Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    Bab 1 - Jatuhnya Syaitan

    Tuhan telah menunjukkan kepadaku yang Syaitan itu pada suatu ketika merupakan satu malaikat yang terhormat di syurga, selepas Yesus Kristus. Wajahnya sama seperti malaikat yang lain, lembut dan bahagia. Dahinya yang tinggi dan luas membayangkan kuasa inteleknya. Bentuknya sempurna. Perawakannya mulia dan agung. Aku melihat ketika Yahweh berfirman kepada Anak-Nya, baiklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita, Syaitan iri hati terhadap Yesus. Dia mahu dirinya dirujuk berkenaan dengan penciptaan manusia. Dia dipenuhi dengan perasaan iri hati, cemburu dan benci. Syaitan mahu dirinya yang tertinggi di syurga, selepas Tuhan. Dia menerima penghormatan yang tertinggi.KB 9.1

    Adalah menjadi satu dosa yang paling besar apabila memberontak terhadap peraturan dan kehendak Tuhan. Seluruh syurga seperti dalam keributan. Para malaikat dikerah membentuk pasukan. Satu pemerintah malaikat diangkat sebagai ketua mereka. Seluruh malaikat menjadi sibuk. Syaitan dengan cara menyindir melawan kerajaan Tuhan, bercita-cita tinggi untuk meninggikan dirinya dan tidak rela takluk kepada otoriti Yesus. Sesetengah malaikat bersimpati dengan Syaitan dalam pemberontakannya manakala yang lain berpuas hati di atas penghormatan dan hikmat Tuhan dalam pemberian otoriti kepada Anak. Berlakulah perbalahan di antara malaikat-malaikat itu. Syaitan dan yang terlibat dengannya, yang bertekad untuk membuat pembaharuan dalam kerajaan Tuhan, ingin menyelami hikmat yang tidak terduga untuk mempastikan tujuan meninggikan Kristus dan menganugerahkan kepada-Nya kuasa dan pemerintahan yang tidak terbatas. Mereka menentang otoriti Anak itu. Seluruh malaikat dipanggil mengadap Tuhan bagi menentukan kes masing-masing. Dalam pertemuan itu telah ditetapkan yang Syaitan akan dibuang keluar dari syurga. Para malaikat yang bersekongkol dengan Syaitan dalam pemberontakan itu juga akan dibuang bersama-sama dengannya. Berlakulah peperangan di syurga. Para malaikat bertempur dalam peperangan itu. Syaitan berhasrat untuk menawan Anak dan semua yang takluk kepada kehendak-Nya. Bagaimanapun malaikat-malaikat yang baik dan benar menang. Syaitan dan pengikut-pengikutnya dihalau keluar dari syurga.KB 9.2

    Selepas dibuang dari syurga bersama-sama dengan semua yang jatuh bersama-sama dengannya, Syaitan kemudiannya menyedari yang dia telah kehilangan semua kesucian dan kemuliaan syurga untuk selama-lamanya. Kemudian dia bertaubat dan berharap dia dikembalikan semula ke syurga. Dia bersedia untuk mengambil tempat yang sepatutnya atau mana-mana tempat yang diberikan kepadanya. Tetapi, tidak, syurga tidak harus diletakkan dalam keadaan berbahaya. Seluruh syurga mungkin tercemar jika dia diambil semula oleh kerana dosa berpunca daripadanya dan benih-benih pemberontakan terdapat dalam dirinya. Syaitan sudah memperolehi pengikut iaitu mereka yang bersimpati dengannya dalam pemberontakannya itu. Dia dan pengikut-pengikutnya bertaubat dan menangis dan merayu supaya dia diambil semula ke pangkuan Tuhan. Tetapi tidak, dosa, kebencian dan kedengkian mereka begitu sangat besar sehingga Tuhan tidak dapat menghapuskannya. Ia harus kekal demikian untuk menerima hukumannya yang terakhir.KB 9.3

    Apabila Syaitan menyedari sepenuhnya bahawa tidak ada kemungkinan baginya untuk dibawa semula ke pangkuan Tuhan, niat jahat dan kebenciannyapun mula timbul. Dia berunding dengan para iblisnya. Satu rancangan dibentangkan iaitu untuk bekerja terus menentang kerajaan Tuhan. Apabila Adam dan Hawa ditempatkan di taman yang sangat indah itu, Syaitan telah menyediakan rancangan untuk membinasakan mereka. Satu perundingan telah dilakukan dengan para iblisnya. Tidak ada cara bagi pasangan yang berbahagia itu kehilangan kebahagiaan mereka jika mereka menuruti Tuhan. Syaitan tidak akan dapat menggunakan kuasanya ke atas mereka kecuali mereka terlebih dahulu mengingkari Tuhan dan mengambil semula kemurahan-Nya daripada mereka. Syaitan dan kuncu-kuncunya telah menyediakan beberapa rancangan untuk membawa Adam dan Hawa kepada keingkaran supaya menimbulkan kerutan Tuhan dan juga mereka dapat dibawa secara langsung kepada pengaruh Syaitan dan para iblisnya. Rancangan itu menetapkan supaya Syaitan akan mengambil satu bentuk dan menimbulkan satu minat manusia. Dia akan menyindir terhadap benar tidaknya Tuhan, menimbulkan keraguan sama ada Tuhan bermaksud sebagaimana yang Dia katakan atau tidak, selepas itu merangsang perasaan ingin tahu mereka, kemudian membawa mereka untuk menyiasat rancangan Tuhan yang tidak terduga itu, yang Syaitan bersalah, dan sebab mengapa ada sekatan berkenaan dengan pohon pengetahuan itu.KB 9.4

    Rujuk: Yesaya 14:12-20; Yehezkiel 28:1-19; Wahyu 12:7-9KB 10.1

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents