Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    Bab 13 - Kematian Stefanus

    Murid-murid bertambah banyak berlipat kali ganda di Yerusalem. Firman Tuhan meningkat dan banyak daripada imam-imam menjadi penurut iman itu. Stefanus yang dipenuhi iman, telah melakukan banyak kehairanan dan mukjizat yang hebat di kalangan umat. Banyak pihak yang marah sebab imam-imam sudah berpaling daripada tradisi mereka, daripada korban-korban dan persembahan-persembahan dan menerima Yesus sebagai korban agung. Stefanus yang mempunyai kuasa daripada syurga, menegur para imam dan para penatua serta meninggikan Yesus di hadapan mereka. Mereka tidak dapat bertahan terhadap hikmat dan kuasa terhadap apa yang diperkatakannya. Apabila mereka menyedari yang mereka tidak dapat mengatasi Stefanus, mereka mengupah orang-orang tertentu untuk bersaksi dusta mengatakan mereka telah mendengar Stefanus mengeluarkan kata-kata hujat terhadap Musa dan menentang Tuhan. Mereka menghasut orang ramai lalu menangkap Stefanus dan dengan cara saksi dusta, menuduhnya berkata-kata menentang rumah-rumah ibadat dan undang-undang. Mereka bersaksi bahawa mereka ada mendengar Stefanus mengatakan bahawa Yesus orang Nazareth itu akan menghapuskan adat istiadat yang diberikan Musa kepada mereka.KB 40.1

    Semua orang yang duduk menghakimi Stefanus melihat sinar kemuliaan Tuhan pada wajahnya. Wajahnya bersinar-sinar bagaikan rupa malaikat. Dia berdiri tegak penuh iman dan Roh Kudus. Stefanus menghuraikan bermula dengan para nabi sehinggalah ketibaan Yesus, penyaliban-Nya, kebangkitan dan kenaikan-Nya dan menunjukkan kepada mereka bahawa Tuhan tidak tinggal dalam rumah-rumah ibadat buatan tangan manusia. Merekalah yang menyembah rumah-rumah ibadat itu. Apapun yang diperkatakan menentang rumah ibadat akan menimbulkan kemarahan yang lebih besar daripada mengata menentang Tuhan. Semangat Stefanus berapi-api dengan kemarahan syurgawi ketika dia berseru menentang mereka yang bersikap jahat dan mempunyai hati yang tidak bersunat, katanya, “Kamu sentiasa melawan Roh Kudus.” Mereka memelihara peraturan-peraturan luaran tetapi hati mereka busuk dan penuh dengan kejahatan yang membinasakan. Stefanus merujukkan mereka kepada kezaliman nenek moyang mereka yang telah menganiayai para nabi dengan mengatakan, “Mereka membunuh orang-orang yang lebih dahulu memberitakan tentang kedatangan Orang Benar, yang sekarang ini kamu telah menjadi pengkhianat dan pembunuh.”KB 40.2

    Imam-imam ketua dan pemerintah-pemerintah naik marah bila mendengar kebenaran yang jelas lagi tajam itu lalu menyerbu Stefanus. Cahaya dari syurga bersinar ke atas Stefanus dan dia mendongak tegak ke atas. Satu penglihatan kepada kemuliaan Tuhan diberikan kepadanya dan para malaikat mengepak-ngepak di awang tempat dia berdiri. Dia berseru, “Sungguh, aku melihat langit terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Yahweh.” Mereka berteriak-teriak dengan suara yang kuat sambil menutup telinga. Dengan sepakat mereka mengheret dia keluar dari kota lalu melontarinya dengan batu. Stefanus berlutut dan berseru dengan suara yang kuat, katanya, “Tuhan janganlah tanggungkan dosa ini kepada mereka.”KB 40.3

    Aku melihat bahawa Stefanus adalah seorang yang kuat datangnya daripada Tuhan, diankat khusus untuk mengisi satu tempat penting dalam gereja. Syaitan begitu gembira bila Stefanus dilempar dengan batu hingga mati sebab dia mengetahui yang para murid akan sangat terasa kehilangannya. Tetapi kemenangan Syaitan sekejap sahaja sebab ada seorang yang berdiri di kalangan yang menyaksikan kematian Stefanus, yang kepadanya Yesus akan menyatakan diri-Nya. Walaupun dia sendiri tidak mengambil bahagian melempar Stefanus dengan batu, namun dia berkenan dengan kematiannya. Saulus adalah seorang yang bersungguh-sungguh menganiaya gereja Tuhan, memburu mereka, menangkap mereka di rumah sendiri dan menyerahkan mereka kepada orang-orang yang ingin membunuh mereka. Syaitan menggunakan Saulus dengan berkesan sekali. Tetapi Tuhan boleh mematahkan kuasa Iblis dan membebaskan orang-orang yang dipenjarakan olehnya. Saulus adalah seorang yang berpelajaran dan Syaitan dengan kemenangan menggunakan kebolehan-kebolehannya membantu melaksanakan penentangan terhadap Anak Yahweh dan mereka yang percaya kepada-Nya. Tetapi Yesus telah memilih Saulus sebagai saluran terpilih untuk mengajar nama-Nya, menguatkan murid-murid dalam pekerjaan mereka lebih daripada mengambil tempat Stefanus. Saulus adalah seorang yang dihormati oleh orang-orang Yahudi. Kesungguhan dan pelajarannya amat menyenangkan mereka dan menimbulkan ketakutan pada kebanyakan murid-murid.KB 40.4

    Kisah Para Rasul 6 & 7.KB 41.1

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents