Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    Bab 37 - Pembebasan Orang-Orang Salih

    Pada tengah malam itu Tuhan datang menyelamatkan umat-Nya. Ketika orang-orang jahat sedang mengolok-olok di sekeliling mereka, dengan tidak semena-mena matahari kelihatan menyinarkan terang penuhnya. Pada ketika yang sama bulan masih pada tempatnya. Orang-orang jahat melihat keadaan itu dengan penuh kehairanan. Tanda-tanda dan keajaiban silih berganti begitu cepat sekali. Segala-galanya kelihatan seperti tergelincir daripada landasannya. Tetapi orang-orang salih kelihatan diselubungi kegembiraan melihat tanda penyelamatan mereka itu.KB 94.1

    Sungai berhenti mengalir. Awan-awan tebal dan gelap tiba-tiba sahaja timbul dan saling bertembung satu sama yang lain. Tetapi ada satu tempat jelas bagi kemuliaan yang sudah bertapak dari mana suara Tuhan menderu bagaikan bunyi air banyak mengalir, menggoncangkan langit dan bumi. Gempa bumi yang amat dahsyat juga berlaku. Kubur-kubur terbuka. Mereka yang telah mati dalam iman di bawah perutusan malaikat ketiga dan yang memelihara Sabat, bangkit dari pembaringan yang berdebu. Mereka itu dimuliakan. Mereka yang memelihara undang-undang-Nya diperdengarkan dengan janji keamanan daripada Tuhan. KB 94.2

    Langit terbuka dan terkatup dalam kerusuhan. Gunung-ganang bergegar seperti rimbunan buluh ditiup angin kencang. Ketulan-ketulan batu besar terhumban ke merata tempat. Lautan bergelora bagaikan mendidih dan melontarkan batu-batu ke daratan. Peristiwa ini berlaku sebagaimana yang dinyatakan Tuhan berkenaan dengan hari dan jamnya kedatangan Yesus. Dia menyampaikan perjanjian kekal itu kepada umat-Nya. Dia berfirman satu ayat dan berhenti sementara firman itu bergolek ke merata permukaan bumi. Israel, umat Tuhan itu berdiri dengan mata mereka memandang ke atas mendengar firman yang keluar dari mulut Yahweh dan bergolek di permukaan bumi bagaikan gema guruh yang paling kuat. Sesungguhnya peristiwa itu sangat dahsyat dan mengagumkan. Pada penghujung setiap ayat yang difirmankan itu, umat salih itu menyahut, “Haleluya! Kemuliaan!” Wajah-wajah mereka disinari dengan kemuliaan Tuhan. Mereka bersinar dengan kemuliaan sebagaimana muka Musa bersinar ketika dia turun dari gunung Sinai. Orang-orang jahat itu pula tidak dapat memandang mereka kerana kemuliaan itu. Bila berkat-berkat tidak berhenti-henti dicurahkan kepada mereka yang telah memuliakan Tuhan melalui pemeliharaan Sabat yang suci itu, satu sorakan kemenangan yang bergemuruh ke atas binatang itu dan imejnya.KB 94.3

    Kemudian bermulalah jubili bila tanah itu harus berehat. Aku melihat hamba-hamba yang salih itu bangun dalam kemenangan dan kejayaan. Mereka menanggalkan rantai yang mengikat mereka manakala tuan-tuan mereka yang jahat itu dalam kebingungan, tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan kerana orang-orang jahat tidak memahami firman dari suara Tuhan itu. Segera selepas itu kelihatan awan besar berwarna putih. Di atasnya duduk Anak Manusia.KB 94.4

    Pada pertama kalinya awan itu kelihatan pada jarak yang jauh, nampaknya kecil sahaja. Malaikat itu mengatakan itu adalah tanda Anak Manusia. Bila awan itu semakin hampir ke bumi, kita dapat melihat kegemilangan kemuliaan dan kehebatan Yesus yang maju ke hadapan untuk menakluki. Satu rombongan para malaikat yang memakai mahkota cerah gemerlapan mengiringi Yesus pada kedatangan-Nya itu. Tidak ada bahasa yang dapat melukiskan kemuliaan senario itu. Awan kehebatan yang hidup dan kemuliaan yang tidak terkatakan itu datang semakin hampir dan kita boleh melihat diri Yesus yang amat indah. Dia tidak lagi memakai mahkota duri tetapi mahkota kemuliaan bertapak di atas dahi-Nya yang suci. Pada pakaian dan paha-Nya tertulis satu nama, RAJA ATAS SEGALA RAJA DAN TUHAN ATAS SEGALA TUHAN. Wajahnya bersinar terang bagaikan matahari pada waktu tengahari. Mata-Nya bagaikan nyala api. Kaki-Nya bagaikan loyang yang digilap. Suara-Nya bagaikan alunan bunyi pelbagai alat muzik. Wajah-Nya cerah bagaikan matahari bersinar pada tengahari. Bumi menggeletar di hadapan-Nya. Langit lenyap bagaikan kertas yang digulung. Setiap gunung dan pulau beralih dari tempatnya. ‘Raja-raja di bumi dan pembesar-pembesar serta perwira-perwira dan orang-orang kaya serta orang-orang berkuasa, semua hamba abdi dan orang merdeka lari bersembunyi ke dalam gua-gua dan celah-celah batu karang di gunung. Mereka berkata kepada gunung-gunung dan kepada batu-batu karang itu, “Runtuhlah menimpa kami dan sembunyikanlah kami terhadap Dia yang duduk di atas takhta dan terhadap murka Anak Domba itu.” Sebab sudah tiba hari besar murka Anak domba itu dan siapakah yang dapat bertahan?’ KB 94.5

    Mereka yang seketika sebelum peristiwa itu hendak membinasakan anak-anak Tuhan yang setia dari muka bumi, sekarang menyaksikan kemuliaan Tuhan turun ke atas mereka. Di tengah-tengah kengerian dan kedahsyatan itu, mereka mendengar alunan suara orang salih yang bernyanyi, kata mereka, “Sesungguhnya, inilah Tuhan kita, yang kita nanti-nantikan, supaya kita diselamatkan.” Bumi bergoncang dengan hebatnya ketika Anak Manusia memanggil orang-orang salih yang sedang tidur dalam kubur. Mereka menyahut panggilan itu. Mereka datang dengan pakaian kekekalan yang mulia. Mereka berseru, “Maut telah ditelan dalam kemenangan. Hai maut di manakah kemenanganmu? Hai maut di manakah sengatmu?” Kemudian orang-orang salih yang masih hidup dan mereka yang dibangkitkan itu melaungkan suara mereka yang memanjang dengan satu gema kemenangan. Tubuh-tubuh mereka yang telah dibaringkan di dalam kubur dengan tanda-tanda penyakit dan kematian dibangkitkan dengan tubuh yang sihat dan segar selama-lamanya. Orang-orang salih yang masih hidup diubah dalam masa yang singkat, dalam sekelip mata dan diangkat bersama-sama dengan mereka yang dibangkitkan dari kubur menemui Tuhan di angkasa. Suatu pertemuan yang amat mulia. Para sahabat yang dipisahkan oleh maut tidak akan berpisah lagi.KB 95.1

    Pada setiap sisi kereta awan itu adalah sayap-sayap. Di bawahnya adalah roda-roda yang hidup. Ketika kereta itu beredar ke atas, roda-roda itu berseru, “Suci,” dan sayap-sayap itu ketika bergerak, berseru, “Suci,” dan rombongan para malaikat suci di sekeliling awan itu berseru, “Suci, suci, suci, Tuhan yang maha kuat!” Dan orang-orang salih di dalam awan itu berseru, “Kemuliaan! Haleluya!” Dan kereta awan itu bergerak ke atas menuju ke Kota Suci. Sebelum masuk ke dalam kota itu, orang-orang salih itu diatur dalam susunan empat segi sama bersama Yesus yang berada di tengah-tengah. Dia berdiri. Kepala dan bahu-Nya mengatasi orang-orang salih dan para malaikat. Bentuk-Nya yang hebat dan wajah-Nya yang indah dapat dilihat oleh semua yang ada dalam kawasan empat persegi itu.KB 95.2

    Rujuk: 2 Raja-Raja 2:11; Yesaya 25:9; 1 Korintus 15:51-55; 1 Tesalonika 4:13-17; Wahyu 1:13-16, 6:14-17, 19:16.KB 95.3

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents