Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    Bab 20 - Reformasi

    Meskipun dengan segala penganiayaan dan pembunuhan orang-orang salih, namun para saksi hidup dibangkitkan dari setiap tempat. Para malaikat Tuhan menjalankan pekerjaan yang diamanahkan kepada mereka. Mereka mencari di tempat-tempat yang paling gelap dan dari tempat kegelapan itu dipilih orang-orang yang jujur dalam hati mereka. Mereka semua telah terkubur dalam kesalahan, namun Tuhan telah memilih mereka seperti yang dilakukan-Nya kepada Saulus sebagai saluran pilihan untuk membawa kebenaran-Nya serta mengangkat suara-suara mereka bagi menentang dosa orang-orang yang mengaku umat-Nya. Malaikat-malaikat Tuhan bekerja atas Martin Luther, Melancthon dan yang lain-lain dari pelbagai tempat, agar merasa dahaga akan kesaksian hidup firman Tuhan. Musuh datang bagaikan air bah dan oleh sebab itu piawai mestilah dinaikkan untuk menentangnya. Luther dipilih untuk mengharungi ribut dan berdiri menentang kemarahan satu gereja yang sudah jatuh, menguatkan beberapa orang yang setia kepada kepercayaan suci mereka. Dia begitu takut menyinggung Tuhan. Dia mencuba melalui perbuatan-perbuatan untuk menyenangkan hati Tuhan tetapi dia tidak puas hati sehiggalah satu sinar terang dari syurga yang telah menyisihkan kegelapan daripada mindanya dan membawanya bersandar bukan kepada perbuatan-perbuatan tetapi pada kewajaran darah Kristus serta datang kepada Tuhan untuk dirinya sendiri bukan melalui pope atau orang-orang yang kita beri pengakuan, sebaliknya melalui Yesus Kristus sahaja. Oh betapa bernilainya pengetahuan ini kepada Luther! Dia sangat menghargai terang baru dan amat bernilai itu yang telah menyinari pemahaman gelapnya dan telah membuang kepercayaan karutnya, lebih tinggi daripada harta duniawi yang termahal. Firman Tuhan adalah baru. Setiap perkara telah berubah. Buku yang dibenci disebabkan dia tidak dapat melihat keindahan di dalamnya merupakan kehidupan, KEHIDUPAN untuknya. Buku itu merupakan kegembiraannya, penghiburan baginya dan gurunya yang berbahagia. Tidak ada sesuatupun yang boleh memujuknya untuk meninggalkan pembelajarannya ke atas buku itu. Dia takut akan kematian tetapi setelah membaca firman Tuhan itu semua kegerunannya pun hilang. Dia mengagumi sifat-sifat Tuhan dan mengasihi-Nya. Dia menyelidiki firman Tuhan untuk dirinya sendiri. Dia berpesta ke atas harta yang terkandung di dalamnya dan kemudian dia menyelidik lagi untuk gereja. Dia begitu meluat dengan dosa-dosa orang-orang yang diberinya kepercayaan untuk keselamatan. Dia melihat terlalu banyak yang diselubungi dalam kegelapan yang sama telah menyelubunginya dahulu. Dia dengan bersungguh-sungguh mencari peluang untuk mengarahkan mereka kepada Anak Domba Yahweh. Dia sahaja yang membuang dosa-dosa dunia. Dia mengangkat suaranya menentang kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa gereja Pope dan dengan sesungguhnya rindu untuk memecahkan rantai kegelapan yang telah mengurung beribu-ribu orang dan menyebabkan mereka meletakkan kepercayaan kepada perbuatan-perbuatan untuk mendapatkan keselamatan. Dia begitu rindu untuk mampu membuka minda mereka berkenaan dengan kekayaan kasih kurnia Tuhan dan kecemerlangan keselamatan yang diperolehi melalui Yesus Kristus. Dia mengangkat suaranya dengan sungguh-sungguh dan dalam kuasa Roh Kudus berseru menentang dosa-dosa yang ada pada para pemimpin gereja. Ketika berhadapan dengan ribut penentangan para paderi, semangatnya tidak pernah pudar sebab dia dengan teguh bersandar pada tangan Tuhan yang kuat dan dengan yakin berserah kepada-Nya untuk kemenangan. Ketika dia meneruskan perjuangannya itu lebih dekat, kemarahan para paderi itu semakin bernyala-nyala terhadapnya. Mereka tidak ingin dipulihkan. Mereka memilih dibiarkan dalam kesenangan, dalam keseronokan yang jahat, dalam kejahatan. Mereka ingin supaya gereja itu dibiarkan dalam kegelapan.KB 55.1

    Aku melihat Luther adalah seorang yang ghairah, bersungguh-sungguh, tidak mengenal erti takut, berterus terang mengutuk dosa dan membela kebenaran. Dia tidak peduli orang-orang jahat atau iblis. Dia tahu ada Satu yang lebih gagah daripada mereka semua. Luther mempunyai sifat-sifat kesungguhan, keberanian, berterus terang dan kadangkala dalam bahaya menjadi pelampau. Tetapi Tuhan telah membangkitkan Melancthon. Perwatakannya berlawanan dengan Luther. Dialah yang banyak membantu Luther melaksanakan pekerjaan reformasi. Melancthon adalah seorang yang penakut, tetapi waspada dan panjang sabar. Dia sangat dikasihi Tuhan. Pengetahuannya tentang Alkitab sangat luas. Hikmat dan pertimbangannya sangat baik. Kasihnya terhadap perjuangan untuk Tuhan adalah sama dengan Luther. Tuhan telah merapatkan hati kedua-dua mereka. Mereka adalah sahabat yang tidak dapat dipisahkan. Luther adalah penolong yang besar bagi Melancthon bila dalam keadaan ketakutan atau lambat bertindak. Sebaliknya Melancthon pula merupakan penolong besar kepada Luther dalam kegopohan. Pandangan jauh Melancthon yang waspada itu kerap kali dapat mencegah berlakunya kesusahan yang mungkin akan timbul jika gerakan reformasi itu diserahkan kepada Luther bersendirian. Kadangkala, gerakan reformasi itu tidak dapat bergerak maju jika Melancthon dibiarkan menerajuinya sendirian. Aku telah diperlihatkan hikmat Tuhan dalam memilih dua orang ini yang mempunyai keperibadian yang berbeza untuk melaksanakan reformasi tersebut.KB 55.2

    Aku kemudiannya dibawa ke zaman rasul-rasul dan melihat bahawa Tuhan telah memilih sebagai pasangan Petrus seorang yang ghairah dan bersungguh-sungguh dengan Yohanes seorang yang rendah hati, sabar dan lemah lembut. Kadang kala Petrus gopoh dan murid yang dikasihi itu selalu menahan Petrus apabila kesungguhan dan keghairahannya membawanya terlampau jauh, tetapi perbuatannya itu tidak membaharui Petrus. Tetapi selepas Petrus menyangkal Tuhannya, bertaubat, berubah, apa yang diperlukannya adalah peringatan lembut daripada Yohanes untuk menahan keghairahan dan kesungguhannya. Perjuangan Kristus akan terjejas jika diserahkan kepada Yohanes sahaja. Kesungguhan Petrus adalah diperlukan. Keberanian dan tenaganya selalu dapat mengeluarkan mereka dari keadaan yang sukar dan mendiamkan musuh-musuh mereka. Yohanes menang. Dia telah memenangi banyak orang ke dalam perjuangan Kristus dengan kesabaran dan ketekunannya yang bersungguh-sungguh.KB 56.1

    Tuhan telah membangkitkan orang-orang yang berseru-seru menentang dosa-dosa yang dilakukan oleh gereja Papal dan memperjuangkan reformasi. Syaitan berusaha untuk menghapuskan saksi-saksi hidup itu, tetapi Tuhan telah membuat pagar di sekeliling mereka. Sesetengah orang, demi kemuliaan nama-Nya, diizinkan memeteraikan kesaksian yang mereka bawa itu dengan darah mereka sendiri. Tetapi ada juga orang-orang yang kuat seperti Luther dan Melanchton yang lebih baik memuliakan Tuhan dengan hidup dan berseru dengan kuat menentang dosa-dosa para pope, para paderi dan raja-raja. Mereka gementar mendengar suara Luther. Melalui orang-orang yang dipilih itu, sinar terang mula menerobos kegelapan dan ramai orang yang dengan gembira menerima terang itu dan berjalan dalam terang itu. Apabila seorang saksi dibunuh, dua orang lagi dibangkitkan untuk mengambil tempat orang itu.KB 56.2

    Syaitan tidak berpuas hati. Dia hanya berkuasa ke atas tubuh. Dia tidak dapat membuat orang percaya melepaskan iman dan pengharapan mereka. Walaupun dalam kematian, mereka masih menang dengan pengharapan berkekalan yang terang pada kebangkitan orang-orang benar. Mereka mempunyai lebih daripada tenaga yang fana. Mereka tidak berani untuk tidur walaupun buat seketika. Mereka pasangkan perisai Kristian di sekeliling mereka, bersedia untuk konflik, bukan sahaja dengan musuh-musuh rohani tetapi juga dengan Syaitan dalam bentuk manusia yang sentiasa berseru, “Lepaskanlah imanmu atau akan mati.” Orang-orang Kristian yang sedikit itu kuat dalam Tuhan dan lebih berharga di hadapan Tuhan daripada separuh dunia yang membawa nama Kristus namun pengecut dalam perjuangan-Nya. Sementara gereja itu dianiaya, mereka bersatu dan saling mengasihi. Mereka kuat dalam Tuhan. Orang-orang berdosa tidak dibenarkan bersatu dengan kumpulan itu; tidak juga orang-orang penipu mahupun yang kena tipu. Orang-orang yang sanggup dan rela meninggalkan segala-galanya demi Kristus sahaja yang boleh menjadi murid-murid-Nya. Mereka senang menjadi orang miskin, rendah hati dan menyerupai Kristus.KB 56.3

    Rujuk : Lukas 22:61-62; Yohanes 18:10; Kisah 3 dan 4.KB 56.4

    Rujuk ” reformasi” dalam ensiklopedia.KB 56.5

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents