Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    Bab 41 - Kematian Kedua

    Syaitan bergegas ke tengah dan cuba menghasut manusia untuk bertindak. Api dari Tuhan turun dari syurga menimpa mereka. Orang besar, orang kuat, para bangsawan, orang miskin dan papa kedana, semuanya dihanguskan bersama. Aku melihat sebahagiannya dibinasakan serta merta manakala yang lain mengambil masa yang agak lama untuk dihanguskan. Mereka dihukum menurut perbuatan tubuh mereka. Sebahagian dari mereka mengambil masa berhari-hari untuk dihanguskan. Selagi masih ada bahagian tubuh yang hendak dihanguskan selagi itu api membakar. Semua rasa seksa ada di situ. Kata malaikat itu, ulat kehidupan tidak harus mati; api mereka tidak akan padam selagi masih ada zarah untuk dibakar.KB 101.1

    Syaitan dan para iblisnya menderita lebih lama. Syaitan bukan sahaja menanggung beban dan hukuman atas dosa-dosanya, bahkan semua dosa-dosa seluruh umat yang diselamatkan itu telah diletakkan di atas bahunya. Dia juga mesti menderita di atas kerosakan jiwa-jiwa yang berpunca daripadanya. Kemudian aku melihat Syaitan dan semua yang jahat dihanguskan. Keadilan Tuhan digenapi. Semua malaikat dan semua orang salih yang diselamatkan dengan suara yang kuat berkata, Amen!KB 101.2

    Kata malaikat itu, Syaitan adalah akar, anak-anaknya adalah dahannya. Mereka semua adalah akar dan dahan yang terbakar hangus. Mereka telah mati dengan kematian kekal. Mereka tidak akan ada kebangkitan. Tuhan mempunyai alam semesta yang bersih. Kemudian aku memandang dan melihat api yang menghanguskan orang-orang jahat itu, membakar hangus pula sampah sarap dan menyucikan bumi. Sekali lagi aku memandang dan melihat bumi telah dibersihkan. Tidak ada lagi tanda sumpahan itu. Permukaan bumi yang pecah-pecah dan tinggi rendah kini kelihatan rata seperti sebuah padang yang sangat luas. Seluruh alam semesta Tuhan jadi bersih dan kontroversi besar itupun tamat. Ke mana sahaja kita memandang, apa sahaja yang kelihatan pada mata, semuanya indah dan suci. Semua orang yang telah diselamatkan, tua dan muda, besar dan kecil, meletakkan mahkota mereka yang gemerlapan itu pada kaki Juruselamat mereka. Mereka sujud memuja di hadapan-Nya dan menyembah-Nya yang hidup selama-lamanya. Bumi baru yang indah itu dengan semua kemuliaannya merupakan pusaka abadi orang-orang salih. Kerajaan dan penguasaan serta keagungan kerajaan di bawah kolong langit itu kemudiannya dikurniakan kepada orang-orang salih Yang Maha Tinggi yang akan memilikinya untuk selama-lamanya bahkan selama-lamanya.KB 101.3

    Rujuk : Yesaya 66:24; Daniel 7:26-27; Wahyu 20:9-15; 21:1; 22:3. KB 101.4

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents