Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    Bab 30 - Spiritualisme

    Aku melihat padah penipuan. Syaitan mempunyai kuasa untuk membawa satu penjelmaan bentuk-bentuk di hadapan kita menyerupai saudara-saudara dan sahabat handai kita yang kini telah tidur dalam Yesus. Penjelmaan itu dilakukan seolah-seolah benar-benar hadir, kata-kata yang mereka ucapkan ketika masih hidup yang sudah biasa kita dengar akan diucapkan. Dengan nada suara yang sama seperti pada waktu mereka masih hidup akan kedengaran di telinga kita. Semua ini bertujuan untuk memperdayakan dunia dan memerangkapkan mereka untuk percaya kepada penipuan ini.KB 79.1

    Aku melihat bahawa orang-orang salih mestilah mempunyai kefahaman yang teliti terhadap kebenaran terkini daripada Alkitab yang mereka harus pelihara. Mereka harus memahami keadaan orang-orang mati sebab roh-roh jahat akan muncul kepada mereka, mengaku sebagai saudara-saudara dan sahabat handai mereka yang dikasihi, yang akan mengatakan kepada mereka ajaran-ajaran yang tidak berdasarkan Alkitab. Syaitan dan iblis-iblisnya akan melakukan segala yang ada dalam kuasa mereka untuk menguja simpati dan mengadakan mukjizat-mukjizat di hadapan orang-orang salih untuk mengesahkan apa yang mereka sampaikan itu. Umat Tuhan haruslah bersedia bertahan menghadapi roh-roh ini dengan kebenaran Alkitab bahawa orang-orang mati tidak mengetahui apa-apa dan yang menjelma itu adalah roh-roh jahat.KB 79.2

    Aku melihat bahawa kita haruslah memeriksa dasar pengharapan kita dengan teliti, sebab kita harus memberikan dalil-dalilnya berdasarkan Alkitab. Kita akan menyaksikan penipuan-penipuan ini merebak dan kita harus akan menghadapinya muka dengan muka nanti. Jika tidak bersedia untuk menghadapinya, kita akan terperangkap dan akan dikalahkan. Jika kita dapat melakukan bahagian kita untuk bersedia menghadapi konflik yang sudah di hadapan kita, Tuhan akan melakukan bahagian-Nya dan tangan-Nya yang maha perkasa akan melindungi kita. Dia akan segera mengutus setiap malaikat keluar daripada kemuliaan untuk membuat pagar di sekeliling jiwa-jiwa yang setia. Dia tidak akan membiarkan mereka ditipu dan disesatkan oleh kehairanan-kehairanan bohong Syaitan itu.KB 79.3

    Aku melihat kepantasan penyebaran penipuan ini. Aku diperlihatkan kepada satu keretapi yang bergerak dengan kelajuan kilat. Malaikat itu menyuruh aku memandang ke arah keretapi itu dengan teliti. Aku tumpukan pandanganku kepada keretapi itu. Dalam penglihatan itu seluruh dunia seolah-olah berada di dalamnya. Kemudian malaikat itu menunjukkan kepadaku konduktor yang kelihatan seperti seorang yang tinggi, segak dan cerah. Semua penumpang memandang dan hormat kepadanya. Aku berasa bingung dan bertanya kepada malaikat yang mengiringiku, siapakah orang itu. Malaikat itu berkata, “Dia adalah Syaitan. Dia adalah konduktor dalam bentuk malaikat terang. Dia telah mengambil dunia dalam tahanannya. Mereka telah diberikan penipuan-penipuan yang kuat, untuk mempercayai satu pembohongan supaya mereka akan dijahanamkan. Ejennya, yang tertinggi kedudukan selepas dirinya, adalah jurutera. Ejen-ejennya yang lain bekerja di pelbagai pejabat yang diperlukannya. Mereka semua bergerak dengan kelajuan kilat kepada kebinasaan. Aku bertanya kepada malaikat itu tidak adakah yang tertinggal. Aku disuruh melihat ke arah yang bertentangan. Aku melihat satu kumpulan kecil berjalan melalui satu laluan yang sempit. Semua mereka kelihatan teguh bersatu dan terikat bersama oleh kebenaran.KB 79.4

    Kumpulan kecil ini nampak seperti dirundung kerunsingan, bagaikan mereka telah melalui satu ujian yang keras dan konflik-konflik. Kelihatan seolah-olah matahari baru muncul dari belakang awan dan menyinari wajah-wajah mereka, menyebabkan mereka kelihatan telah mencapai kejayaan, seakan-akan kemenangan-kemenangan hampir tercapai.KB 79.5

    Aku melihat bahawa Tuhan telah memberikan peluang kepada dunia untuk menemukan jerat itu. Perkara ini sahaja pun sudah cukup menjadi bukti kepada orang-orang Kristian bahawa tidak ada lagi yang lain. Tidak ada bezanya di antara yang berharga dengan yang keji.KB 79.6

    Thomas Paine yang jasadnya telah reput menjadi debu dan yang akan dipanggil keluar pada pengakhir 1000 tahun, iaitu pada kebangkitan kedua untuk menerima upahnya, dan menderita kematian kedua. Syaitan mendakwa bahawa Thomas Paine kini berada di syurga dan dipandang tinggi di sana. Syaitan menggunakan dia di bumi selama yang boleh dan kini Syaitan meneruskan pekerjaan yang sama melalui dakwaan angkuh bahawa Thomas Paine begitu ditinggikan dan dihormati. Sebagaimana dia mengajar di bumi, Syaitan akan membuat dia kelihatan seperti sedang mengajar di syurga. Sesetengah orang di bumi yang telah melihat dengan gerun terhadap hidup dan matinya, ajaran-ajaran sesatnya ketika dia masih hidup, kini mereka sendiri menyerah kepada ajarannya yang merupakan salah seorang manusia yang paling keji dan sesat, yang paling membenci Tuhan dan undang-undang-Nya.KB 79.7

    Dia yang adalah bapa pembohong, membutakan dan menipu dunia dengan mengutuskan para iblisnya untuk berucap bagi pihak rasul-rasul, membuat para rasul itu seolah-olah bercanggah dengan apa yang mereka tulis ketika mereka masih hidup di dunia ini, iaitu tulisan yang diilhamkan oleh Roh Kudus. Para iblis pembohong itu membuatkan para rasul seolah-olah telah menyelewengkan ajaran mereka sendiri dan mengisytiharkan ajaran itu sudah dicampuradukkan. Dengan cara itu Syaitan menyebabkan orang-orang yang mengaku sebagai Kristian, yang mempunyai satu nama untuk hidup dan yang sudah meninggal serta seluruh dunia akan berasa ragu-ragu terhadap firman Tuhan. Sebab firman Tuhan itulah yang secara langsung memotong laluannya dan berkemungkinan besar akan menghalang rancangannya. Oleh sebab itu Syaitan mahu mereka meragui asal usul Alkitab. Kemudian Syaitan membangkitkan Thomas Paine, seorang kafir, yang seakan-akan diiringi masuk ke syurga ketika dia mati dan bersama-sama dengan para rasul suci itu yang dibencinya di bumi, bersatu dan kelihatan sedang mengajar dunia ini.KB 80.1

    Syaitan menugaskan setiap iblisnya untuk menjalankan peranan masing-masing. Dia menyuruh mereka supaya licik, penuh muslihat dan bijak memperdaya. Dia mengarahkan beberapa di antara mereka itu berlagak sebagai rasul-rasul dan berucap seperti rasul-rasul manakala yang lain berlagak bagaikan orang-orang kafir dan orang-orang jahat yang mati mengutuk Tuhan tetapi kini kelihatan sangat beragama. Dengan cara itu nampaknya tidak ada yang dapat membezakan di antara rasul-rasul yang paling suci itu dengan orang-orang kafir yang paling keji. Mereka akan mengajar perkara yang sama. Bukan menjadi hal siapa yang Syaitan mahukan untuk berucap, asalkan matlamatnya tercapai. Syaitan begitu berkait rapat dengan Paine di bumi, sebab itu dia membantunya, satu perkara mudah baginya untuk mengetahui kata-kata yang digunakan sendiri oleh Paine dan tulisan tangan salah seorang daripada anak-anaknya yang mengambil berat dan melayaninya dengan setia untuk mencapai tujuannya dengan teliti. Syaitan merencanakan sebahagian besar tulisan-tulisan. Baginya itu adalah suatu perkara mudah untuk merencanakan sentimen melalui iblis-iblisnya pada masa kini, menjadikan tulisan-tulisan itu seolah-olah berasal daripada Thomas Paine, yang merupakan pelayannya yang paling berdedikasi ketika dia masih hidup. Tetapi tulisan-tulisan itu merupakan karya agung Syaitan. Semua ajaran-ajaran yang kononnya daripada rasul-rasul dan orang-orang salih serta orang-orang jahat yang sudah mati itu datangnya secara langsung daripada kehebatan Syaitan itu.KB 80.2

    Perkara ini seharusnya memadai bagi menanggalkan selubung dari setiap minda dan melihat pekerjaan misteri Syaitan dalam gelap — bahawa dia telah memperolehi seorang yang sungguh dikasihinya dan yang sangat membenci Tuhan, rasul-rasul suci dan malaikat-malaikat dalam kemuliaan: hampir-hampir mengatakan kepada dunia dan kepada orang-orang kafir, “Betapa jahat sekalipun kamu, sama ada kamu percaya kepada Tuhan atau Alkitab, atau tidak; hiduplah menurut kesukaan kamu, syurga adalah rumah kamu; - sebab semua orang mengetahui bahawa jika Thomas Paine berada di syurga dan begitu ditinggikan, mereka juga pasti sampai ke situ. Perkara ini begitu ketara sehingga semua orang akan dapat melihat jika mereka mahu. Syaitan kini melakukan apa yang dia ingin lakukan sejak kejatuhannya, melalui orang perseorangan seperti Thomas Paine. Syaitan melalui kuasanya dan perbuatan-perbuatan yang menghairankan akan meruntuhkan dasar pengharapan Kristian dan meletakkan matahari yang menyinari mereka di jalan sempit ke syurga. Dia akan membuatkan dunia percaya bahawa Alkitab tidak lebih baik daripada buku-buku cerita yang tidak diilhamkan. Sementara itu dia menunjukkan sesuatu yang lain untuk mengambil tempat Alkitab itu, diberi nama,Manifestasi Rohani!KB 80.3

    Di sinilah saluran dikhususkan untuk dirinya, di bawah kawalannya dan dia boleh membuatkan dunia percaya kepada kemahuannya. Buku yang akan menghakimi Syaitan dan pengikut-pengikutnya, disimpannya di tempat yang redup, tempat yang diingininya. Juruselamat dunia dibuatnya tidak lebih daripada manusia biasa. Sebagaimana pengawal Roma yang berjaga di kuburan Yesus yang menyebarkan laporan palsu dan bohong, yang Ketua Imam dan ketua-ketua suapkan ke dalam mulut mereka, demikian juga orang-orang miskin, pengikut-pengikut malang yang terpedaya oleh manifestasi rohani pura-pura itu, ulangi, dan cuba membuat seakan-akan tidak ada mukjizat tentang kelahiran, kematian dan kebangkitan Juruselamat. Mereka meletakkan Yesus dan Alkitab kembali ke tempat yang redup, tempat yang diingininya. Kemudian membuatkan seluruh dunia memandang mereka. Perbuatan-perbuatan menghairankan dan mukjizat-mukjizat yang mereka isytiharkan sebagai lebih tinggi daripada pekerjaan Kristus. Dengan yang demikian dunia diletakkan dalam jeratnya dan terhenti seketika berasa selamat tanpa mengetahui yang mereka itu telah diperdayakan sehinggalah tujuh bala terakhir ditumpahkan. Syaitan terbahak-bahak ketawa melihat rancangannya mencapai kejayaan dengan baik dan seluruh dunia dalam perangkapnya.KB 80.4

    Rujuk : Penkhutbah 9:5; Yohanes 11:1-45; 2 Tesalonika 2:9-12; Wahyu 13:3-14KB 81.1

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents