sangat banyak orang mengaku sebagai Kristian yang tidak mengenal Tuhan. Ciri-ciri hati yang sudah biasa dengan dunia tidak pernah berubah dan minda duniawi kekal bermusuhan dengan Tuhan. Mereka merupakan hamba-hamba setia Syaitan walaupun mereka menggunakan nama yang lain.KB 86.1

    Aku melihat bahawa sejak Yesus meninggalkan tempat yang suci di Sanktuari syurga itu dan telah memasuki kelubung kedua, gereja-gereja itu telah ditinggalkan sebagaimana orang-orang Yahudi. Gereja-gereja itu telah diisi dengan segala burung yang cemar dan dibenci. Aku melihat kekejian dan kejahatan besar dalam gereja-gereja namun mereka masih mengaku sebagai Kristian. Pengakuan-pengakuan, doa-doa dan gesaan-gesaan mereka merupakan kekejian pada pandangan Tuhan. Kata malaikat itu, “Tuhan tidak akan menghidu di dalam perkumpulan mereka.” Mementingkan diri, menipu dan memperdaya adalah amalan biasa mereka tanpa teguran daripada hati nurani mereka. Di atas semua ciri-ciri kejahatan itu, mereka mencampakkan jubah agama. Aku diperlihatkan kepada keangkuhan gereja-gereja yang pada nama sahaja. Tuhan bukan dalam pemikiran mereka. Tetapi minda duniawi memenuhi diri mereka. Mereka menghiasi tubuh badan mereka yang fana lagi miskin, kemudian memandang kepada diri mereka sendiri dengan penuh kepuasan dan keseronokan. Yesus dan malaikat-malaikat-Nya memandang mereka dalam kemarahan. Kata malaikat itu, “Dosa-dosa dan keangkuhan mereka sudah sampai ke syurga. Bahagian untuk mereka sudah disediakan. Pengadilan dan penghakiman sudah begitu lama tertidur tetapi akan bangun tidak lama lagi.” Firman Tuhan, “Pembalasan kepunyaan-Ku dan Aku akan membalaskannya.” Ancaman yang menakutkan daripada malaikat ketiga akan menjadi kenyataan dan mereka akan minum daripada murka Tuhan. Seluruh iblis yang tidak terkira banyaknya tersebar di seluruh bumi. Gereja-gereja dan pertubuhan-pertubuhan agama dipenuhi oleh iblis-iblis itu. Mereka memandang ke atas badan-badan agama itu dengan penuh kegembiraan, sebab jubah agama telah menutupi jenayah dan kejahatan yang terbesar sekali.KB 86.2

    Seluruh syurga melihat dengan marah; manusia, ciptaan Tuhan, telah jatuh kepada keadaan paling rendah, setara dengan ciptaan tidak berakal oleh sesama manusia. Orang-orang yang mengaku sebagai pengikut Juruselamat yang dikasihi yang belas kasihan-Nya sentiasa digerakkan ketika Dia menyaksikan penderitaan manusia, benar-benar terlibat dalam dosa besar dan teruk ini, berurusan dengan perhambaan dan jiwa-jiwa manusia. Malaikat-malaikat telah mencatat semuanya itu. Hal itu telah dicatat dalam buku. Air mata hamba abdi salih lelaki dan perempuan, terdiri daripada bapa-bapa, ibu-ibu dan anak-anak, abang-abang dan kakak-kakak, semuanya di simpan di syurga. Azab, keazaban manusia dibawa dari satu tempat ke satu tempat, dijual beli. Tuhan akan menahan murka-Nya untuk sedikit masa sahaja. Kemurkaan-Nya akan membakar bangsa ini, terutama sekali terhadap badan-badan agama yang telah memberi persetujuan dan terlibat secara langsung dalam urusan pedagangan yang dahsyat ini. Dalam ketidakadilan, penindasan dan penderitaan sedemikian, banyak orang yang mangaku sebagai pengikut Yesus, yang penurut dan rendah hati itu, boleh menyaksikan dengan sikap tidak ambil kisah yang tidak berhati perut. Banyak di antara mereka boleh menyusahkan dengan kepuasan yang penuh kebencian, semua keazaban yang tidak dapat dijelaskan oleh mereka sendiri, namun masih berani menyembah Tuhan. Hal itu merupakan betul-betul suatu penghinaan dan Syaitan sungguh berbesar hati dengan hal tersebut. Syaitan menegur Yesus dan malaikat-malaikat-Nya dengan keadaan yang tidak konsisten itu, dengan perasaan gembira bagaikan hendak gila, katanya, “Begitulah pengikut Kristus?”KB 86.3

    Orang-orang yang mengaku Kristian ini membaca kisah penderitaan orang-orang yang mati syahid dan air mata mengalir membasahi pipi mereka. Mereka tertanya-tanya dalam hati betapa kerasnya hati penganiaya itu yang mengamalkan kezaliman tidak berperikemanusiaan terhadap sesama manusia, tetapi pada masa yang sama orang-orang yang mengaku Kristian ini menahan sesamanya manusia dalam perhambaan. Bukan ini sahaja. Bahkan mereka telah memutuskan ikatan alam dan dengan zalimnya mereka menindas sesamanya manusia setiap hari. Mereka mengenakan penderaan paling tidak berperikemanusiaan dengan kezaliman tak henti-henti. Perbuatan mereka itu samalah seperti kezaliman yang dilakukan oleh pengikut-pengikut pope dan orang-orang kafir terhadap pengikut-pengikut Kristus. Kata malaikat itu, “Boleh lagi ditahan bagi orang-orang kafir dan pengikut-pengikut pope pada hari Tuhan menjatuhkan hukuman berbanding dengan perbuatan orang-orang ini.” Tangisan dan penderitaan orang-orang yang ditindas itu telah sampai ke syurga. Para malaikat berdiri tergamam melihat penderitaan tanpa rasa simpati, tidak terkatakan, mengazabkan, yang manusia, yang diciptakan menurut imej Penciptanya, lakukan terhadap sesamanya manusia. Kata malaikat itu, “Nama orang-orang itu akan tertulis dalam darah, dipangkah dengan jalur-jalur, dibanjiri dengan air mata penderitaan yang meluap-luap dan mengazabkan.” Kemarahan Tuhan tidak akan padam sehinggalah Dia memberi minum keladak dari cawan murka-Nya kepada tanah terang itu dan sehinggalah Dia memberikan upah-Nya dua kali ganda kepada Babilon. Memberikan upah kepadanya sebagaimana memberi upah kepadamu. Dua kali ganda kepadanya, dua kali ganda menurut perbuatannya: ke dalam cawan yang diisikannya, diisikan kepadanya dua kali ganda.”KB 87.1

    Aku melihat pemilik-pemilik hamba abdi akan menjawab bagi jiwa hamba-hamba abdinya yang dibiarkannya dalam kejahilan dan semua dosa hamba abdinya akan ditanggungkan kepada tuannya. Tuhan tidak boleh membawa hamba abdi itu ke syurga, yang dibiarkan dalam kejahilan dan keruntuhan, tidak mengetahui apa-apapun tentang Tuhan atau tentang Alkitab, yang tidak takut kepada sesiapapun kecuali sebatan dari tuannya, yang tidak memegang satu kedudukan yang lebih tinggi daripada binatang-binatang buas milik tuannya. Tetapi Dia akan melakukan sesuatu yang terbaik kepadanya, yang dapat dilakukan oleh Tuhan yang penuh dengan belas kasihan.Tuhan akan melakukan sesuatu bagaikan mereka itu tidak pernah wujud manakala tuan-tuan mereka akan menderita tujuh bala yang terakhir dan bangkit pada kebangkitan kedua untuk menderita kematian kedua yang amat hebat. Kemudian murka Tuhan akan padam. KB 87.2

    Rujuk : Amos 5:21; Roma 12:9; Wahyu 14:9-10, 18:6KB 87.3

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents